Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts
0

As-Syahidah..Syurgalah mereka..!

AS-SYAHIDAH WAFA' BINTI IDRIS
(Syahid pada 27 Jan 2002)


Menemui syahid pada 27 Januari 2002 (sesetengah mengatakan pada 29 Januari 2002) ketika berusia 28 tahun (sesetengah mengatakan 26 tahun). Beliau melakukan amaliyyah istisyhadiyyah dengan meletupkan dirinya di tengah-tengah bandar al-Quds (Baitul Maqdis) menyebabkan beberapa orang Yahudi terkorban dan 150 orang cedera. Beliau merupakan wanita pertama yang melakukan serangan itu. Beberapa hari kemudian, ulama'-ulama' di Universiti Al-Azhar, Kaherah, mengisytiharkan bahawa kematian Wafa' adalah SYAHID. 




AS-SYAHIDAH DAREEN ABU AYSHEH
(Syahid pada 27 Feb 2002)


Menemui syahid pada 27 Februari 2002 iaitu ketika beliau berusia 21 tahun. Kata-kata Dareen yang disiarkan oleh media Arab ANN : "Aku ingin menjadi wanita kedua selepas Wafa' untuk melakukan operasi syahid dan untuk membalas dendam darah yang syahid dan pengotoran kesucian Masjid Al-Aqsa." Hasil amaliyyah istisyhadiyyah beliau menyebabkan 4 orang tentera Israel terbunuh. Muslimat yang berjiwa mujahidah seharusnya ditiupkan semangat roh jihad dalam diri mereka, bukan dilemparkan dengan kata-kata mahupun pandangan yang melemahkan hati mereka untuk meneruskan perjuangan. Teruskan perjuangan ayyuhal mujaahidah..!



AS-SYAHIDAH AYAT MUHAMMAD AKHRAS
(Syahid pada 29 Mac 2002)


Menemui syahid pada 29 Mac 2002 iaitu ketika berusia 16 tahun (sesetengah pendapat mengatakan 18 tahun). Beliau telah mengejutkan dunia kerana beliau melakukan amaliyyah istisyhadiyyah dalam usia yang terlalu muda dan juga merupakan seorang wanita. Sasaran operasi syahid beliau ialah warga Israel di sebuah pasaraya yang bertempat di Kyriat Hayovel, Jerusalem. Hasilnya, beliau menyebabkan 2 orang Yahudi terbunuh dan 28 cedera. As-Syahidah Ayat merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Bait Laham yang sangat cerdas dan bijak. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan kerana ingin menghebahkan kepada dunia tentang kezaliman Yahudi Laknatullah ke atas bangsanya. Kata beliau : "Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian sentiasa mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugr di medan syahid." 




AS-SYAHIDAH ANDALEEB TAKAFKA
(Syahid pada 12 April 2002)



Menemui syahid ketika berusia 20 tahun. As-Syahidah Andaleeb melakukan amaliyyah istisyhadiyyah pada 12 April 2002. Hasil tekad beliau menyerang bas Israel telah menyebabkan 6 orang Yahudi terbunuh dan 104 cedera. Sebelum melakukan operasi syahid, beliau berkata : "When you want to carry out such an attack, whether you are a man or a woman, you dont think about the explosive belt or about your body being ripped into pieces. We are suffering. We are dying while we are still alive." Andaleeb meletakkan ikatan bom di pinggangnya di dalam sebuah bas yang dipenuhi warga Yahudi.




AS-SYAHIDAH HIBA AL-DARAGHMA
(Syahid pada 19 Mei 2003)


Menemui syahid pada usia 19 tahun. As-Syahidah Hiba melakukan amaliyyah istisyhadiyyah di bahagian luar Amakim Shopping Mall, Afula Utara Israel. Hasilnya 3 orang Yahudi terbunuh dan 93 cedera. Hiba melakukan operasi syahid melalui Brigade Al-Quds iaitu sayap ketenteraan Harakah Jihad Islami, Palestin. Hiba adalah seorang muslimah yang tidak pernah berbicara dengan mana-mana lelaki (kecuali ahli keluarganya) dan menghindarkan diri untuk minum kopi atau teh di kaferia Al-Quds Open University. Semua temannya adalah pelajar perempuan. Sepupu beliau, Murad (lelaki) tidak pernah melihat wajah beliau. Murad (20 tahun) berkata : "saya tidak pernah melihat wajah Hiba, saya tidak pernah berbicara dengannya, saya tidak pernah berpimpin tangan dengannya. Pertama kali di dunia ini saya melihat wajahnya adalah pada Islamic Jihad Poster yang dibuat setelah beliau mati".




AS-SYAHIDAH HANADI TAISEER JARADAT
(Syahid pada 4 Okt 2003)


Hanadi Tayseer Abdul Malek Jaradat dilahirkan pada 22 Sept 1975 dan meninggal dunia pada 4 Oktober 2003. Beliau berasal dari Jenin, Palestin. Beliau melakukan operasi jihad pada 4 Oktober 2003 di restoren Maxim, Bandar Haifa, Israel. Hasil operasi yang dilakukan oleh Hanadi berjaya membunuh 21 orang Yahudi dan mencederakan 50 yang lain. Hanadi merupakan muslimah kedua yang berjaya direkrut oleh Harakah Jihad Islami, Palestin untuk melakukan Amaliyyah ini. Sebelum operasi tersebut, Hanadi begitu teruji dengan kematian tunangnya, adiknya (Fadi, 25 tahun) dan sepupunya, Salah, 34 tahun yang dibunuh oleh Angkatan Pertahanan Israel dalam satu serbuan di Jenin pada Jun 2003. Hanadi melakukan operasi syahid melalui Brigades Al-Quds. Menurut keluarganya, Hanadi tidak memaklumkan kepada sesiapapun kemana dia pergi pada hari itu dan mereka mengganggap beliau ke pejabat undang-undang tempat dia bekerja. Operasi beliau dipermudahkan Allah. Dengan tubuhnya yang dipasang bom, beliau dengan mudah melintasi pengawal keselamatan di restoran tersebut tanpa diragui sedikitpun oleh mereka.



AS-SYAHIDAH REEM SOLEH AR-RIYASHI
(Syahid pada 14 Januari 2004)


Beliau berumur 22 tahun dan berasal dari Daerah Zaitun, Bandar Ghazzah. Beliau merupakan seorang mahasiswi dalam jurusan sains. Beliau melakukan operasi syahidnya di pos tentera di Erez, yang terletak antara Israel dan Jalur Ghazzah. Hasilnya, 4 tentera Yahudi terbunuh dan lebih 10 cedera. Katanya : "Demi Allah, kalian boleh sahaja meremukkan tulang-belulangku, memotong-motong tubuhku serta mampu mencincang-cincangnya. Tetapi kalian tidak akan pernah boleh mengubah agamaku dan mengubah panji perjuanganku. Ingatlah setiap butir bicaraku." Beliau selalu mengingatkan dirinya dengan kata-kata : "Wahai diri..! jadilah kamu sebagai penentang Zionis yang memiliki rasa dengki sebagai musuh agamamu. Jadikanlah setiap titis darahmu sebagai pengantar dirimu menuju syurga yang kekal abadi." Reem melakukan operasi syahid melalui Brigades Al-Syahid Izzuddin Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan HAMAS. Reem adalah seorang ibu muda yang telah mempunyai 2 orang anak. Anaknya yang pertama, Dhuha, kurang dari 3 tahun dan Muhammad, 1 tahun setengah, hasil perkahwinannya dengan Ziyad 'Awwad, 27 tahun. Setiap yang mengenali Reem, mereka pasti berkata, "Reem seorang yang luar biasa beraninya". Reem adalah seorang isteri yang taat pada suaminya dan memiliki komitmen yang tinggi. Beliau memohon izin daripada suaminya terlebih dahulu untuk melakukan operasi. Izin adalah syarat utama yang diletakkan oleh Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam sebelum seseorang melakukan operasi. Suaminya telah meyambut baik hasrat Reem. Bahkan, Ziyadlah yang menghantar isterinya ke pos perbatasan militer Israel di Erez. Pos tersebut merupakan pos pemeriksaan ribuan pekerja Palestin yang hendak melintasi perbatasan menuju wilayah yang diduduki Israel sejak 1948. Ziyad sempat berhenti sejenak berhampiran pos pemeriksaan untuk memastikan bunyi ledakan bom yang akan diledakkan oleh isterinya.Beliau merasa tenang saat mendengar bunyi ledakan itu. Jasad Reem hancur berkeping-keping bersama ledakan bom yang diikat di tubuhnya.




AS-SYAHIDAH ZAINAB ABU SALEM
(Syahid pada 22 Sept 2004)


Beliau merupaka pelajar yang berumur 18 tahun. 2 polis Israel dan 17 lagi cedera apabila beliau melakukan Amaliyyah di sempadan Israel, Jerusalem. Zainab menjadi wanita kelapan dalam melakukan operasi syahid ini sebagai usaha untuk membebaskan Palestin. Ketika itu, perkampungannya mula dimasuki penjajah Israel. Mereka sekeluarga akhirnya meninggalkan kampung menuju kem pelarian Askar di West Bank berhampiran Kota Nablus kerana beranggapan kediaman mereka akan diroboh oleh Israel dengan jentolak. Menurut adik Zainab, Thariq, 12 tahun, : "Saya tidak tahu dimana dia. Dia tiada di rumah.". Keluarganya juga mengaku tidak mengetahui perancangannya itu. Saat itu, bapa Zainab, Ali, yang baru sahaja keluar dari hospital kerana baru sembuh dari pembedahan membuka saluran darah yang tersumbat, jatuh dan dibawa ke hospital setelah mendengar tentang kematian anak perempuannya. Ibunya juga turut pengsan dan di bawa ke klinik. Menurut saudara Zainab pula, beliau mengakui bahawa As-Syahidah Zainab baru sahaja lulus dari Sekolah Menengah dan terpilih untuk ke universiti yang diidamkannya. Bapa saudaranya, Mustafa Shinawi, 55 tahun, ketika memberi komen tentang Zainab, beliau berkata, "Penindasan ada di mana-mana. Setiap orang Palestin mempunyai cara masing-masing untuk menyatakan bantahan terhadap Israel."




AS-SYAHIDAH MERFAT MAS'UD
(Syahid pada 6 Nov 2006)


Beliau merupakan seorang mahasiswi di Islamic University of Gaza yang berumur 18 tahun dan berasal dari Beit Hanoun. Sasaran operasinya adalah tentera Israel yang ketika itu sedang menggeledah rumah rakyat Palestin. Dua hari setelah tentera Israel menembak sekumpulan ibu-ibu Palestin yang ingin menuju ke Masjid Beit Hanoun yang mengorbankan 2 orang ibu, Mirfat nekad untuk melakukan pembalasan. Dengan mengikat bahan peledak dipinggangnya, Merfat menuju ke sebuah pos pemeriksaan tentera Israel dan meledakkan bom tersebut sehingga berjaya membunuh seorang tentera Israel dan mencederakan beberapa yang lain. Merfat melakukan operasi syahid melalui Brigades Al-Quds. Rakaman video ucapan beliau disiarkan oleh Jihad Islami selepas kejadian. Merfat menjadi muslimah ke-9 melakukan operasi syahid ini. Pada hari kejadian, Merfat Mas'ud sedang berpuasa. "Petang Isnin itu, aku siapkan makanan untuk berbuka puasa sambil menunggu kepulangannya dari kampus. Tapi, ternyata dia ingin berbuka puasa di Syurga..." demikian potongan kalimah luar biasa yang keluar dari seorang ibu kepada gadis Beit Hanoun. Namanya menjadi buah mulut rakyat Palestin dan penduduk dunia yang mengikuti perjuangan Muslim Beit Hanoun ketika Beit Hanoun di bom oleh tentera Israel. Di dalam wasiat beliau, beliau menyeru bangsanya untuk tetap berjuang. "Wahai bangsaku yang sentiasa berada di dalam keadaan berjaga-jaga, tetaplah di atas jalan ini. Jalan perjuangan. Peliharalah janjimu sebagai darah para syuhada'. Hari ini, aku keluar melakukan operasi untuk membalas semua yang pernah dilakukan penjajah Zionis Israel, agar jasad-jasad kita menjadi api yang membakar habis penjajah yang bengis!"




AS-SYAHIDAH FATIMAH UMAR MAHMUD AN-NAJAR (UMMU MUHAMMAD)
(Syahid pada 23 Nov 2006)


Beliau berumur 57 tahun dan berasal dari Bandar Jabalya. Beliau adalah ibu kepada 9 orang anak dan nenek kepada 41 orang cucu. Beliau juga dikenali oleh masyarakat dengan panggilan Ummu Muhammad, seorang wanita tua yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam demostrasi-demostrasi dihadapan tentera Israel bersama muslimah Palestin. Melihat nasib bangsanya yang ditindas, Ummu Muhammad berikrar untuk mengorbankan dirinya demi kemerdekaan Palestin. As-Syahidah Fatimah dikenali sebagai wanita yang sanggup mengetuai muslimah-muslimah Palestin yang lain, membentuk pasukan perisai manusia bagi menyelamatkan beberapa Muslimin Palestin yang terperangkap di dalam masjid Beit Hanoun. Mereka tidak boleh keluar kerana diserang oleh peluru-peluru tentera Israel yang mengepung mereka pada 3 November 2006. Kezaliman yang menimpa umat Islam Palestin mengundang Fatimah untuk melakukan operasi syahid pada tanggal 23 November 2006. Hasilnya, 5 orang tentera Israel cedera. Beliau kini dikenang sebagai ibu dan nenek berusia 57 tahun yang sangat tinggi pengorbanannya kepada Palestin yang berjaya dilatih HAMAS selepas Reem Soleh Ar-Riyashi.


Salam Perjuangan Islam..!
0

Tazkirah Kem Bina Jati Diri (Bah. 2)

OK. Ada apa-apa soalan? Tak kisah nak tanya soalan ape pun, yang tak berkaitan dengan tajuk tazkirah Kak Sya pun tak ape. Saya tersenyum lagi.


Saya pandang setiap wajah adik-adik. Kemudian, adik yang berada di saf ketiga mengangkat tangan. Saya mengangguk.


“Silakan.”


Soalan : Macam mana kalau terlupa rakaat semasa solat. Kena solat lagi sekali atau macam mana?


“Terlupa? Terlupa macam mana tu?”


“Terlupa rakaat yang keberapa. Konfius.”


“Owh..OK. OK.”


Dengan lafaz bismillah, saya memulakan sesi menjawab soalan.


Jawapan : Macam ni, kalau kita tengah solat, kemudian terlupa rakaat yang keberapa. OK. Penyelesaiannya, ambil rakaat yang paling sedikit. Tak faham kan? OK Kak Sya bagi contoh. Awak tengah solat Zohor. Kemudian, tiba-tiba je jadi konfius, aku solat ni rakaat ke 3 ke..atau ke 4. Jadi, bila saja terlintas macam ni, awak anggap rakaat awak tu adalah yang sedikit. Maknanya, anggap sebagai 3 rakaat. Begitu juga bila konfius antara rakaat ke-2 dengan rakaat ke-3. Anggap sebagai rakaat ke-2. Faham?


Owh..Faham-faham.


Saya tersenyum lega. Ada lagi?


Soalan : Kak Sya, kenapa susah nak khusyuk dalam solat?


Jawapan : Salah satu sebab hati kita tak khusyuk dalam solat adalah kerana kita hanya solat secara lahiriah, bukannya secara batiniah. Ringkasnya, hanya fizikal kita saja yang melakukan pergerakan, tiada hubungan secara langsung dengan roh dan jiwa kita. Kita tak tahu apa yang kita baca dalam solat. Kita tak faham apa yang sebenarnya kita baca dalam solat. Selain itu, cara hidup kita. Kat sini, Kak Sya nak kongsi satu dalil yang biasa digunakan di dalam usul fiqh. Katanya, ‘apabila bercampur yang halal dan yang haram, walaupun yang haram itu sedikit, maka yang haram itu lebih menguasai’. Sekarang, jom kita kaitkan dengan persoalan kita. OK. Macam ni, kita solat. Solat tu Allah suka kan? Tapi dalam masa yang sama, kita pakai baju sendat, pakai jeans, tak tudung kepala..semua tu haram. OK. Cuba faham. Kita solat tapi kita pakai sendat-sendat, agak-agak Allah terima tak solat kita tu? OK. Jika Allah terima sekalipun, pahala solat kita dah lebur sebab terpaksa tanggung dosa aurat tadi. Faham? Itulah salah satu kenapa hati kita tak khusyuk dalam solat. Sebab Allah dah tarik nikmat lazat bersolat. Kalau Kak Sya nak kata solat orang yang macam ni tak diterima, macam poyo laa kan..Yelah, kerana hanya Allah yang berhak menilai. Tapi, ubahlah. Cuba buang yang haram.


Soalan : Ooo..macam mana cara nak dapatkan khusyuk tu?


Jawapan : Kalau nak dapatkan khusyuk dalam solat, mula-mula sekali, kita kena faham apa yang kita baca dalam solat. Contohnya, kita baca al-Fatihah. Kita kena faham apa sebenarnya yang Allah nak sampaikan pada hamba-Nya melalui surah al-Fatihah. Bukan al-Fatihah saja, tapi semua yang kita baca dalam solat tu. Jadi, bermula dari sekarang, cuba hafal. InsyaAllah, jika niat kita nak dapat redha Allah, Allah akan tolong kita. Selain itu, kalau masih tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna, cuba perlahan-lahan dulu. Pakai tudung elok-elok. Jangan biarkan seurat rambut pun nampak.


Saya memandang wajah-wajah suci di hadapan saya. Saya tersenyum kepada salah seorang pelajar di sudut surau. Riak wajahnya berlainan. Saya tahu, beliau ingin bertanyakan sesuatu, tapi mungkin malu untuk bertanya.


“Shiela, ada nak tanya Kak Sya apa-apa ke? Kalau ada, baik tanya sekarang. Jangan lepaskan peluang. Sebab lepas ni, susah dah kita nak berkumpul macam sekarang nie.”


“Err..macam ni..masalah ‘period’..”


Owh patutlah..Saya tersenyum.


“OK. Apa masalahnya? Jangan malu. Kita semua perempuan. Tiada lelaki kat atas surau ni..”


Soalan : Jika kita period selama 7 hari, kemudian darah berhenti dan kita dah mandi hadas. Kemudian, selang 3 hari, darah datang balik. Adakah sah solat dan puasa selama 3 hari tu?


Jawapan : Ya, sah solat dan puasa atau apa-apa saja ibadat yang dilakukan selepas mandi hadas. Kita sudah dikira suci pada masa tu. Jadi, wajib solat dan wajib puasa. Bila datang darah kemudiannya, berhenti puasa dan solat. Solat dan puasa kita pada 3 hari tu, akan diterima. Tapi, hati-hati dengan darah istihadhah. Kena tahu bezakan mana haidh dan mana istihadhah.


Soalan : Lepas tu, masa period, betul ke tak boleh potong kuku dan rambut?


Jawapan : Tidak ada satu hadis dan dalil pun yang menyatakan bahawa kita kena mandikan kuku dan rambut yang dipotong semasa berada di dalam keadaan tidak suci. Tapi, kata ustaz saya, baik mandikan. Kerana orang Islam yang sentiasa bersuci daripada hadas akan bercahaya di Padang Masyar. Jika kita tak mandikan, mereka kekal dalam keadaan tidak suci. Tapi, jika Ustaz Azhar Idrus, beliau kata, tak perlu mandikan. Buang terus. Wallahu’alam.


Soalan : Wajib ke basuh pad?


Saya tersengih. Bukan mengejek, tetapi tersengih kerana lawak kot soalan tu..Hehe.


Jawapan : Tak wajib, syg. Tapi, Allah kata, ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’. Jadi, basuhlah. Kena ingat, syaitan suka orang-orang yang pengotor. Bila keadaan kita tak terurus, maka, senanglah syaitan nak berdamping dengan kita. Sebab itulah, mereka senang-senang je buat perkara yang Allah larang. Ringkasnya, basuh.


Soalan : Bagaimana pula cara nak mandi wajib yang betul, Kak Sya?


Jawapan : OK. Soal mandi wajib. Yang ni pun penting jugak sebab kalau tak betul cara kita mandi wajib ni, akan beri kesan kepada ibadat-ibadat kita yang seterusnya. Rukun mandi wajib ni ada 3 sebenarnya. Yang pertama, niat. Yang kedua, hilangkan najis di badan. Yang ketiga, meratakan air ke seluruh badan. Sebelum air jatuh di kepala, niat terlebih dahulu. Kemudian jangan lupa, ratakan air ke seluruh badan yang zahir sahaja. Itu sahaja rukun mandi wajib. Tapi, cara Rasulullah, baginda akan berwudhuk dulu sebelum mandi wajib. Semua perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah adalah sunat kita ikut. Jika Kak Sya nak terangkan kat sini semua perkara sunat, rasanya tidak sempat. Jadi, insyaAllah lain kali.


Saya melirik jam ditangan. Wahh..terlebih 15 minit. Kemudian, mengalihkan pandangan pada Pengarah Projek. Beliau memberi isyarat supaya tutup majlis.


Saya lega. Moga-moga ilmu yang dikongsi tadi bermanfaat untuk mereka. InsyaAllah. 


note : Jika ada sebarang keraguan tentang jawapan diatas, boleh kemukakan serta dibincangkan disini. Jika kesilapan di pihak saya, saya akan maklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut jawapan yang sebetulnya. 
0

Tazkirah Kem Bina Jati Diri (Bah. 1)

Sebagai salah seorang fasilitator kem bina jati diri untuk pelajar STPM, saya ditugaskan untuk mengambil alih peranan sebagai imam dan pentazkirah untuk pelajar perempuan apabila pelajar lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 

Selesai solat Zohor, kami berwirid bersama. Kemudian, selesai berdoa penuh kerendahan, saya melirik jam tangan. Ada setengah jam lagi ni...sempat ke...Saya mengangkat kening kepada Pengarah Projek yang berada di saf paling hadapan. Beliau mengangguk. Saya tersenyum. 

15 minit tazkirah. 15 minit soal jawab. Kira OK laa kot..!

Saya 'touch-up' majlis yang tak seberapa formal dengan lafaz syukur kepada Allah. Kemudian, saya tersengih. Hehe. Saya sebenarnya tak 'prepare' langsung tajuk tazkirah saya pada kali nie. Memang saya sengaja. Kerana memang sikap saya, apabila saya bersedia, keadaan tidak akan menjadi seperti dirancang. Jadi, saya balun je lah..! 

Terdetik di hati saya, lebih baik saya berbicara soal wudhuk kerana solat akan menjadi sia-sia jika wudhuk tidak diangkat dengan sempurna. OK. Jom mulakan..!


Ringkasnya, saya lebih suka memberi penerangan secara berpraktikal. Jadi, saya menjadi demonstrator di hadapan pelajar untuk membuat demonstrasi cara-cara berwudhuk dengan sempurna. Selain itu, saya juga menyelitkan hikmah-hikmah yang terdapat pada wudhuk yang sempurna. 

Bahagian-bahagian wudhuk yang sangat ditekankan oleh saya adalah muka dan tangan hingga ke siku. Wanita berlainan dengan lelaki. Wanita majoritinya mempunyai rambut yang panjang. Oleh itu, apabila berwudhuk, jika anak rambut atau 'sideburn' tidak diratakan dengan air, maka wudhuk anda adalah tidak sah kerana 'sideburn' dikira sebahagian daripada muka. 

Nasihat saya : Semasa berwudhuk, tarik keluar sedikit 'sideburn' tu dan ratakan dengan air. Atau jika nak lebih senang, potong 'sideburn' terus. Jadi, apabila berwudhuk, anda tidak akan risau 'sideburn' tidak diratakan dengan air. 

Untuk tangan hingga ke siku pula, rata-rata daripada kaum wanita sukar menyelak lengan baju sehingga ke paras atas siku. Jadi, sebab susah sangat, mereka buat-buat kononnya air sudah diratakan sampai ke siku. Jangan! Jika air tak sampai kat siku, solat tak sah sebab basuh tangan sampai siku tu wajib. Kalau sunat, tak buat pun, solat masih lagi sah. 

Nasihat saya : Cuba sedaya upaya menyelak lengan baju sehingga ke atas bahu. Cara ini lebih senang kerana lengan baju tidak akan jatuh serta basah terkena air semasa anda sedang berwudhuk. Lurut dengan tangan. Bukan hanya melalukan air di siku semata-mata. 

Selesai membicarakan soal wudhuk, saya menyentuh pula bab solat. Sehingga saat ini, saya sendiri masih lagi belajar dan terus belajar tentang solat. Jadi, apa yang saya tahu, apa salahnya saya kongsikan bersama saudara seagama. Mudah-mudahan menjadi saham di akhirat kelak, insyaAllah. 

Bercakap tentang solat, saya menekankan tentang cara-cara takbirratul ihram yang betul, bacaan al-Fatihah yang sempurna,  rukuk dan sujud yang sepatutnya. Kerana masa yang tidak begitu mengizinkan, saya hanya menyentuh dan cuba membetulkan perkara yang wajib dilakukan di dalam solat sahaja. Perkara sunat pula, saya hanya menyentuh sekali lalu sahaja. 

Setelah saya berpuas hati kerana ilmu yang disampaikan nampaknya mudah difahami oleh mereka, saya sedaya upaya mengejar masa untuk memberi laluan kepada sesi soal-jawab. Sikap saya, saya tidak suka membiarkan sesiapa sahaja berada di dalam keadaan 'dilemma' tentang ibadah. Jadi, saya sanggup menjawab apa sahaja soalan yang diajukan jika saya mampu menjawabnya dengan pertolongan dari Allah. 

Sesi soal-jawab bermula. 

[ikuti sesi soal dan saya jawab pada entri seterusnya. InsyaAllah.]

0

Fadhilat Untuk Isteri

Bismillahirrahmanirrahim..


2 minggu berada di zon yang membataskan penggunaan media kerana keterbatasan masa. Ewwhh..! Rasa tak percaya pulak boleh berenggang dengan facebook selama 2 minggu..hehe. 

Dalam masa 2 minggu jugak, segala yang berlaku telah merubah hidup saya hampir keseluruhannya. Daripada yang suka mencari kebenaran di sebalik konspirasi-konspirasi Yahudi, bertukar kepada yang suka membaca dan menimba ilmu tentang alam perkahwinan. Ehem2..! hehe.

Disebabkan saya dan juga anda bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dengan izin-Nya, disini saya akan menghuraikan serba sedikit fadhilat-fadhilat menjadi seorang isteri. Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab dan peranan isteri terhadap suami.


Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri agar mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :


1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun


2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah


3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus


4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid


5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin


6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.


7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah


8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Subhanallah..! 


0

Nilai Seorang Wanita

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan". 

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." 

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."



 

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." 

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." 

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."



2

Hanya Kerana Aku Begini...

Hanya kerana tubuhku tertutup jubah,
Aku dikatakan tidak pandai berfesyen.
Hanya kerana rambutku dilitupi tudung,
Aku dikatakan tidak pandai bergaya.
Hanya kerana dadaku terlindung labuhnya tudung,
Aku dikatakan tidak moden.
Hanya kerana wajahku terlingkup niqab,
Aku dikatakan tidak pandai mencalit lipstik.
Hanya kerana lenganku terbalut sarung,
Aku dikatakan kusamnya kulit.
Hanya kerana kakiku tertutup stokin,
Aku dikatakan berlagak alim.
Hanya kerana aku berjalan menunduk,
Aku dikatakan sombong.
Hanya kerana aku tidak menjawab salam ajnabi,
Aku dikatakan jual mahal.


Sebenarnya, aku bukan begitu..
Ingin sekali aku berfesyen dengan jeans ketat.
Ingin sekali aku bergaya dengan tudung nipis.
Ingin sekali aku berlipstik bercelak.
Ingin sekali aku menayangkan mulusnya kaki.
Ingin sekali aku menggoda manja si ajnabi.


Tetapi,
Segala yang indah tentangku,
Akanku persembahkan pada lelaki yang bernama suami.
Segala yang cantik tentangku,
Akanku hadiahkan pada lelaki yang berjaya membimbingku.
Hanya untuk lelaki yang namanya berganding denganku di Lauh Mahfuz.


Ketahuilah,
Keindahan dan kecantikanku,
Bukan untuk tatapan mata galak lelaki.
Bukan juga untuk santapan batin lelaki.
Jauh sekali untuk menjadi peneman lena lelaki.


0

5 Tarikan Wanita Menurut Lelaki Beriman

1. Budi Bahasa Dari Jiwa
Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah dia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau sekurang-kurangnya tahu hal dunia hari ini? Atau adakah dia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? 

Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap mata memandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.



2. Mekap yang Memikat
Jangan salah tafsir tentang mekap! Yang dimaksudkan disini adalah air wuduk untuk pembersih dan penyegar wajah. 

Untuk pembayang mata dan melentikannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat. Manakala pemerah bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan.


3. Busana Taqwa
Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertatahkan permata-permata berkilau. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Qur’an dengan pakaian dan perhiasannya. 

Tetapi kini wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki dengan membuka aurat. 

Mereka yang benar-benar ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka, dipegang dan dilihat sesuka hati oleh sesiapa jua.



4. Suka Dikritik dan Bersikap Terbuka
Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal disisinya. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan beerti ikut secara total segala kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati. 

Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya. Di dalam hubungan kasih-sayang, saling mengekspresikan diri sungguh-sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan melayan kerenah masing-masing. Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. 

Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.



5. Superwoman
Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknya suka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan. 

Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecantikan rupa paras muka yang semakin lama semakin pudar di makan usia. Tetapi kekuatan peribadi tidak akan sirna ditelan zaman.




Rasulullah SAW bersabda: “wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top