Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Israel, dia merupakan seorang manusia yang terkejam kerana telah terlibat secara langsung dalam peristiwa pembunuhan dan penyembelihan di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang mengorbankan begitu banyak nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Sejak Sharon menjadi Perdana Menteri dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006, sudah banyak kezaliman yang dia telah lakukan ke atas bumi Palestin. Sudah banyak mujahid telah terkorban termasuk mujahid-mujahid kecil yang turut menjadi mangsa angkara sifat binatang yang ada pada Ariel Sharon.
Sharon yang kini berusia 82 tahun masih berada dalam keadaan koma sejak Januari 2006 sehingga hari ini. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center di Tel Hashomer. Ketika dia dirawat di Hadassah, difahamkan Sharon mengalami luka yang membusuk dan tidak sedarkan diri selama berminggu-minggu. Dia telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yang membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain.
Solomo Segev merupakan doktor yang merawat Sharon dan dia menjangkakan Sharon akan terus koma hingga umur 90 tahun. Sharon juga dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja setelah 5 tahun koma. Kos perubatan Sharon pula mencecah 450 ribu Dollar US setahun dan telah melebihi kadar yang ditetapkan oleh jabatan kewangan kerajaan Zionis itu (macam bela mayat hidup). Dia dijadualkan akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm bersama dengan semua peralatan perubatan yang diperlukan setelah menghabiskan hampir 5 tahun rawatan di Sheba Medical Center Tel Hashomer.
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik." - QS Maidah : 82.
0 comments:
Post a Comment