0

DoaKu UntukMu



''YA RABBI..


Aku berdoa utk seorang lelaki, yg akan menjadi sebahagian daripada hidupku..
Seorang lelaki yg sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..
Seorang lelaki yg akan meletakkanku pd kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.. 
Seorang lelaki yg hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Seorang lelaki yg mempunyai sekeping hati yg sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu..
Seorang lelaki yg mengetahui bg siapa dan utk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..
Seorang lelaki yg memiliki hati yg bijak bukan hanya sekadar otak yg cerdas..
Seorang lelaki yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku..
Seorang lelaki yg tidak hanya memujaku tetapi dpt juga menasihati ketika aku berbuat salah..
Seorang lelaki yg mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..
Seorang lelaki yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi..
Seorang lelaki yg dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya..
Seorang lelaki yg memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya..
Seorang lelaki yg memerlukan doaku utk kehidupannya..
Seorang lelaki yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna..


Dan aku memohon ya ALLAH..


Berikan aku sekeping hati yg sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku, berikan kepadaku tangan supya aku mampu berdoa untuknya, kurniakan aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya..


AMIN YA RABBAL ALAMIN.......''


2

Hanya Kerana Aku Begini...

Hanya kerana tubuhku tertutup jubah,
Aku dikatakan tidak pandai berfesyen.
Hanya kerana rambutku dilitupi tudung,
Aku dikatakan tidak pandai bergaya.
Hanya kerana dadaku terlindung labuhnya tudung,
Aku dikatakan tidak moden.
Hanya kerana wajahku terlingkup niqab,
Aku dikatakan tidak pandai mencalit lipstik.
Hanya kerana lenganku terbalut sarung,
Aku dikatakan kusamnya kulit.
Hanya kerana kakiku tertutup stokin,
Aku dikatakan berlagak alim.
Hanya kerana aku berjalan menunduk,
Aku dikatakan sombong.
Hanya kerana aku tidak menjawab salam ajnabi,
Aku dikatakan jual mahal.


Sebenarnya, aku bukan begitu..
Ingin sekali aku berfesyen dengan jeans ketat.
Ingin sekali aku bergaya dengan tudung nipis.
Ingin sekali aku berlipstik bercelak.
Ingin sekali aku menayangkan mulusnya kaki.
Ingin sekali aku menggoda manja si ajnabi.


Tetapi,
Segala yang indah tentangku,
Akanku persembahkan pada lelaki yang bernama suami.
Segala yang cantik tentangku,
Akanku hadiahkan pada lelaki yang berjaya membimbingku.
Hanya untuk lelaki yang namanya berganding denganku di Lauh Mahfuz.


Ketahuilah,
Keindahan dan kecantikanku,
Bukan untuk tatapan mata galak lelaki.
Bukan juga untuk santapan batin lelaki.
Jauh sekali untuk menjadi peneman lena lelaki.


0

Protokol Yahudi

1. SONG
Lagu-lagu yang menghiburkan.

Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap, tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela, jika ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tetapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa, Yahudi sudah berjaya..!
Bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?


2. SEX
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana. Di kaca tv, dalam filem, dalam iklan. Babak sex amat lumrah.

Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.

Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah.

Ada lagi ke filem yang tiada adegan sex skarang?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah..!


3. SMOKE
Rokok menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok.

Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'.


4. SPORT
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan. Lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan hinggakan sekarang, bola sepak pun diturut serta oleh wanita.

Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga.

Kalau menonton dirumah plak, sembahyang pun lambat sebab takut tak nampak camne masuk GOL.

Yahudi GOL lagi..!

Sampai ada ulamak kata, “kerana sukan, sembahyang boleh tangguh” Na’duzubillah.


5. FUN
Di mana-mana saja kita dapat hiburan yang melalaikan.

Kalau lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah mangga artis perempuan. :D

Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan 
banyak wang dan bila ke konsert.  Pelbagai maksiat akan diselit masuk.

Yahudi terhibur lagi..!

6. FEMALE
Tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan, terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena pun dengan perempuan.

Kalau kita ke kedai bateri kereta, dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? HAHAHA

kalau iklan Kotex, ada rasional jgk..!

Yahudi bersorak lagi..!


7. FASHION
Bermacam-macam fesyen perempuan yg boleh kita tengok skarang sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.

Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat?

Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut, mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu.

Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah. Malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air.

itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi....


8. FOOD
Makanan lagi satu kegilaan Umat Islam skarang, terutamanya makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi.

Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan.

Makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky. Rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check halal ke tidak?

Bila makan benda haram, mane laa iman nak jadi mantap. Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah..

Yahudi makan Islam lagi...





"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120) 
0

5 Tarikan Wanita Menurut Lelaki Beriman

1. Budi Bahasa Dari Jiwa
Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah dia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau sekurang-kurangnya tahu hal dunia hari ini? Atau adakah dia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? 

Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap mata memandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.



2. Mekap yang Memikat
Jangan salah tafsir tentang mekap! Yang dimaksudkan disini adalah air wuduk untuk pembersih dan penyegar wajah. 

Untuk pembayang mata dan melentikannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat. Manakala pemerah bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan.


3. Busana Taqwa
Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertatahkan permata-permata berkilau. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Qur’an dengan pakaian dan perhiasannya. 

Tetapi kini wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki dengan membuka aurat. 

Mereka yang benar-benar ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka, dipegang dan dilihat sesuka hati oleh sesiapa jua.



4. Suka Dikritik dan Bersikap Terbuka
Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal disisinya. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan beerti ikut secara total segala kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati. 

Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya. Di dalam hubungan kasih-sayang, saling mengekspresikan diri sungguh-sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan melayan kerenah masing-masing. Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. 

Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.



5. Superwoman
Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknya suka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan. 

Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecantikan rupa paras muka yang semakin lama semakin pudar di makan usia. Tetapi kekuatan peribadi tidak akan sirna ditelan zaman.




Rasulullah SAW bersabda: “wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”
0

Hati, Akal dan Cinta

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?  

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?      

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
0

9 Jenis Wanita Pilihan



1. SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress,cemas, gelisah dan senang.


2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.


3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.


4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.


6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walaupun topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.


7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.


9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah. Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

0

Rahsia As-Solat

1. Niat Sembahyang
        Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
 


2. Berdiri Betul 

        Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 


3. Takbir-ratul Ihram 
        Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 


4. Fatihah 
        Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
 


5. Ruqu' 
        Sebagai tikar kita di dalam kubur.
 


6. I'tidal 
        Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
 kubur.

 

7. Sujud 

        Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 


8. Duduk antara 2 Sujud
        Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
 


9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
        Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
 


10. Tahhiyat Akhir
        Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur.
 

11. Selawat Nabi
        Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 


12. Salam
        Memelihara kita di dalam kubur.


13. Tertib

        Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.



"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ‘FRIDAY the 13th’  jika ada di kalangan kamu yang perasan"
 


0

12 Aurat Wanita

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.  

2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3. Wangian
 Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.  

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
  
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.  

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.  

7. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.  

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.  

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.  

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik -  Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.  

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.  

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.  

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.  



“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” – Al-Ahzab : 59


“Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.  





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top