0

Sejarah Tentang Ramalan Hari Kiamat



KIAMAT adalah satu kata yang mengerikan bagi umat manusia. Siapapun dan apapun agama yang dianut oleh setiap manusia di bumi pasti ada konsep tentang hari akhir yang dinamakan dengan KIAMAT. Rata-rata kitab suci dari berbagai agama memiliki pandangan secara garis besar tentang KIAMAT yaitu pada hari itu semua mahluk hidup yang ada di dunia ini akan musnah oleh suatu bencana yang mengerikan dan inilah akhir dari kehidupan.

Sebenarnya sudah banyak bangsa-bangsa atau agama yang ada didunia menyebutkan tentang kiamat,  ada yang mengatakan bahawa kiamat akan terjadi lengkap dengan tanggal terjadinya bumi, ada pula yang hanya memberikan ciri-ciri akan datangnya kiamat. Para peramal pun ramai yang sudah meramalkan akan terjadi kiamat akan tetapi ramalan itu tidak terbukti. Hanya Allah yang satu saja yang mengetahui bila kiamat akan terjadi.

Di bawah ini adalah ramalan tentang kiamat yang pernah diramalkan oleh manusia:

1.  Pat Robertson, 1982

Mei 1980,Pat Robertson, mengejutkan dan menakuti banyak orang ketika ia menyatakan dalam acara TV-nya, “700 Club”, kepada manusia di seluruh dunia bahawa ia tahu bila dunia akan berakhir. “Saya menjamin bahawa pada tahun 1982 akan ada penghakiman dunia,” kata Robertson.


2. Heaven’s Gate, 1997


Ketika komet Hale-Bopp muncul tahun 1997, muncul isu bahawa pesawat alien tengah mengikuti komet itu.Perkara itu ditutupi oleh NASA dan komuniti astronomi. Walau dugaan itu dibantah oleh para astronomi,isu ini sempat disiarkan dalam acara radio “Coast to Coast AM” yang dibawakan Art Bell dan bertemakan paranormal. Dugaan ini menginspirasi suatu kultus pemercaya UFO (unidentified flying object yang dianggap pesawat alien) di San Diego yang menamakan diri Heaven’s Gate untuk mempercayai bahawa dunia akan segera berakhir.


3. God’s Church Ministry,2008


Menurut pendeta dari God’s Church, Ronald Weinland, akhir zaman telah tiba lagi. Bukunya di tahun 2006 - 2008 "God’s Final Witness" menunjukkan bahawa ratusan juta orang akan meninggal, dan pada akhir 2006, “paling lama 2 tahun tersisa sebelum dunia mengalami waktu terburuk sepanjang sejarah manusia. Pada musim gugur 2008, Amerika akan tumbang sebagai negara berkuasa, dan tak akan menjadi negara merdeka lagi,” dan buku itu juga mencatat, “Ronald Weinland mempertaruhkan reputasinya sebagai nabi akhir zaman Tuhan.”

4. Richard Noone,5 Mei 2000

Kalau memang kesalahan Y2K tak terjadi, maka bencana global dijamin akan terjadi oleh Richard Noone, pengarang buku 5/5/2000 Ice "the Ultimate Disaster" tahun 1997. Menurut Noone, ais di Antartika akan menjadi setebal 3 mil pada tanggal 5 Mei 2000.


5. Y2K, 1 Januari 2000

Ketika abad lalu hampir berakhir, banyak orang khuatir bahawa komputer akan menyebabkan kiamat. Permasalahannya, yang diketahui sejak 1970, adalah bahawa banyak komputer takkan boleh membezakan antara tahun 2000 dan 1900. Tak ada yang tahu pasti apa kesannya, tapi banyak yang menduga akan terjadi bencana.

6. Nostradamus, Agustus 1999

Karya tulisan Michel de Nostradame yang sangat membimbangkan dan metaforis telah menarik perhatian banyak orang selama lebih dari 400 tahun. Tulisannya, yang ketepatannya sangat tergantung pada interpretasi yang sangat fleksibel, telah diterjemahkan dalam puluhan versi yang berbeza. Salah satu baris tulisannya menyebut ‘Banyak pengikut Nostradamus menjadi resah kerana menduga bahawa inilah penglihatan peramal terkenal itu terhadap kiamat.’

7. Ayam Peramal dari Leeds, 1806

Sejarah mencatat banyak tokoh yang menyatakan bahawa zaman akhir hampir tiba dengan kedatangan nabi. Namun, mungkin “nabi” yang paling "pelik" adalah seekor ayam dari Kota Leeds tahun 1806. Ayam ini awalnya disangka menghasilkan telur yang bertuliskan “Kristus akan datang”.Ramai orang percaya bahawa kiamat hampir tiba sehingga seorang penduduk yang akhirnya mengawasi ayam itu ketika bertelur dan menyaksikan penipuan tentang kalimat itu.

8.  Kiamat kaum Mormon, 1891 atau sebelumnya

Joseph Smith, pengasas gereja Mormon, mengadakan rapat gereja pada Februari 1835 untuk memberitahu bahawa ia berbicara kepada Tuhan. Selama pembicaraan itu, Smith mengakui bahawa Yesus akan kembali dalam 56 tahun ke depan, dan selanjutnya masa akhir zaman akan segera dimulai.


Itulah antara ramalan2 tentang kiamat. Yang terbaru pula, filem tentang kiamat pun telah ditayangkan. Walau apa pun ramalam bila kiamat akan berlaku, kita sebagai umat islam haruslah percaya bahawa hari kiamat akan berlaku pada hari JUMAAT sepertimana yang telah disebutkan di dalam Al-Quran.



9

Benarkah Kiamat Bakal Berlaku 40 Tahun Lagi?

Kali ini saya merasakan terpanggil untuk mencoretkan kembali penulisan di blog ini setelah terbacanya artikel seperti tajuk di atas. Sebelum ini saya juga telah membuat beberapa pencarian akan freemason dan knight templar dan kali ini pula tentang akan kehilangan 2/3 manusia di muka bumi. Walaupun konsep penulisan ini adalah secara kasarnya dilihat secara "copy n paste" tetapi itu tidak menjadi persoalan utama. Yang menjadi isunya adalah isi yang ingin disampaikan.


Beberapa bulan yang lalu, saya telah membaca emel yang dipaparkan oleh sahabat di laman Facebook sebagaimana berikut :

Pagi tadi semasa tengok mailbox saya ada satu email ni saya terima:

Cuba kira,
1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.


Sama dengan hadis nabi berkenaan huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur. Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)


Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? ALLAH sahaja maha mengetahui. Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”.


Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.


Kemudian, saya mencari-cari pula artikel yang bersangkut-paut dengan artikel di atas kerana pada saya, hujahnya masih belum mencukupi. Dan, terjumpalah pula artikel ini.


Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.




Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.


Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias


Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...


Saudara serumpunku, anda semua harus ingat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahdi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.


Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun.


Dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi sebab perlunya baginda turun, sebab-sebab itu mestilah terjadi. Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:

- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...

- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)

- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???

- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....

- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan,  atau masih kanak-kanak, atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...

-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak.


Dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu. Dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...


Ingatlah saudara-saudara ku..Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.


Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa


Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.


Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!


Sekali lagi saya ingatkan anda, bila Nibiru melalui nanti (mengikut teori), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung"  dengan teori gerhana tahun 2012. Dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil, dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.


Planet Nibiru (Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua pancaran api yang terdapat pada bumi.


TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?  OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.


Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi asalkan yang mempunyai saluran elektrik akan dengan sendirinya tidak berfungsi contohnya seperti satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.


Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil ‘back to ancient’ berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR..!!


KAJIAN SAINS :  Setelah saya membuat kajian, sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.


 Ini pesanan saya lagi....


”Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan”


Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih contohnya, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini. Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik. Manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang diduduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena membina perkampungan Muslim seperti yang terdapat banyak di Tanah Melayu.


Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang


Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya. Kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini. Dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di sekeliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar.


Ya kawan-kawan! Dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan.


Sekali lagi saya ingatkan, anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum tanda besar kiamat yang pertama keluar. Bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...


Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susur galur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad. Dari susur galur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi. Percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama. Carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.


Pesanan Terakhir..


-Langsaikan hutang secepat mungkin

-tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman

-kumpulkan kain-kain yang tahan lama dan haiwan ternak.

-gembala kambing

-ajar anak-anak menunggang kuda

-simpan cermin mata anda sebaik mungkin

-banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik

-banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah

-latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah

- banyakkan berenang di waktu petang

-minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh


Kita kena cepat kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini!


Jika perlu, sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.


Kemudian, saya  terus mencari. Saya menjumpai hadis Rasulullah berkaitan Dajjal.




Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam 
Sahih Muslim:




Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. 
Amir berkata:


"Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau."


 Fatimah berkata: " jika engkau mahu, nescaya aku lakukan."


Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku."


Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda: "Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya."


Selanjutnya beliau bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?"


Mereka menjawab: " Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."


Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dibuai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.


Mereka berkata:' Celaka kamu, apakah kamu ini?'


Binatang itu menjawab:'Aku adalah Jassasah (mata-mata)'.


Mereka bertanya:'Mata-mata apa?'


Ia menjawab:'Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.'


Tamim ad-Dari berkata: 'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.'


'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:


'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?’
Ia menjawab: 'Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?'


Mereka menjawab: ' Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya: ' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab: 'Aku adalah mata-mata'.  'Mata-mata apa?'. 'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.'



'Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:



'Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!'

[Nota : Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin].



'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'



 'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?'


'ya'


'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah'




Lalu ia berkata lagi:' Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!'



'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'



'apakah tasik itu masih berair?'

 [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2 . Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu]



'Ya, tasik itu masih banyak airnya'


'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis'


Ia berkata:' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!'


'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?'


'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?'

 [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat]


'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.'



'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada 
orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?'



'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib'


 'Apakah orang Arab memeranginya?'


 'Ya'


'Bagaimana caranya memperlakukan mereka?'


'Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya'


'Apakah demikian?'


'Ya'



'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.'




Fatimah berkata lagi...


"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda:
Ini adalah Taibah (kota Madinah). Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?"

Orang-orang menjawab:" Benar"

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur" (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top