Showing posts with label Buah Fikiran. Show all posts
Showing posts with label Buah Fikiran. Show all posts
0

Kolot Ke Tutup Aurat Nie?


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Sila baca status di bawah dengan teliti :

1) Perlu ke pakai jubah serban semua tu? Kolot!

2) Belajar laa tinggi-tinggi. Tak payah taksub sangat dengan agama.

3) Budak-budak pondok mesti semuanya jenis yang takda ilmu! Sebab tu layak masuk pondok je! Huhh!

4) Nak tunjuk alim laa tu..alaahh pakai biasa-biasa suda...

Pelik.

Hairan.

Konfius.

OK. Ini pandangan dan pendapat saya :

1. Kalau nak dapat pahala, pakai. Taknak pahala, tak payah pakai. Senang cerita. Sama kes macam niqab. Nak pakai takpe, taknak pakai pun takpe. Hukum niqab dan serban nie khilaf. Ada yang kata sunat. Ada yang kata wajib. Ada yang kata harus. Dan ada jugak yang kata haram mengikut keadaan. Jika di Kelantan, semua sekolah-sekolah pondok berpegang pada qaul muktamad, NIQAB adalah WAJIB. Tapi tidak di Kedah. Untuk pelajar IPTA macam saya pulak, saya berpegang kepada sunatnya niqab memandangkan ada dua tiga kursus di universiti yang memerlukan saya membuka niqab. Dan mengikut ustaz di Pondok Pasir Tumboh, itu dikira sebagai mudharat dan tidak berdosa jika saya membuka niqab.

Tapi yang tak pakai tu, jangan pulak kutuk-kutuk caci-caci maki-maki orang yang berniqab/berserban. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa. Golongan yang ikut cara dan sunnah Rasulullah berpakaian nie sebenarnya mereka mendambakan pahala dan rahmat Allah. Bukannya saja-saja. Ingat tak panas ke pakai serba hitam dari atas sampai bawah? Panass dan rasa sangat hot! Tak caya, cuba pakai..hehe.


2. Golongan yang berpakaian mengikut sunnah nie bukannya taksub dengan agama. Bukankah itu pakaian sunnah? Salahkah jika kita pakai apa yang Rasulullah/isteri-isteri Baginda pakai? Berdosakah? OK. Kalau yang berniqab/berserban dan berjubah nie taksub pada agama, so, yang tidak tutup aurat dan mendedahkan aurat sesuka hati, bolehkah jika saya kata mereka nie sebenarnya taksub dengan manusia-manusia yang hidup pada zaman Mesolitik dulu? 

Cuba anda fikir. Yang mana lebih baik? Pakai cara Rasulullah yang kompem-kompem dapat pahala, atau pun, pakai macam orang Mesolitik, yang kompem-kompem dapat dosa? Kalau kulit anda tahan panas api neraka, silakan buka aurat. Tapi jika anda rasa kulit anda hanya mampu bertahan dengan panas dunia, silakan tutup aurat.


3.  OK. Frankly speaking, kawan-kawan yang duk sebumbung di pondok dengan saya, salah sorangnya, sedang mengikuti program pengajian forensik di USM Kubang Kerian, sorang lagi, dari program pengajian kewangan. Ada yang bakal jadi doktor sakit puan, ada juga yang bakal jadi peguam shariah. Dan ada jugak yang sanggup tolak tawaran kedoktoran, sehingga dipulaukan keluarga demi menuntut ilmu akhirat.

Jadi, kenapa kata macam tu? Walau setinggi mana pun anda menuntut ilmu, tapi jika anda merendah-rendahkan golongan yang sentiasa berzikir menyebut nama Allah, ingatlah! Anda tidak akan kemana. Tak payah bangga dengan kelulusan yang anda dapat, sebab di Padang Masyar nanti, Allah tak pandang pun semua tu. Yang Allah kira, sifat taqwa dan amalan dalam diri setiap anak Adam. Kalau amal banyak, syurgalah. Kalau dosa banyak, nerakalah.


4. Bab nak tunjuk alim pulak..hmm..suka saya jelaskan disini, Allah Maha Mengetahui. Kita siapa nak menghukum orang lain? Kita nabikah? Kita maksumkah? Kita tak penah buat dosakah? Hanya Allah saja yang tahu apa yang terlintas di hati hamba-Nya. Jadi, apa salahnya kita bersangka baik. Kalau dia berlagak alim sekalipun, biarlah. Sekurang-kurangnya, dia dah berjaya tundukkan nafsu lelaki terhadapnya. Berterima kasihlah pada orang yang menutup aurat dan memberati aurat mereka daripada pandangan ajnabi. Atau jika anda suka orang yang membuka aurat, anda sebenarnya penyumbang kepada mata-mata yang berdosa.

Sudah-sudahlah kita menghukum orang sebegini. Bukankah jika kita menghina orang sebegitu, kita sebenarnya menghina sunnah Rasulullah? AllahuRabbi ! Besarnya dosa kita jika tergolong dalam golongan begitu.

p/s : “Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing, dan akan kembali dengan asing seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing.” – Ibnu Majah.

OK. Take note.
Siapakah sebenarnya 'orang-orang yang asing' dalam hadis di atas?

Kebahagiaan bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh dengan kitab Allah ketika orang lain meninggalkannya dan mereka yang mengerjakan sunnah ketika orang lain meninggalkan sunnah itu. - Imam Ibnu Wahab.
Sahabat dari Pondok Pasir Tumboh


4

Niqab itu pakaianku.


Saya dirisik oleh seorang ibu untuk anak terunanya. Segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari, semasa hari perkahwinan anak perempuan si ibu, saya disuruh membuang niqab. Alasannya, tiada guna bergambar tetapi tutup muka. Saya senyum dan buat-buat tak dengar. Camera masing-masing, kan..!



Sekali lagi, saya menziarahi ibu tadi pada pagi hari raya. Kami berbual dengan cukup mesra sehinggalah isu niqab sekali lagi dibangkitkan. Kata ibunya,


"Kenapa sampai tutup litup ni..?"


"Hehe. Kawan anak lelaki makcik ada kat depan tuu.."


"Kawan anak makcik jugak...bukan sapa-sapa pun." (muka tak puas hati).


"Hehe. Tapi saya boleh kahwin dengan kawan anak makcik tuu.." (jawab dengan tak nak, sama banyak...)


Bukan setakat ibu yang tidak suka saya berniqab, malah keseluruhan keluarga dan sanak-saudaranya. Kata mereka, tak payah laa nak tunjuk alim kat sini. Tapi kata saya, saya tak alim. Kalau dah alim, awal-awal lagi Allah dah janjikan syurga untuk saya.


Jadi, saya rasa, kami tidak sependapat dalam salah satu perkara sensitif. Awal-awal lagi dah ada yang menghasut supaya saya tanggalkan niqab, bila dah kahwin..kuasa di tangan suami. Jika saya disuruh tanggalkan niqab sekalipun, saya redha dalam terpaksa kerana saya ingin jadi isteri solehah yang menyenangkan hati suami. Tapi, solehah saya biarlah pada suami yang soleh juga.




Kepada bakal suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.

Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.


Kepada bakal isteri,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.

Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka jika kamu memperlihatkan wajahmu. Kerana lelaki soleh yang kamu sukai itu tidak mahu dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kamu tidak sanggup berpurdah, maka pilihlah lelaki yang lain.
0

Anak itu yang Tiada Dosa...

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sangat suka memandang wajah-wajah anak kecil. Anak-anak kecil yang suci dan indah. Tiada dosa, tiada noda, tiada cela. 

Anak saya nanti, pastinya seorang yang mengamalkan al-Quran dan as-sunnah. Pastinya seorang yang tidak mengenal apa itu hiburan, yang tidak mengenal apa itu maksiat, yang tidak juga mengenal apa itu kemungkaran. 

Pastinya juga, anak saya itu seorang yang buta matanya, bisu mulutnya, dan pekak telinganya daripada segala yang dicela dan ditegah ALLAH.


Dan saya, mengimpikan anak-anak kecil itu, daripada benih terpilih seorang lelaki bergelar suami yang amat saya cintai, kerana pari-pari kecil yang indah itulah, pengikat kasih sayang kami, suami isteri yang bahagia. InsyaALLAH.

Saya mohon dan saya berdoa pada ALLAH.

Amin.
0

Duhai hati yang rebah, inilah ujian Allah!


Duhai hati,

"Apakah manusia mengira bahawa dia sudah beriman, padahal dia belum diuji?"

Semakin Allah sayangkan hamba-Nya, semakin kuat dugaan yang diterima. Seberat-berat manusia yang diuji bukankah Rasulullah? Sedangkan baginda merupakan Habibullah, kekasih-Nya!


Sabar itu dicintai Allah. Nabi berpesan, bahawa sabar itu sebahagian daripada iman. Iman bukankah padanya 'kepada Allah'? Justeru, sabar memupuk kita kembali kepada Allah.


Kenapa masih bersedih, duhai hati? Bukankah Allah juga mencatatkan ‘Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan’. Maka, redhalah duhai hati. Jika redha itu semudah melakarkan harapan, sudah pasti hati menerimanya tanpa sebarang ragu. Dengan 1001 senyuman. Juga dengan sejuta kebahagiaan.


Tapi, ujian itu milik Allah. Jika kita rebah, kita akan kembali kepada-Nya. Kita merintih, kita memohon, kita meminta kepada-Nya. Seribu kali kita rebah, seribu kali kita mampu bangkit. Bangkitnya kita kerana taqarrub. Bangkitnya kita kerana sabar. Acapkali kita diingatkan, Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita. Ya Allah, lalainya kita!


Bukankah selangkah kita mendekati Allah, sepuluh langkah Allah akan mendekati kita? Maka, berdoalah moga dipermudahkan urusan hati. Tidak kira betapa sukarnya, ingatlah Allah, berdoalah kepada-Nya. Bermuhasabahlah! Moga kasih-sayang Allah sentiasa bersama.


Bersyukurlah andai urusanmu mudah kerana mudah itu merupakan nikmat Allah bagimu, agar kau merasai kurnia-Nya. Kasih sayang-Nya. Disyukuri dengan segenap ruang rasamu.


Bersyukurlah andai urusanmu sukar,  kerana Allah ingin mengujimu.  Allah inginkanmu merintih kepada-Nya. Dan Allah ingin memberikanmu peluang. Peluang untuk menimba pengalaman yang mematangkan. Allah inginkanmu sentiasa bersama-Nya.


Saya dewasa kerana ujian. Saya matang kerana dugaan. Saya bangkit kerana kepahitan. Seringkali diri diuji. Ujian kali ini, saya tidak mampu lagi. Ya Tuhan...


0

Jodoh itu Bukan Urusanku

Buat titipan seorang sahabat...

Sesungguhnya, dia bukan milikku. Dan dia juga bukan milikmu. Dia milik si Dia yang Maha Agung. Mintalah pada-Nya. Rintihlah pada-Nya. Bukan padaku. Bukan hak aku untuk menentukan dia milikku, atau dia milikmu.

Demi Allah, aku berdoa di Tanah Haram, supaya kalian disatukan bersama. Demi Allah. Demi Allah. Demi Allah.

Hanya berdoa. Kerana untuk menentukan dia milikmu, bukanlah urusanku. 

Semoga kalian begini :)
P/S : Soal hati, serahkan saja pada-Nya :)
0

DoaKu UntukMu



''YA RABBI..


Aku berdoa utk seorang lelaki, yg akan menjadi sebahagian daripada hidupku..
Seorang lelaki yg sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..
Seorang lelaki yg akan meletakkanku pd kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.. 
Seorang lelaki yg hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Seorang lelaki yg mempunyai sekeping hati yg sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu..
Seorang lelaki yg mengetahui bg siapa dan utk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..
Seorang lelaki yg memiliki hati yg bijak bukan hanya sekadar otak yg cerdas..
Seorang lelaki yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku..
Seorang lelaki yg tidak hanya memujaku tetapi dpt juga menasihati ketika aku berbuat salah..
Seorang lelaki yg mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..
Seorang lelaki yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi..
Seorang lelaki yg dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya..
Seorang lelaki yg memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya..
Seorang lelaki yg memerlukan doaku utk kehidupannya..
Seorang lelaki yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna..


Dan aku memohon ya ALLAH..


Berikan aku sekeping hati yg sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku, berikan kepadaku tangan supya aku mampu berdoa untuknya, kurniakan aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya..


AMIN YA RABBAL ALAMIN.......''


2

Hanya Kerana Aku Begini...

Hanya kerana tubuhku tertutup jubah,
Aku dikatakan tidak pandai berfesyen.
Hanya kerana rambutku dilitupi tudung,
Aku dikatakan tidak pandai bergaya.
Hanya kerana dadaku terlindung labuhnya tudung,
Aku dikatakan tidak moden.
Hanya kerana wajahku terlingkup niqab,
Aku dikatakan tidak pandai mencalit lipstik.
Hanya kerana lenganku terbalut sarung,
Aku dikatakan kusamnya kulit.
Hanya kerana kakiku tertutup stokin,
Aku dikatakan berlagak alim.
Hanya kerana aku berjalan menunduk,
Aku dikatakan sombong.
Hanya kerana aku tidak menjawab salam ajnabi,
Aku dikatakan jual mahal.


Sebenarnya, aku bukan begitu..
Ingin sekali aku berfesyen dengan jeans ketat.
Ingin sekali aku bergaya dengan tudung nipis.
Ingin sekali aku berlipstik bercelak.
Ingin sekali aku menayangkan mulusnya kaki.
Ingin sekali aku menggoda manja si ajnabi.


Tetapi,
Segala yang indah tentangku,
Akanku persembahkan pada lelaki yang bernama suami.
Segala yang cantik tentangku,
Akanku hadiahkan pada lelaki yang berjaya membimbingku.
Hanya untuk lelaki yang namanya berganding denganku di Lauh Mahfuz.


Ketahuilah,
Keindahan dan kecantikanku,
Bukan untuk tatapan mata galak lelaki.
Bukan juga untuk santapan batin lelaki.
Jauh sekali untuk menjadi peneman lena lelaki.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top