0

Aku Mahu Tinggalkan Dunia di dalam Sujudku!

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur, tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak : "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"


Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.


Apabila aku mendongak, temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.


Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."


Malaikat itu terus membawaku naik ke langit sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
 Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah dengan pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.


Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kasturi.


Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"


Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."


Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"


Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"


Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.


Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!" Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"


Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."


Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."



Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.


Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.


Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.


Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.


Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.


Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. ‘Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...’


Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.


Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.


Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"


Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s.a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?



0

Hati Mukmin Pasti Menangis

Suatu petang pada Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal dengan kebengisannya, sedang memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintas di hadapan mereka. Kalau tidak, kasut but keras milik tuan Roberto yang sangat fanatik kepada Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.


Roberto teramat marah apabila dia terdengar seorang tahanan sedang mengumandangkan suara-suara yang amat dia benci semasa sedang melalui sebuah kamar tahanan.

"Heii ! Hentikan suara hina kau! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun, lelaki di kamar tahanan tadi tetap khusyuk dengan bacaannya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya hanya cukup untuk seorang. Dengan marah dia meludah ke wajah tua tahanan yang sudah keriput dan hanya tinggal tulang. Tidak puas dengan itu, dia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua itu dengan punting rokoknya yang masih menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar sedikitpun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan tidak henti-henti mengucapkan kata “Rabbi, wa ana 'abduka...!”

Tahanan lain yang menyaksikan kejadian itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaAllah tempatmu di Syurga."

Melihat kegi
gihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh tahanan-tahanan lain, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak kemarahannya. Dia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu dengan keras sehingga terjatuh ke lantai.


"Heii orang tua! Bukankah engkau tahu, aku benci dengan bahasa hinamu?! Aku benci apa-apa saja yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Kau telah membuatkan aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya, aku akan bunuh kau. Kecuali, engkau minta maaf dan masuk agamaku."

Mendengar "khutbah" itu, orang tua tersebut terus mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan pandangan yang tajam dan dingin. 

Orang tua itu berkata, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera bertemu dengan kekasih yang amat aku cintai, Allah. Patutkah aku berlutut pada manusia yang busuk hati seperti engkau bilamana aku kini berada di puncak kebahagiaan untuk bertemu dengan-Nya?? Jika aku turuti kata-kata kau, tentu aku termasuk dalam manusia yang amat bodoh!"

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, but keras Roberto sudah mendarat di wajahnya. Orang tua itu terhuyung-hayang, kemudian jatuh di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah meluncur sebuah 'buku kecil' dari saku baju penjaranya yang telah lusuh. Adolf Roberto berusaha mengambilnya. Namun tangan sang tua itu terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Serahkan buku itu, orang tua bodoh!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa menyentuh barang suci ini!" ucap sang tua dengan pandangan yang menghina Roberto.

Tiada jalan lain, akhirnya Roberto terpaksa menggunakan kekerasan untuk mendapatkan buku itu. But keras seberat dua kilogram itu digunakan untuk memijak jari-jari tangan orang tua itu yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak bagi Roberto. Lelaki bengis itu merasa bangga mendengar gemeretak tulang-tulang yang patah. Roberto merasa lebih puas ketika melihat titisan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil itu. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Roberto terperanjat dan termenung panjang.

"Aku pernah melihat buku kecil ini..Tapi, bila? Ya, aku kenal buku ini..”


Suara hati Roberto tertanya-tanya. Perlahan-lahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya dia pernah melihat tulisan seperti itu dahulu. Namun, tidak lagi di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk disisi orang tua yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis Roberto kini diliputi tanda tanya. Mata Roberto terpejam rapat. Dia berusaha keras mengingati peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu masih ingat, suatu petang pada masa kanak-kanaknya, terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Pada petang itu, dia melihat peristiwa yang mengerikan di suatu padang tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia. Di padang itu, pesta darah dan nyawa kaum muslimin sedang berlangsung. Beribu-ribu nyawa yang tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri padang tersebut, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang tinggi terpacak. Tubuh mereka melayang-layang apabila ditiup angin petang yang kencang, membuatkan pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara itu, di tengah-tengah padang, ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya kerana mereka tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak lelaki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di tengah-tengah padang tersebut pada malamnya. Korban-korban keganasan rahib itu telah syahid. Kanak-kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang sudah tidak bernyawa, sambil mencari abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ni, ummi akan mengajarku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis hiba, ketika sang ummi tidak juga menjawab. Dia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Arah untuk pulang ke rumah juga dia tidak tahu. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapanya, "Abi... Abi... Abi... " Namun, dia segera berhenti berteriak memanggil sang bapa ketika tiba-tiba, bayangan petang kelmarin yang melihat bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang yang lengkap berseragam.

"Hei...siapa kau?!" jerit sekumpulan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut.

"Aku Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih kasihan.


"Apa nama kau? Cuba ulang lagi sekali!" bentak salah seorang dari mereka.

"Aku Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.


"Hei budak... ! Muka cantik tapi nama hodoh. Aku benci nama kau. Aku akan tukar nama kau dengan nama yang lebih baik. Nama kau sekarang 'Adolf Roberto'... Ingat! Kau jangan sebut lagi nama kau yang buruk tu. Kalau tidak, aku akan bunuh kau!" ancam lelaki itu.

Budak itu mengigil ket
akutan sambil menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika orang itu membawanya keluar padang itu. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

Roberto tersedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang tua. Dia mencari-cari sesuatu di pusat orang tua itu. Ketika dia melihat satu 'tanda hitam', dia menjerit histeria, "Abi..!! Abi..!! Abi..!!"

Roberto menangis dengan hiba, tak ubah seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Dia masih ingat, buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Dia juga masih ingat, ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua yang sangat lemah. Ada rasa penyesalan yang amat jelas terukir di wajah lelaki itu.


Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, tetapi saat itu dengan spontan dia menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam di dalam benaknya. Sang tua segera membuka mata ketika merasakan ada titisan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan pandangan yang samar, dia masih dapat melihat lelaki yang menyeksanya separuh mati kini sedang memeluknya.

"Tunjukkan aku jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku jalan itu... " Terdengar suara Roberto teresak-esak. Orang tua itu sedang mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya turut berlinang. Setelah berpuluh-puluh tahun, akhirnya dia masih sempat bertemu dengan buah hatinya disini. Sungguh ajaib! Ini adalah bukti kebesaran Allah.

Abi dengan susah payah masih boleh berkata,  "Anakku, pergilah ke Mesir. Di sana ramai saudaramu. Katakan saja, engkau mengenali Syeikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah di negeri itu."

Setelah selesai menuturkan kata-kata itu, sang tua itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan berbekalkan kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah...”.

Orang tua itu bertemu Rabbnya dalam keadaan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmad Izzah telah menjadi seorang yang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran pada masa mudanya. Ramai pemuda-pemuda Islam yang datang dari pelbagai pelusuk Negara berguru dengannya. 

Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy



0

Kisah Perang Salib (Bah. 2)

Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150, 000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wilayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50, 000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan. 


Satu-persatu kota dan benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing. 


Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tetapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, maka tercapailah cita-cita mereka. Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.  


Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata : "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu. 


Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infantri dan kalevri lari tunggang-langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu, yang terdengar hanyalah rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tompokan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia. 


Rymond d'Agiles yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan : "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda." 


Aksi pembataian hanya berhenti beberapa saat saja, iaitu ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembataian diteruskan dengan lebih ganas lagi. Seterusnya Michaud berkata : "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembataian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan pertolongan, akan dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah dan dipaksa ke hadapan khalayak umum dan dikorbankan di tiang gantungan. 


Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Jesus Christ memberikan ampunan kepada para pengikutnya, sama sekali tidak dapat meredakan nafsu membunuh kaum Salib itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan." 


Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya : "Kaum Salib kita yang 'bertakwa' itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlahnya mencapai 60, 000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh dalam masa 8 hari sahaja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali." 


Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan : "Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerussalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-rabak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan apabila melihat peristiwa yang mengerikan itu."
0

Kisah Perang Salib (Bah. 1)


Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad diisra'kan, Baginda singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi'raj ke langit. Nabi Isa as juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalem ini.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalem dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.

Berabad-abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agama masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka bermain pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.

Sebelum Jerussalem ditadbir oleh Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan.

Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huru-hara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.

Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu adalah demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah lantang menyuarakan bahawa kebebasan agamanya telah dicabul oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.

Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah mengelilingi Eropah dengan menunggang seekor keldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.

Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan ditipu oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan jayanya. Paus Urbanus II mengumumkan bahawa sesiapa yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya, mereka akan diberikan ampunan seluruh dosa. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi orang awam yang menyertai perang itu sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusuli oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka diizinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, akan mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya kepada angkatan tersebut.

Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan yang diterima angkatan ini sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak berdiam diri. Walaupun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tetap tidak sependapat. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.

Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

0

Kolot Ke Tutup Aurat Nie?


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Sila baca status di bawah dengan teliti :

1) Perlu ke pakai jubah serban semua tu? Kolot!

2) Belajar laa tinggi-tinggi. Tak payah taksub sangat dengan agama.

3) Budak-budak pondok mesti semuanya jenis yang takda ilmu! Sebab tu layak masuk pondok je! Huhh!

4) Nak tunjuk alim laa tu..alaahh pakai biasa-biasa suda...

Pelik.

Hairan.

Konfius.

OK. Ini pandangan dan pendapat saya :

1. Kalau nak dapat pahala, pakai. Taknak pahala, tak payah pakai. Senang cerita. Sama kes macam niqab. Nak pakai takpe, taknak pakai pun takpe. Hukum niqab dan serban nie khilaf. Ada yang kata sunat. Ada yang kata wajib. Ada yang kata harus. Dan ada jugak yang kata haram mengikut keadaan. Jika di Kelantan, semua sekolah-sekolah pondok berpegang pada qaul muktamad, NIQAB adalah WAJIB. Tapi tidak di Kedah. Untuk pelajar IPTA macam saya pulak, saya berpegang kepada sunatnya niqab memandangkan ada dua tiga kursus di universiti yang memerlukan saya membuka niqab. Dan mengikut ustaz di Pondok Pasir Tumboh, itu dikira sebagai mudharat dan tidak berdosa jika saya membuka niqab.

Tapi yang tak pakai tu, jangan pulak kutuk-kutuk caci-caci maki-maki orang yang berniqab/berserban. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa. Golongan yang ikut cara dan sunnah Rasulullah berpakaian nie sebenarnya mereka mendambakan pahala dan rahmat Allah. Bukannya saja-saja. Ingat tak panas ke pakai serba hitam dari atas sampai bawah? Panass dan rasa sangat hot! Tak caya, cuba pakai..hehe.


2. Golongan yang berpakaian mengikut sunnah nie bukannya taksub dengan agama. Bukankah itu pakaian sunnah? Salahkah jika kita pakai apa yang Rasulullah/isteri-isteri Baginda pakai? Berdosakah? OK. Kalau yang berniqab/berserban dan berjubah nie taksub pada agama, so, yang tidak tutup aurat dan mendedahkan aurat sesuka hati, bolehkah jika saya kata mereka nie sebenarnya taksub dengan manusia-manusia yang hidup pada zaman Mesolitik dulu? 

Cuba anda fikir. Yang mana lebih baik? Pakai cara Rasulullah yang kompem-kompem dapat pahala, atau pun, pakai macam orang Mesolitik, yang kompem-kompem dapat dosa? Kalau kulit anda tahan panas api neraka, silakan buka aurat. Tapi jika anda rasa kulit anda hanya mampu bertahan dengan panas dunia, silakan tutup aurat.


3.  OK. Frankly speaking, kawan-kawan yang duk sebumbung di pondok dengan saya, salah sorangnya, sedang mengikuti program pengajian forensik di USM Kubang Kerian, sorang lagi, dari program pengajian kewangan. Ada yang bakal jadi doktor sakit puan, ada juga yang bakal jadi peguam shariah. Dan ada jugak yang sanggup tolak tawaran kedoktoran, sehingga dipulaukan keluarga demi menuntut ilmu akhirat.

Jadi, kenapa kata macam tu? Walau setinggi mana pun anda menuntut ilmu, tapi jika anda merendah-rendahkan golongan yang sentiasa berzikir menyebut nama Allah, ingatlah! Anda tidak akan kemana. Tak payah bangga dengan kelulusan yang anda dapat, sebab di Padang Masyar nanti, Allah tak pandang pun semua tu. Yang Allah kira, sifat taqwa dan amalan dalam diri setiap anak Adam. Kalau amal banyak, syurgalah. Kalau dosa banyak, nerakalah.


4. Bab nak tunjuk alim pulak..hmm..suka saya jelaskan disini, Allah Maha Mengetahui. Kita siapa nak menghukum orang lain? Kita nabikah? Kita maksumkah? Kita tak penah buat dosakah? Hanya Allah saja yang tahu apa yang terlintas di hati hamba-Nya. Jadi, apa salahnya kita bersangka baik. Kalau dia berlagak alim sekalipun, biarlah. Sekurang-kurangnya, dia dah berjaya tundukkan nafsu lelaki terhadapnya. Berterima kasihlah pada orang yang menutup aurat dan memberati aurat mereka daripada pandangan ajnabi. Atau jika anda suka orang yang membuka aurat, anda sebenarnya penyumbang kepada mata-mata yang berdosa.

Sudah-sudahlah kita menghukum orang sebegini. Bukankah jika kita menghina orang sebegitu, kita sebenarnya menghina sunnah Rasulullah? AllahuRabbi ! Besarnya dosa kita jika tergolong dalam golongan begitu.

p/s : Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing, dan akan kembali dengan asing seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing.– Ibnu Majah.

OK. Take note.
Siapakah sebenarnya 'orang-orang yang asing' dalam hadis di atas?

Kebahagiaan bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh dengan kitab Allah ketika orang lain meninggalkannya dan mereka yang mengerjakan sunnah ketika orang lain meninggalkan sunnah itu. - Imam Ibnu Wahab.
Sahabat dari Pondok Pasir Tumboh


0

Status Mei 2012


"Jangan hanya kerana satu kesalahan, kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu, lalu dia berdoa untuk kebaikanmu."


Peringatan bersama :
Penyakit wanita banyak pada mulutnya (mengumpat).
Penyakit lelaki banyak pada matanya (memandang yang haram).


Jangan lebihkan rindu pada kekasih daripada ibu bapa. Jangan lupa, siapa lebih lama hidup bersama anda?"

p/s : Rindukan Allah juga dan Rasulullah SAW.


"Teruslah berbuat baik, berkata baik, dan memberi nasihat yang baik. Walaupun tidak ramai yang mengenali kita dan bertegur sapa di FB, cukuplah Allah yang lebih mengenali kita daripada yang lain. Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuatkan kita terus hidup menjelang akhir hayat."


Buat mereka yang merasa kecewa atau 'down' hari ini :
"Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu."


"Maturity doesn't depend on age. It depends on the way you think."


Satu perkongsian yang menarik daripada Prof Dr. Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun.

Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring.

Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami."

SUBHANALLAH.. Indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???

Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID.


Komen peribadi berikutan tajuk besar NST 'Nik Aziz is father of kafir' : 

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


"Andai tidak kita mampu mengaji semerdunya, janganlah pula kita tidak langsung menatap ayat suci-NYA. Sungguh, melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengar alunan ayat-NYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya untuk orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya. " 

p/s : Kita orang yang bagaimana? Fikirkan..


Salam Penghulu Segala Hari, hadis peringatan :

Rasulullah SAW bersabda :

Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya DUNIAWI yang difikirkannya, sehingga seolah-olah ia TIDAK MELIHAT hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkannya 4 penyakit :

1. KEBINGUNGAN dan KESEDIHAN yang tiada putus-putusnya.
2. KESIBUKAN yang tidak pernah ada habisnya.
3. KEPERLUAN yang tidak pernah terpenuhi.
4. KHAYALAN dan CITA-CITA yang tidak pernah kesampaian.

[Hadis Riwayat Imam Thabrani]


"An 'ex' is called an 'ex' because it’s EXample of what you shouldn’t have again in the future."

"ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik."

p/s : Kadang-kadang, lebih baik membiarkan kesedihan bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang hati kita pada-NYA, daripada kegembiraan yang ‘melarikan’ kita jauh dari-NYA. T_T


"Saya ingatkan saya yang paling teruk diuji Allah. Tetapi, ada lagi insan lain yang dibuang keluarga sendiri dan keluarga suami hanya kerana beliau mula berubah daripada tidak bertudung kepada bertudung, daripada membalut aurat kepada menutup aurat. Teresak-esak saya membaca mesejnya. Sehinggakan saya sendiri kehilangan kata-kata semangat untuk dihadiahkan kepadanya. Sebegitu besar ujian Allah kepada hati-hati yang merindukan kasih-sayang-Nya."

p/s : Jangan putus harapan. Teruslah bangkit berjuang! Kerana disebalik kepahitan ini, Allah selitkan tarbiyyah untuk kita dengan mendatangkan ujian yang maha hebat, kerana akhir nanti, Syurga itu juga maha hebat!


"Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi. Kerana doa itu adalah pintu kebaikan. Dan kerana doa juga adalah senjata orang beriman."

p/s : Teruskan berdoa dan berdoa.


"Dear boys, be the type of guy you would want your daughter to be with."


Syaitan 'beramai-ramai' hadir ketika kita : 

- Terlalu marah.

- Terlalu sedih. 

- Terlalu letih. 

- Sedang memuncak syahwat.


"Kita merancang tetapi ALLAH Maha Perancang. Kita melaksana tetapi ALLAH jua Maha Perkasa menentukannya. ALLAH memberi apa yang kita PERLU bukannya apa yang kita MAHU."


"Kita terlalu fikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan sehingga menimbulkan kerisauan, sedangkan seharusnya kita PERLU terlebih dahulu melakukan yang terbaik hari ini, barulah masa hadapan tidak merisaukan."


"Berpegang teguhlah dengan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ulama'. Ulama' memang tidak maksum tetapi mereka mewarisi ilmu Nabi dan mendapat kepercayaan Allah di dunia."


Pesanan dari sahabat :

Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. Yang paling bagus adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

p/s : Moga dikuatkan hati dan ditekadkan iman untuk beramal, insyaAllah.


“Lima malam doa tidak ditolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’aat, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha." - Hadis Riwayat Al-Baihaqi. 

Allahumma barik lana fi Rajab wa Sya'ban...wa ballighna fi Ramadhan..amin YA RABB..

Ya ALLAH, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab...dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan...amin Ya ALLAH..


"Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berniat puasa sunat/qada' esok hari. Moga diteguhkan akidah dan ditingkatkan iman, insyaAllah."


''Ketika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah. Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka serulah ALLAHUAKBAR. Ketika bahu tiada kuasa memikul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya kerana ALLAH SWT. Agar tunduk disaat yang lain angkuh, agar teguh disaat yang lain runtuh, agar tegar disaat yang lain masih terdampar.”

p/s : Dari dulu sampai saat ini, pembakar semangat saya adalah Surah al-Baqarah : 153.


Bersyukur, dan bersyukur lagi! Ucapan tahmid tanda terima kasih kita kepada Allah. Jangan bimbang apabila kita diuji dengan hilangnya pekerjaan, hilangnya orang yang tersayang kerana kehilangan hanyalah bersifat sementara dan boleh dicari ganti. Tapi jika kita 'hilang' Allah dalam diri, Allah itu hanya SATU.

Jadilah hamba kepada Satu Tuhan, bukan hamba kepada 'tuhan-tuhan' kecil untuk digembirakan.

p/s : Jom tingkatkan amal ibadat kita di bulan Rejab. Hanya keampunan Tuhan yang layak dipinta. Allahumma Ameen.

Rejab, road to Sya'ban, and Ramadhan


"Ketika kamu merasakan orang-orang membencimu tanpa ALASAN yang JELAS, Ingatlah, ALLAH mencintaimu TANPA SYARAT!"


"Hadiahkan sekalung al-Fatihah buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan kedua ibu bapa kita ketika menuju ke tempat kerja atau belajar. Sesungguhnya itu membuka rahmat lagi menambah berkat. Jika bekerja rezeki ditambah, jika belajar dilapang pintu kefahaman. InsyaALLAH."


"When someone comes into your life, ALLAH sent them for reason either to learn from them or to be with them until the end. Appreciate them."

p/s : Takdir ALLAH sebaik aturan, jangan cemarkan dengan secalit keraguan.


''Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghinamu.'' - Imam Asy-Syafie


Rasulullah menangis disana melihat akhlakku disini. T_T

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi." - Al A’raf : 23.


"Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga." - Doa Musafir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top