0

Status Oktober 2011


Melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding melakukan perubahan ke arah yang lebih negatif. Mengapa?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk." - Surah Az-Zukhruf 43 : 37.


"Wanita dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki. Tetapi dicipta untuk seorang lelaki bernama suami."


[Tips] "Saya sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil. Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung bacaan isterinya dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya." - Dr Mohd Fadzilah Kamsah.


“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira yang masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. Ini berdasarkan hadis Nabi : Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari." - Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


"Janganlah menjadi seorang lelaki yang berbuat baik kerana menginginkan seorang wanita. Sebaliknya jadilah seorang lelaki yang berbuat baik sehingga diingini oleh wanita."


[Pendapat] : "Purdah tidak perlu dijadikan isu hangat. Tapi hangatkan isu wanita yang tidak menutup aurat atau membalut aurat. Kewajipan menutup aurat itu jauh lebih wajib daripada pemakaian purdah. Lebih baik mencegah yang mungkar daripada mencegah yang dituntut."


"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya." - HR. Al-Hakim.


Nikah itu sunnah. Majlis sederhana dan tidak membazir juga sunnah. Mahar kahwin juga sunnah. Jaga aurat pengantin dan cakna ikhtilat di majlis kahwin juga sunnah. Majlis grand bukan sunnah, belanja besar bukan sunnah. Niat asal nikah adalah cari Redha, bukan undang MurkaNya. Wasatiyyahlah dalam hal pernikahan.

"Maka barangsiapa yang benci kepada sunnahku, maka ia bukanlah termasuk umatku." - HR Bukhari dan Muslim.


"Untuk menjadi wanita solehah kepunyaan ALLAH, jangan ada satu pun nama lelaki yang meniti di bibir dan terukir di hati. Jika tidak, sudah pasti cinta ALLAH masih BELUM dimiliki."

Moga cinta Allah sentiasa di hati. Allahumma ameen.


“ALLAH sentiasa berikan yang terbaik untukmu. Mungkin bukan yang terbaik yang kamu inginkan tetapi pasti terbaik yang kamu perlukan, insyaALLAH.”


"Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa."


How to Pronounce and say Assalam-U-Alaikum:

1. Assalaam-U-Alaikum = May peace be upon you

2. Saam-O-Alaikum = Destruction be on to you

3. Asaam-O-Alaikum = Death be imposed upon you

4. Assa-E-Kum = Pleasure be ceased upon you

5. Slam-le-Kum = Curse be upon you

There are basic mistakes and even as Muslims, we do not know how to say Assalam-U-Alaikum. So be careful about it because the most common one used today out of negligence is Number 5.


“Jika rupa dijadikan syarat ke Syurga, hanya Nabi Yusuf yang layak ke sana.”


Zulhijjah telah tiba. "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini." (Riwayat Al-Bukhari).


"Tiada yang lebih indah pada kedua ibu bapa selain anak-anak yang soleh dan solehah. Tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah. Tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hamba-Nya yang soleh dan solehah."


A husband said this to his wife "If Jannah was a flower, I would pick it for you. If Jannah was a bird, I would catch it for you. If Jannah was a house, i’d build it for you. But since Jannah is a place no eye has ever seen, I make dua to ALLAH to reserve it for you."


"Pilihlah untuk menjadi GADIS BIASA yang sederhana pada cara dan gaya, tanpa eye shadow dan pemerah pipi, tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian, tanpa tumit tinggi yang berdetak-detak, tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada, tanpa pakaian menjolok mata. Pilihlah untuk menjadi GADIS BIASA. Biar tidak up-to-date, biar tidak bergaya. Asalkan AGAMA penuh di dada."


Jika kita mengagumi akal dan fikiran STEVEN JOBS, dia sudah mati.

Jika kita suka nyanyian & tarian MICHEAL JACKSON, dia sudah mati.

Jika kita kata MIKE TYSON hebat, dia menangis di depan kaabah.

Jika kita kagumi petikan gitar SHAM KAMIKAZE, dia kini mencari keredhaan Allah.

Jika kita suka jenaka BOB LOKMAN, dia kini menghambakan diri utk dihina demi Allah.

Jika dulu kita suka dangdut, Raja dangdut IWAN ingin menghabiskan sisa hidupnya dgn berdakwah.

Jika kita mengagumi kekayaan SULTAN BRUNEI, Baginda takut jika tidak melaksanakan hukum Allah.

"Nama-nama hebat yang kita kagumi akhirnya mati. Mereka yang masih hidup pula kini amat gerun dengan Allah."

Percayalah kata RASULULLAH SAW : 'Islam akan bangkit di akhir zaman.'

~Berdoalah sahabat, agar kita bukan tergolong dlm golongan yg rugi. Amin.


"Bertegur sapalah...kerana sombong dan angkuh itu dibenci Allah."

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top