Showing posts with label Koleksi di Facebook. Show all posts
Showing posts with label Koleksi di Facebook. Show all posts
0

Status Mei 2012


‎"Jangan hanya kerana satu kesalahan, kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu, lalu dia berdoa untuk kebaikanmu."


Peringatan bersama :
Penyakit wanita banyak pada mulutnya (mengumpat).
Penyakit lelaki banyak pada matanya (memandang yang haram).


Jangan lebihkan rindu pada kekasih daripada ibu bapa. Jangan lupa, siapa lebih lama hidup bersama anda?"

p/s : Rindukan Allah juga dan Rasulullah SAW. ♥


‎"Teruslah berbuat baik, berkata baik, dan memberi nasihat yang baik. Walaupun tidak ramai yang mengenali kita dan bertegur sapa di FB, cukuplah Allah yang lebih mengenali kita daripada yang lain. Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuatkan kita terus hidup menjelang akhir hayat."


Buat mereka yang merasa kecewa atau 'down' hari ini :
"Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu."


‎"Maturity doesn't depend on age. It depends on the way you think."


Satu perkongsian yang menarik daripada Prof Dr. Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun.

Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring.

Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami."

SUBHANALLAH.. Indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???

Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID.


Komen peribadi berikutan tajuk besar NST 'Nik Aziz is father of kafir' : 

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


‎"Andai tidak kita mampu mengaji semerdunya, janganlah pula kita tidak langsung menatap ayat suci-NYA. Sungguh, melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengar alunan ayat-NYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya untuk orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya. " 

p/s : Kita orang yang bagaimana? Fikirkan..


Salam Penghulu Segala Hari, hadis peringatan :

Rasulullah SAW bersabda :

Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya DUNIAWI yang difikirkannya, sehingga seolah-olah ia TIDAK MELIHAT hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkannya 4 penyakit :

1. KEBINGUNGAN dan KESEDIHAN yang tiada putus-putusnya.
2. KESIBUKAN yang tidak pernah ada habisnya.
3. KEPERLUAN yang tidak pernah terpenuhi.
4. KHAYALAN dan CITA-CITA yang tidak pernah kesampaian.

[Hadis Riwayat Imam Thabrani]


‎"An 'ex' is called an 'ex' because it’s EXample of what you shouldn’t have again in the future."

‎"ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik."

p/s : Kadang-kadang, lebih baik membiarkan kesedihan bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang hati kita pada-NYA, daripada kegembiraan yang ‘melarikan’ kita jauh dari-NYA. T_T


‎"Saya ingatkan saya yang paling teruk diuji Allah. Tetapi, ada lagi insan lain yang dibuang keluarga sendiri dan keluarga suami hanya kerana beliau mula berubah daripada tidak bertudung kepada bertudung, daripada membalut aurat kepada menutup aurat. Teresak-esak saya membaca mesejnya. Sehinggakan saya sendiri kehilangan kata-kata semangat untuk dihadiahkan kepadanya. Sebegitu besar ujian Allah kepada hati-hati yang merindukan kasih-sayang-Nya."

p/s : Jangan putus harapan. Teruslah bangkit berjuang! Kerana disebalik kepahitan ini, Allah selitkan tarbiyyah untuk kita dengan mendatangkan ujian yang maha hebat, kerana akhir nanti, Syurga itu juga maha hebat!


‎"Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi. Kerana doa itu adalah pintu kebaikan. Dan kerana doa juga adalah senjata orang beriman."

p/s : Teruskan berdoa dan berdoa.


‎"Dear boys, be the type of guy you would want your daughter to be with."


Syaitan 'beramai-ramai' hadir ketika kita : 

- Terlalu marah.

- Terlalu sedih. 

- Terlalu letih. 

- Sedang memuncak syahwat.


‎"Kita merancang tetapi ALLAH Maha Perancang. Kita melaksana tetapi ALLAH jua Maha Perkasa menentukannya. ALLAH memberi apa yang kita PERLU bukannya apa yang kita MAHU."


‎"Kita terlalu fikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan sehingga menimbulkan kerisauan, sedangkan seharusnya kita PERLU terlebih dahulu melakukan yang terbaik hari ini, barulah masa hadapan tidak merisaukan."


"Berpegang teguhlah dengan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ulama'. Ulama' memang tidak maksum tetapi mereka mewarisi ilmu Nabi dan mendapat kepercayaan Allah di dunia."


Pesanan dari sahabat :

Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. Yang paling bagus adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

p/s : Moga dikuatkan hati dan ditekadkan iman untuk beramal, insyaAllah.


“Lima malam doa tidak ditolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’aat, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha." - Hadis Riwayat Al-Baihaqi. 

Allahumma barik lana fi Rajab wa Sya'ban...wa ballighna fi Ramadhan..amin YA RABB..

Ya ALLAH, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab...dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan...amin Ya ALLAH..


‎"Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berniat puasa sunat/qada' esok hari. Moga diteguhkan akidah dan ditingkatkan iman, insyaAllah."


‎''Ketika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah. Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka serulah ALLAHUAKBAR. Ketika bahu tiada kuasa memikul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya kerana ALLAH SWT. Agar tunduk disaat yang lain angkuh, agar teguh disaat yang lain runtuh, agar tegar disaat yang lain masih terdampar.”

p/s : Dari dulu sampai saat ini, pembakar semangat saya adalah Surah al-Baqarah : 153. ♥


Bersyukur, dan bersyukur lagi! Ucapan tahmid tanda terima kasih kita kepada Allah. Jangan bimbang apabila kita diuji dengan hilangnya pekerjaan, hilangnya orang yang tersayang kerana kehilangan hanyalah bersifat sementara dan boleh dicari ganti. Tapi jika kita 'hilang' Allah dalam diri, Allah itu hanya SATU.

Jadilah hamba kepada Satu Tuhan, bukan hamba kepada 'tuhan-tuhan' kecil untuk digembirakan.

p/s : Jom tingkatkan amal ibadat kita di bulan Rejab. Hanya keampunan Tuhan yang layak dipinta. Allahumma Ameen.

♥ Rejab, road to Sya'ban, and Ramadhan ♥


‎"Ketika kamu merasakan orang-orang membencimu tanpa ALASAN yang JELAS, Ingatlah, ALLAH mencintaimu TANPA SYARAT!"


‎"Hadiahkan sekalung al-Fatihah buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan kedua ibu bapa kita ketika menuju ke tempat kerja atau belajar. Sesungguhnya itu membuka rahmat lagi menambah berkat. Jika bekerja rezeki ditambah, jika belajar dilapang pintu kefahaman. InsyaALLAH."


‎"When someone comes into your life, ALLAH sent them for reason either to learn from them or to be with them until the end. Appreciate them."

p/s : Takdir ALLAH sebaik aturan, jangan cemarkan dengan secalit keraguan. ♥


‎''Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghinamu.'' - Imam Asy-Syafie


Rasulullah menangis disana melihat akhlakku disini. T_T

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi." - Al A’raf : 23.


‎"Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga." - Doa Musafir.

0

Status April 2012


"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "give more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

p/s : Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin.



Jika SENDIRI jangan merasa SEPI.. Ada ALLAH yang MENGAWASI..

Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI.. Ada ALLAH tempat BERDOA..

Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI..

Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. Ada ALLAH tempat MENGADU..

Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.. Ada ALLAH tempat MEMINTA..

Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA.. Pada ALLAH tempat BERSYUKUR..


‎"Jangan ingat iman dah power, sebab iblis lagi senior."


K - Kalau
E - Engkau
L - Lupa
A - ALLAH
N - Nescaya
T - Tempatmu
A - Adalah
N - Neraka

p/s : Proud to be Kelantanese.


‎"Letihkanlah dirimu dengan beribadah kepada Allah, sehingga kamu letih untuk melakukan maksiat di atas bumi-NYA."


“Benteng yang paling kuat adalah wanita solehah.”


‎"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya." - H.R. Bukhari dan Muslim.

p/s : Sabar. Jika tidak mampu, istighfarlah!


Orang yang menggemari dzikir adalah tanda orang yang mencintai Allah SWT.

Orang yang menggemari Selawat adalah tanda orang yang mencintai Rasulullah.

Orang yang menggemari Istighfar adalah tanda orang yang mencintai diri sendiri.

Orang yang suka nasihat-menasihati adalah tanda orang yang mencintai orang tua dan sahabat.

p/s : Sebarkan. Amalkan.


Jika mahu BARAQAH, maka berselawatlah.

Jika mahu merasa MUDAH, maka bacalah Al-Quran.

Jika mahu KESIHATAN yang baik, maka berpuasalah.

Jika mahu merasa BAHAGIA, maka solatlah di awal masuk waktu.

Jika ada MASALAH yang mendatang, maka perbanyakkanlah beristighfar.

Jika merasa DUKACITA, maka berdoalah di waktu senang sebelum waktu susah.

Jika mahu WAJAH BERSERI, maka bangunlah di sepertiga malam untuk berqiamullail.

Jika berasa terlalu RUMIT di dalam sesuatu perkara, maka sebutlah "La Haula Wala Quwwata illa Billah".


‎"Manusia yang mendapatkan sesuatu dengan cara mensyirikkan Allah, tunggulah sehingga azab Allah tiba. Walau sejuta tahun hidup bersama, sesaat pun takkan pernah rasa bahagia."


Rasulullah SAW ialah seorang yang paling banyak mengukir senyuman di wajahnya. Baginda tidak akan berbicara kecuali dalam keadaan tersenyum.

Sekarang jika anda ditanya kenapa suka senyum? Maka jawablah kerana senyuman itu sunnah Kekasihku Muhammad SAW.

p/s : Senyumlah.


Jika "si dia" hadir dalam hidup anda pada waktu dan masa yang tepat. Mengapa anda perlu menolaknya? 

Dalam al-Quran banyak ayat yang menggalakkan kita untuk menikah. Jadi mengapa perlu ditangguh-tangguhkan pernikahan itu?


‎"Saya percaya pada cinta pandang pertama kerana saya mula mencintai UMMI saya sejak pertama kali saya membuka mata untuk melihat dunia. "

p/s : Jom sebarkan cinta kepada yang berhak! ♥


Jika terlalu banyak halangan untuk berkahwin, itu bermakna tidak serasi dari segi perancangannya. Apabila tidak serasi perancangannya, mungkin mereka tidak dijodohkan untuk hidup bersama.


Ketika Allah berikan pangkat, nama dan kehormatan daripada manusia sedangkan diri kita sedar, dahulu kita pernah melakukan dosa dan noda, jadi janganlah kita mengangkat dada, berkatalah bila dipuji hebat :

"SubhanaALLAH, saya kecil je tidak sehebat mana. Saya juga pernah melakukan dosa, tetapi setiap hari saya berusaha menjadikan yang mazmumah itu kepada mahmudah, yang amarah kepada muhibbah, yang dipandang rendah itu kepada indah.."

# Itu menambah kemuliaan dan penghormatan kepada dirimu.

0

Status Mac 2012


Di dunia...
"Bila ko nak berubah?"
"Belum datang seru (hidayah)"

Di akhirat...
"Kalaulah Allah bagi petunjuk (hidayah) kepadaku (di dunia dahulu), sudah pasti aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa" - QS 39 : 57.

Allah jawab di Akhirat,
"Sesungguhnya keterangan-keteranganKu telah datang kepadamu, tetapi kamu yang mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang-orang yang kufur (ingkar)" - QS 39 : 59.

Hakikatnya...
“Dan orang-orang yang BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA DI DALAM AGAMA KAMI, nescaya KAMI AKAN BERI PETUNJUK (hidayah) kepada mereka akan jalan-jalan Kami.” - QS 30 : 69.

p/s : nak dapat petunjuk, kena bermujahadah, bersungguh-sungguh berjalan di atas agama Allah dengan mentaati segala perintah Allah & meninggalkan segala larangan-Nya.


Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adala disyurga” - H.R. al-Tarmizi.


Malu adalah landasan akhlak yang mulia dan bermuara kepada kebaikan. Siapa yang banyak malunya maka lebih banyak kebaikannya dan siapa yang kurang malunya maka sedikit jua lah kebaikannya.


"I dont have time to hate people who hate me. I'm too busy loving people who love me."


"Saya rasa takkan ada masalah pun jika tak bersanding dan makan beradap. Bukannya sebahagian daripada sunnah. Ubahlah mentaliti anda jika anda Muslim sejati. Agama atau adat yang perlu didahulukan?”


BENAR, wanita yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat dari nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya bahagia, tetapi....

Wanita yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya "BEBAS"daripada "DOSA" membuka aurat.

:: SEBARKAN KEPADA WANITA-WANITA::

0

Status Februari 2012



Fakta : Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda. Senyum-senyum selalu. :)

p/s : Senyum itu sunnah Baginda. ♥


Realiti : Jarang kita mengungkapkan "SYUKUR" andai menerima TAKDIR YANG BAIK. Tetapi kita sangat cepat MELENTING dan MELATAH andai menerima TAKDIR YANG BURUK.

Tahukah kita, itu semua datangnya dari ALLAH. Dia lebih tahu ape yang terbaik untuk kita.

Cambahkanlah dalam diri kita dengan sifat SABAR, REDHA dan SYUKUR. Kerana ada tempat yang LEBIH BAIK di syurga kelak untuk orang yang punya 3 sifat tersebut. :)

♥ .Ini janji ALLAH. ♥


"Walaupun berjubah dan bertudung labuh, bakal pengantin tidak seharusnya menjadikan ia sebagai batasan dan alasan untuk tidak bergaya pada majlis bahagia mereka." - Ismail Abdul Rahman. :)


"Lelaki cukup pantang kalau perempuan menunjuk-nunjukkan jalan kepadanya. Lelaki lebih rela sesat daripada mengikut arah yang ditunjukkan oleh perempuan. Adakah ego lelaki terlalu tinggi? Ataupun perempuan yang suka menyibuk?"

#Men Are From Mars, Women Are From Venus#

0

Status Januari 2012


 Penghujung tahun 2011 banyak merungkai tentang kejahilan para pengkhianat hukum Allah. Semakin ramai anak-anak muda bangkit menuntut keadilan. Semakin ramai juga insan-insan yang sebelum ini berada dalam kegelapan, mula kembali mencari redha Allah. Mungkinkah tahun 2012 bakal menyaksikan kejatuhan UMNO? Wallahu'alam. Doakan sahabat..!

p/s : Otak ligat berfikir. Mungkin juga filem '2012' merujuk kepada kebinasaan UMNO. *Peace.


6 KEBAHAGIAAN DI DUNIA : 
Qalbun Syakirun - HATI yang selalu BERSYUKUR
Al-Azwaju Solihah - PASANGAN hidup yang SOLEH
Al-Auladul Abrar - ANAK yang SOLEH
Al-Biatus Solihah - Lingkungan yang kondusif untuk IMAN
Al-Malul Halal - HARTA yang HALAL
Tafakkuh fid-Din - SEMANGAT untuk memahami AGAMA 

-Ibnu Abbas RA-


Syed Asyraf Al-Yahya berkata:
Sebaik-baik hadiah daripada seorang lelaki kepada ibunya ialah seorang isteri solehah yang mampu menjaga diri & keluarga kedua-dua belah pihak. :)

Dan aku menambah: Dan sebaik-baik perkara yang diperbuat oleh ibubapa terhadap anak perempuannya ialah menikahkannya dengan seorang lelaki yang soleh. :)


Ustaz Azhar IDRUS : CIRI-CIRI wanita hantaran RM10,000 ♥

1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat 
3: Tidak pernah kapel
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit

p/s : Macam tak layak je nak dapat RM10,000...


‎"Saya paling pantang orang yang tidak beradab."


‎"Sesak nafas dengan perangai wahabbi."


A ade kat atas bangunan. B berada di tingkat bawah. A nak panggil B, tapi B tak dengar. A pun baling duit syiling ke B dengan harapan B mendongak ke atas. Tapi B terus tunduk amik duit syiling tu tanpa memandang ke atas ke arah A.
Bila A membaling batu ke bawah, lalu mengenai si B, baru B dongak ke atas.

#Agak-agak kita dengan Allah macam tu ke? Bila dibagi musibah baru nak pandang Allah??

#bila diberi nikmat tak dikongsi sikit pun dengan orang yang memerlukan (bersyukurlah).


"Wanita tidak seharusnya menjadi BULAN yang dapat ditatap oleh semua lelaki. Tetapi wanita perlu menjadi MATAHARI yang silau, yang dapat menundukkan kaum Adam sebelum MEMANDANG."


"Sunnah meniti dibibir. Tapi perbuatan menunjukkan sebaliknya."

0

Status Disember 2011


"JANGAN PENAT mengajak ke arah KEBAIKAN. Kerana SYAITAN tidak pernah penat mengajak ke arah KEJAHATAN."


“Sesungguhnya wanita begitu “gagah” untuk menghadapi sebuah kelahiran. Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu untuk menahan derita siang malam membawa kandungan yang berat ke mana-mana sahaja selama 9 bulan. Namun selemah-lemah dan selembut-lembut wanita, begitu tabah menanggung 9 bulan kehamilan dan menggalas sebuah kelahiran.”

p/s : Subhanallah..! Anugerah Allah begitu agung, tidak terjangkau dek pemikiran manusia. ♥


"Kita nampak bulan. Tapi sebenarnya bulan itu sangat jauh. Kita tak nampak ALLAH. Tapi ALLAH itu sebenarnya tersangatlah dekat dengan kita.”

p/s : Muhasabahlah pada hati dan iman, bukan hanya pada diri. ♥


"Hati-hati terhadap orang yang teraniaya. Kerana doanya akan terus sampai ke langit tanpa hijab."


‎"Islam is not what Muslims do. It's what Muslims are supposed to do."


‎"HUDUD : Ia bukan soal sesuai atau tidak, tetapi ia berkaitan dengan nilai kepercayaan kita kepada Allah."

0

Status November 2011


"Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman. Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan. Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam."


”Iman itu kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Maka perbaharuilah iman kalian dengan kalimah La Ilaha Illallah.” - HR Ibn Hibban.


♥ .Syahidah Mardhiah : Saksi Yang Diredhai. ♥


♥ KELAWAR yang hebat = batMAN ♥

♥ LABAH-LABAH yang hebat = spiderMAN ♥

♥ CICAK yang hebat = cicakMAN ♥

♥ LELAKI yang hebat = superMAN ♥

♥ PEREMPUAN yang hebat = superwoMAN ♥

♥ MANUSIA yang benar-benar HEBAT = beriMAN ♥


♥ Didiklah anak seawal kandungan untuk mengenal siapa Penciptanya. Ajarilah dia bahawa janganlah dahinya itu sujud melainkan hanya kepada Penciptanya. ♥ 


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." - Surah Ibrahim : 40.


"Aurat wanita sumber terbesar dosa lelaki. Anda setuju?."


Saya sokong nikah khitbah. ♥
Lebih baik ibadah dari musibah. ♥


‎"Showing off your body to men doesn’t make you beautiful. The more you hide, the more they’ll want to chase after you. :)" 

♥ Beauty does not come from your face, or your hair, or your body. It comes from your heart. ♥


A successful marriage requires falling in love many times,
always with the same person. ♥


"We can't avoid death no matter how hard we try, but we can avoid hell if we strive to please Allah SWT. Subhanallah..!"


‎"Wanita solehah mengatasi paras rupa. :)"


“Antara tanda hati lelaki yang dekat dengan Allah adalah apabila seorang wanita yang sangat cantik cuba menggodanya, lalu dia menundukkan pandangan, dan berkata 'AKU TAKUT KEPADA ALLAH' dan segera meninggalkan wanita tersebut." 

♥ Menundukkan pandangan itu bukan satu pilihan tetapi satu PERINTAH ALLAH. ♥


"Kita hanya perlukan 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab. Sedangkan kita boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut."


‎"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas membantu dan bersamaku bagi membina kembali bangunan usang menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah." - Imam Hassan Al-Banna.


0

Status Oktober 2011


Melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding melakukan perubahan ke arah yang lebih negatif. Mengapa?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk." - Surah Az-Zukhruf 43 : 37.


"Wanita dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki. Tetapi dicipta untuk seorang lelaki bernama suami."


‎[Tips] "Saya sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil. Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung bacaan isterinya dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya." - Dr Mohd Fadzilah Kamsah.


“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira yang masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. Ini berdasarkan hadis Nabi : Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari." - Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


"Janganlah menjadi seorang lelaki yang berbuat baik kerana menginginkan seorang wanita. Sebaliknya jadilah seorang lelaki yang berbuat baik sehingga diingini oleh wanita."


‎[Pendapat] : "Purdah tidak perlu dijadikan isu hangat. Tapi hangatkan isu wanita yang tidak menutup aurat atau membalut aurat. Kewajipan menutup aurat itu jauh lebih wajib daripada pemakaian purdah. Lebih baik mencegah yang mungkar daripada mencegah yang dituntut."


‎"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya." - HR. Al-Hakim.


Nikah itu sunnah. Majlis sederhana dan tidak membazir juga sunnah. Mahar kahwin juga sunnah. Jaga aurat pengantin dan cakna ikhtilat di majlis kahwin juga sunnah. Majlis grand bukan sunnah, belanja besar bukan sunnah. Niat asal nikah adalah cari Redha, bukan undang MurkaNya. Wasatiyyahlah dalam hal pernikahan.

‎"Maka barangsiapa yang benci kepada sunnahku, maka ia bukanlah termasuk umatku." - HR Bukhari dan Muslim.


‎"Untuk menjadi wanita solehah kepunyaan ALLAH, jangan ada satu pun nama lelaki yang meniti di bibir dan terukir di hati. Jika tidak, sudah pasti cinta ALLAH masih BELUM dimiliki."

♥ Moga cinta Allah sentiasa di hati. Allahumma ameen. ♥


“ALLAH sentiasa berikan yang terbaik untukmu. Mungkin bukan yang terbaik yang kamu inginkan tetapi pasti terbaik yang kamu perlukan, insyaALLAH.”


‎"Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa."


How to Pronounce and say Assalam-U-Alaikum:

1. Assalaam-U-Alaikum = May peace be upon you

2. Saam-O-Alaikum = Destruction be on to you

3. Asaam-O-Alaikum = Death be imposed upon you

4. Assa-E-Kum = Pleasure be ceased upon you

5. Slam-le-Kum = Curse be upon you

There are basic mistakes and even as Muslims, we do not know how to say Assalam-U-Alaikum. So be careful about it because the most common one used today out of negligence is Number 5.


“Jika rupa dijadikan syarat ke Syurga, hanya Nabi Yusuf yang layak ke sana.”


Zulhijjah telah tiba. "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini." (Riwayat Al-Bukhari).


"Tiada yang lebih indah pada kedua ibu bapa selain anak-anak yang soleh dan solehah. Tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah. Tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hamba-Nya yang soleh dan solehah."


♥ A husband said this to his wife ♥ "If Jannah was a flower, I would pick it for you. If Jannah was a bird, I would catch it for you. If Jannah was a house, i’d build it for you. But since Jannah is a place no eye has ever seen, I make dua to ALLAH to reserve it for you."


"Pilihlah untuk menjadi GADIS BIASA yang sederhana pada cara dan gaya, tanpa eye shadow dan pemerah pipi, tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian, tanpa tumit tinggi yang berdetak-detak, tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada, tanpa pakaian menjolok mata. Pilihlah untuk menjadi GADIS BIASA. Biar tidak up-to-date, biar tidak bergaya. Asalkan AGAMA penuh di dada."


Jika kita mengagumi akal dan fikiran STEVEN JOBS, dia sudah mati.

Jika kita suka nyanyian & tarian MICHEAL JACKSON, dia sudah mati.

Jika kita kata MIKE TYSON hebat, dia menangis di depan kaabah.

Jika kita kagumi petikan gitar SHAM KAMIKAZE, dia kini mencari keredhaan Allah.

Jika kita suka jenaka BOB LOKMAN, dia kini menghambakan diri utk dihina demi Allah.

Jika dulu kita suka dangdut, Raja dangdut IWAN ingin menghabiskan sisa hidupnya dgn berdakwah.

Jika kita mengagumi kekayaan SULTAN BRUNEI, Baginda takut jika tidak melaksanakan hukum Allah.

"Nama-nama hebat yang kita kagumi akhirnya mati. Mereka yang masih hidup pula kini amat gerun dengan Allah."

♥ Percayalah kata RASULULLAH SAW : 'Islam akan bangkit di akhir zaman.' ♥

~Berdoalah sahabat, agar kita bukan tergolong dlm golongan yg rugi. Amin.


"Bertegur sapalah...kerana sombong dan angkuh itu dibenci Allah."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top