Sebagai salah seorang fasilitator kem bina jati diri untuk pelajar STPM, saya ditugaskan untuk mengambil alih peranan sebagai imam dan pentazkirah untuk pelajar perempuan apabila pelajar lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Selesai solat Zohor, kami berwirid bersama. Kemudian, selesai berdoa penuh kerendahan, saya melirik jam tangan. Ada setengah jam lagi ni...sempat ke...Saya mengangkat kening kepada Pengarah Projek yang berada di saf paling hadapan. Beliau mengangguk. Saya tersenyum.
15 minit tazkirah. 15 minit soal jawab. Kira OK laa kot..!
Saya 'touch-up' majlis yang tak seberapa formal dengan lafaz syukur kepada Allah. Kemudian, saya tersengih. Hehe. Saya sebenarnya tak 'prepare' langsung tajuk tazkirah saya pada kali nie. Memang saya sengaja. Kerana memang sikap saya, apabila saya bersedia, keadaan tidak akan menjadi seperti dirancang. Jadi, saya balun je lah..!
Terdetik di hati saya, lebih baik saya berbicara soal wudhuk kerana solat akan menjadi sia-sia jika wudhuk tidak diangkat dengan sempurna. OK. Jom mulakan..!
Ringkasnya, saya lebih suka memberi penerangan secara berpraktikal. Jadi, saya menjadi demonstrator di hadapan pelajar untuk membuat demonstrasi cara-cara berwudhuk dengan sempurna. Selain itu, saya juga menyelitkan hikmah-hikmah yang terdapat pada wudhuk yang sempurna.
Bahagian-bahagian wudhuk yang sangat ditekankan oleh saya adalah muka dan tangan hingga ke siku. Wanita berlainan dengan lelaki. Wanita majoritinya mempunyai rambut yang panjang. Oleh itu, apabila berwudhuk, jika anak rambut atau 'sideburn' tidak diratakan dengan air, maka wudhuk anda adalah tidak sah kerana 'sideburn' dikira sebahagian daripada muka.
Nasihat saya : Semasa berwudhuk, tarik keluar sedikit 'sideburn' tu dan ratakan dengan air. Atau jika nak lebih senang, potong 'sideburn' terus. Jadi, apabila berwudhuk, anda tidak akan risau 'sideburn' tidak diratakan dengan air.
Untuk tangan hingga ke siku pula, rata-rata daripada kaum wanita sukar menyelak lengan baju sehingga ke paras atas siku. Jadi, sebab susah sangat, mereka buat-buat kononnya air sudah diratakan sampai ke siku. Jangan! Jika air tak sampai kat siku, solat tak sah sebab basuh tangan sampai siku tu wajib. Kalau sunat, tak buat pun, solat masih lagi sah.
Nasihat saya : Cuba sedaya upaya menyelak lengan baju sehingga ke atas bahu. Cara ini lebih senang kerana lengan baju tidak akan jatuh serta basah terkena air semasa anda sedang berwudhuk. Lurut dengan tangan. Bukan hanya melalukan air di siku semata-mata.
Selesai membicarakan soal wudhuk, saya menyentuh pula bab solat. Sehingga saat ini, saya sendiri masih lagi belajar dan terus belajar tentang solat. Jadi, apa yang saya tahu, apa salahnya saya kongsikan bersama saudara seagama. Mudah-mudahan menjadi saham di akhirat kelak, insyaAllah.
Bercakap tentang solat, saya menekankan tentang cara-cara takbirratul ihram yang betul, bacaan al-Fatihah yang sempurna, rukuk dan sujud yang sepatutnya. Kerana masa yang tidak begitu mengizinkan, saya hanya menyentuh dan cuba membetulkan perkara yang wajib dilakukan di dalam solat sahaja. Perkara sunat pula, saya hanya menyentuh sekali lalu sahaja.
Setelah saya berpuas hati kerana ilmu yang disampaikan nampaknya mudah difahami oleh mereka, saya sedaya upaya mengejar masa untuk memberi laluan kepada sesi soal-jawab. Sikap saya, saya tidak suka membiarkan sesiapa sahaja berada di dalam keadaan 'dilemma' tentang ibadah. Jadi, saya sanggup menjawab apa sahaja soalan yang diajukan jika saya mampu menjawabnya dengan pertolongan dari Allah.
Sesi soal-jawab bermula.
[ikuti sesi soal dan saya jawab pada entri seterusnya. InsyaAllah.]
0 comments:
Post a Comment