Showing posts with label Tips dan Info. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Info. Show all posts
0

Cara-cara Meminang Dalam Islam

Assalamualaikum.

Kali ni tak nak tulis panjang-panjang lah..
Kita biarkan gambaq ja yang berbicara..
Silalah scroll ke bawah ye tuan puan.. :P

**sila klik pada gambar untuk versi yang lebih jelas.








p/s : Cara nak meminang nie banyak..Jadi pilihlah saja cara mana yang berkenan, asalkan mak ayah tak susah, Allahpun tak marah..^^

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;


2. Sabar apabila mendapat kesulitan;


3. Tawakal apabila mempunyai rencana/rancangan;


4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;


5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;


6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;


7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;


8. Jangan mengganggu kekayaan orang;
 


9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;


10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;


11. Jangan tamak kepada harta;


12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu 
kedudukan;


13. Jangan hancur kerana kezaliman;


14. Jangan goyah kerana fitnah;


15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;


16. Jangan campuri harta yang halal dengan harta yang haram;


17. Jangan sakiti ayah dan ibu;


18. Jangan usir orang yang meminta-minta;


19. Jangan sakiti anak yatim;


20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;


21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;


22. Banyak berkunjung ke rumah Allah(masjid);


23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’;


24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid;


25. Biasakan solat malam;


26. Perbanyakkan dzikir dan doa kepada Allah;


27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
 


28. Sayangi dan santuni fakir miskin;


29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;


30. Jangan marah berlebih-lebihan;


31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
 


32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;


33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;


34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;


35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
 iblis/syaitan;


36. Jangan percaya ramalan manusia;


37. Jangan terlampau takut miskin;


38. Hormatilah setiap orang;
 


39. Jangan terlampau takut kepada manusia;


40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala;


41. Berlakulah adil dalam segala urusan;


42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;


43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;


44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;


45. Perbanyakkan silaturrahim;


46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;


47. Bicaralah secukupnya;
 


48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;


49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;


50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;


51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin; 


52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;


53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;


54. Hormatilah guru dan ulama';


55. Selalu berselawat kepada Nabi; 


56. Cintai keluarga Nabi saw;


57. Jangan terlalu banyak hutang;


58. Jangan terlampau mudah berjanji;


59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;


60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;


61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;


62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;


63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;


64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;


65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;


66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;


67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;


68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;


69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan; 


70. Jangan melukai hati orang lain;


71. Jangan membiasakan berkata dusta;


72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;


73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab; 


74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;


75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;


77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;


78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;


79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;


80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;


81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;


82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;


83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;


84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;


85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;


86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;


87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang tidak menyenangkan;


88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;


89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;


90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;


91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;


92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;


93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;


94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;  

      
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;


96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri; 


97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;


98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;


99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

p/s : #Kopipes#
0

Islam kata JANGAN....

Jangan sengaja lewatkan solat. Allah tak suka. Kalau tertidur, lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh.


Jangan tidur selepas Subuh, nanti rezeki mahal. (berpagi-pagi membuka pintu rezeki).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa. Mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal, kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

p/s :"Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya."

0

2 Kelalaian Kecil Mendidik Anak


Sikap anak-anak banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan cara didikan oleh ibu bapa semasa mereka kesil lagi, yang berterusan sehingga mereka besar panjang.

Walau apapun pandangan dan pendapat kita, jika dilihat berdasarkan sabda Nabi SAW, ibu bapalah yang memberi kesan paling besar dan ketara dalam pendidikan anak-anak. 

Di sini diberikan dua saja contoh kelalaian ibu bapa mendidik anak dengan didikan agama, yang sering kita anggap perkara kecil. Walaupun ia mungkin perkara kecil,jika sudah setiap hari dididik dengan kesilapan kecil ini, yang kecil itu akan menjadi besar.

PERTAMA :
Kita mengejutkan anak pada setiap awal pagi dengan berkata,

"Bangun nak, cepat..! cepat..! Nak pergi sekolah dah ni..! Nanti terlambat pulak."

Ini yang biasa kita dengar dan sebut kepada anak-anak kita, agar mereka segera bangun dan bersiap-siap untuk segera pergi ke sekolah. 

Salahkah cara itu? Ada betul dan ada salah.
Betulnya, kerana memang kita perlu mengejutkan mereka agar segera bangun untuk bersiap-siap pergi ke sekolah. Menuntut ilmu pun merupakan kewajipan juga, dan sangat dituntut oleh agama kita.

Salahnya, kerana sepatutnya kita mengejutkan mereka awal-awal pagi untuk bangun mengerjakan subuh bukannya mengejutkan mereka untuk pergi ke sekolah. Kalau kita kejutkan mereka untuk bangun solat subuh, maka amalan ini akan berterusan setiap hari sepanjang hayat kita dan hayat mereka.

Mereka akan terbiasa dikejutkan untuk solat subuh, lepas itu barulah bersiap untuk pergi ke sekolah.

Jika kita kejutkan mereka untuk bangun pergi ke sekolah, pada hari cuti, mereka tidak akan bangun awal pagi, kerana mereka tahu hari itu adalah hari cuti sekolah. Mereka akan bangun lambat, malah sehingga matahari dah tinggi menggalah, dan akhirnya terlepas solat subuh.

Bukankah bangun mengerjakan solat subuh itu jauh lebih besar daripada bangun untuk pergi ke sekolah?

Inilah kesilapan kecil ibu bapa. Jadi, mulai hari ini, bangunkanlah anak kita untuk menunaikan solat subuh, selepas itu barulah bersiap untuk ke sekolah.

Biasakan diri menyebut kepada mereka mulai hari ini dan seterusnya,

"Bangun, solat subuh..! Lepas tu bersiap-siap pergi ke sekolah."

KEDUA :
Biasanya kita akan mengajar anak-anak kita mengaji al- Quran di rumah sendiri atau di rumah para pengajar al-Quran, masa itu anak-anak kita masih di sekolah rendah lagi. Ia akan berakhir apabila anak-anak itu khatam al-Quran, dan kita meraikannya dengan membuat pulut kuning dan majlis bacaan doa khatam al-Quran.

Betulkah itu? Ada betul dan ada salah.

Betulnya, kita mengajar anak kita untuk mengaji sehingga khatam al-Quran. dan sekaligus pandai membaca al-Quran, walaupun masih tidak berapa fasih dan tajwid tunggang-langgang.

Salahnya, kita hanya menghantar anak kita mengaji al-Quran sehingga khatam, itu saja. Salahnya, kerana kita beranggapan khatam al-Quran itu hanya sekali. Bila dah khatam, tak payah baca lagi Quran seumur hidup. Kalau anak-anak nak baca Quran juga selepas itu,  itu hak mereka.

Sepatutnya kita kena suruh juga anak-anak itu terus mengaji al-Qran walaupun dah khatam sekali, masa darjah 6 dulu. Sekali khatam Quran bukan beerti tamatlah riwayat anak itu dengan Quran yang dibacanya. Membaca al-Quran adalah tugas sepanjang hayat, bukan terhad pada masa kecil sahaja.

Kebanyakan ibu bapa tidak peduli lagi sama ada anakmya pandai baca Quran atau hanya membaca 'merangkak-rangkak' dan lintang-pukang, tajwid entah kemana, fashahah entah ke mana, waqaf wasal entah apa dia, fatih munabih entah macam mana dan seterusnya.

Seeloknya setelah anak itu habis mengaji, suruhlah pula mereka menghafaz beberapa surah tertentu, beberapa ayat lazim dan juzuk-juzuk tertentu. Tidaklah asyik membaca surah pendek yang sama sepanjang masa semasa solat, terutamanya solat maghrib, isyak dan subuh.
Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat untuk kebaikan kita semua.

Ada banyak lagi kelalaian kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak, tetapi jika dua perkara ini dapat diberikan perhatian, ia sudah amat baik untuk kita.

Jangan sampai nanti Anakku Sazali mencerca bapanya sendiri kerana tersalah memberi didikan padanya semasa dia masih kecil dahulu.
0

Balasan Allah kepada tujuh golongan manusia

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah. 

Beliau berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji dan ingin sekali bertaubat.”

Beliau memulakan cerita.



“Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan?” Tanya pemuda itu.

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain.” Jawab ahli ibadah itu.



Sambung pemuda itu lagi.



"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapakah begitu, wahai tuan?”

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.”



Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan, golongan ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku meggali kuburnya pada waktu malam, aku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu.



“Golongan keempat, aku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”




“Golongan kelima, aku lihat ada pula mayat yang kukunya ama panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubh badannya,” sambung pemuda itu.

“Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya, mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, bukanlah termasuk dalam kalangan umat baginda.”



“Wahai guru, golongan keenam yang aku lihat, sewaktu siang lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali, aku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya.”
“Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.



“Wahai guru, golongan terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri wajahnya. Mengapa demikian, wahai tuan?”
“Wahai anak muda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”


Sesungguhnya, daripada Allah kita datang dan kepada-Nya lah jua kita kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta sebesar zarah sekalipun.
0

Tazkirah Kem Bina Jati Diri (Bah. 2)

OK. Ada apa-apa soalan? Tak kisah nak tanya soalan ape pun, yang tak berkaitan dengan tajuk tazkirah Kak Sya pun tak ape. Saya tersenyum lagi.


Saya pandang setiap wajah adik-adik. Kemudian, adik yang berada di saf ketiga mengangkat tangan. Saya mengangguk.


“Silakan.”


Soalan : Macam mana kalau terlupa rakaat semasa solat. Kena solat lagi sekali atau macam mana?


“Terlupa? Terlupa macam mana tu?”


“Terlupa rakaat yang keberapa. Konfius.”


“Owh..OK. OK.”


Dengan lafaz bismillah, saya memulakan sesi menjawab soalan.


Jawapan : Macam ni, kalau kita tengah solat, kemudian terlupa rakaat yang keberapa. OK. Penyelesaiannya, ambil rakaat yang paling sedikit. Tak faham kan? OK Kak Sya bagi contoh. Awak tengah solat Zohor. Kemudian, tiba-tiba je jadi konfius, aku solat ni rakaat ke 3 ke..atau ke 4. Jadi, bila saja terlintas macam ni, awak anggap rakaat awak tu adalah yang sedikit. Maknanya, anggap sebagai 3 rakaat. Begitu juga bila konfius antara rakaat ke-2 dengan rakaat ke-3. Anggap sebagai rakaat ke-2. Faham?


Owh..Faham-faham.


Saya tersenyum lega. Ada lagi?


Soalan : Kak Sya, kenapa susah nak khusyuk dalam solat?


Jawapan : Salah satu sebab hati kita tak khusyuk dalam solat adalah kerana kita hanya solat secara lahiriah, bukannya secara batiniah. Ringkasnya, hanya fizikal kita saja yang melakukan pergerakan, tiada hubungan secara langsung dengan roh dan jiwa kita. Kita tak tahu apa yang kita baca dalam solat. Kita tak faham apa yang sebenarnya kita baca dalam solat. Selain itu, cara hidup kita. Kat sini, Kak Sya nak kongsi satu dalil yang biasa digunakan di dalam usul fiqh. Katanya, ‘apabila bercampur yang halal dan yang haram, walaupun yang haram itu sedikit, maka yang haram itu lebih menguasai’. Sekarang, jom kita kaitkan dengan persoalan kita. OK. Macam ni, kita solat. Solat tu Allah suka kan? Tapi dalam masa yang sama, kita pakai baju sendat, pakai jeans, tak tudung kepala..semua tu haram. OK. Cuba faham. Kita solat tapi kita pakai sendat-sendat, agak-agak Allah terima tak solat kita tu? OK. Jika Allah terima sekalipun, pahala solat kita dah lebur sebab terpaksa tanggung dosa aurat tadi. Faham? Itulah salah satu kenapa hati kita tak khusyuk dalam solat. Sebab Allah dah tarik nikmat lazat bersolat. Kalau Kak Sya nak kata solat orang yang macam ni tak diterima, macam poyo laa kan..Yelah, kerana hanya Allah yang berhak menilai. Tapi, ubahlah. Cuba buang yang haram.


Soalan : Ooo..macam mana cara nak dapatkan khusyuk tu?


Jawapan : Kalau nak dapatkan khusyuk dalam solat, mula-mula sekali, kita kena faham apa yang kita baca dalam solat. Contohnya, kita baca al-Fatihah. Kita kena faham apa sebenarnya yang Allah nak sampaikan pada hamba-Nya melalui surah al-Fatihah. Bukan al-Fatihah saja, tapi semua yang kita baca dalam solat tu. Jadi, bermula dari sekarang, cuba hafal. InsyaAllah, jika niat kita nak dapat redha Allah, Allah akan tolong kita. Selain itu, kalau masih tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna, cuba perlahan-lahan dulu. Pakai tudung elok-elok. Jangan biarkan seurat rambut pun nampak.


Saya memandang wajah-wajah suci di hadapan saya. Saya tersenyum kepada salah seorang pelajar di sudut surau. Riak wajahnya berlainan. Saya tahu, beliau ingin bertanyakan sesuatu, tapi mungkin malu untuk bertanya.


“Shiela, ada nak tanya Kak Sya apa-apa ke? Kalau ada, baik tanya sekarang. Jangan lepaskan peluang. Sebab lepas ni, susah dah kita nak berkumpul macam sekarang nie.”


“Err..macam ni..masalah ‘period’..”


Owh patutlah..Saya tersenyum.


“OK. Apa masalahnya? Jangan malu. Kita semua perempuan. Tiada lelaki kat atas surau ni..”


Soalan : Jika kita period selama 7 hari, kemudian darah berhenti dan kita dah mandi hadas. Kemudian, selang 3 hari, darah datang balik. Adakah sah solat dan puasa selama 3 hari tu?


Jawapan : Ya, sah solat dan puasa atau apa-apa saja ibadat yang dilakukan selepas mandi hadas. Kita sudah dikira suci pada masa tu. Jadi, wajib solat dan wajib puasa. Bila datang darah kemudiannya, berhenti puasa dan solat. Solat dan puasa kita pada 3 hari tu, akan diterima. Tapi, hati-hati dengan darah istihadhah. Kena tahu bezakan mana haidh dan mana istihadhah.


Soalan : Lepas tu, masa period, betul ke tak boleh potong kuku dan rambut?


Jawapan : Tidak ada satu hadis dan dalil pun yang menyatakan bahawa kita kena mandikan kuku dan rambut yang dipotong semasa berada di dalam keadaan tidak suci. Tapi, kata ustaz saya, baik mandikan. Kerana orang Islam yang sentiasa bersuci daripada hadas akan bercahaya di Padang Masyar. Jika kita tak mandikan, mereka kekal dalam keadaan tidak suci. Tapi, jika Ustaz Azhar Idrus, beliau kata, tak perlu mandikan. Buang terus. Wallahu’alam.


Soalan : Wajib ke basuh pad?


Saya tersengih. Bukan mengejek, tetapi tersengih kerana lawak kot soalan tu..Hehe.


Jawapan : Tak wajib, syg. Tapi, Allah kata, ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’. Jadi, basuhlah. Kena ingat, syaitan suka orang-orang yang pengotor. Bila keadaan kita tak terurus, maka, senanglah syaitan nak berdamping dengan kita. Sebab itulah, mereka senang-senang je buat perkara yang Allah larang. Ringkasnya, basuh.


Soalan : Bagaimana pula cara nak mandi wajib yang betul, Kak Sya?


Jawapan : OK. Soal mandi wajib. Yang ni pun penting jugak sebab kalau tak betul cara kita mandi wajib ni, akan beri kesan kepada ibadat-ibadat kita yang seterusnya. Rukun mandi wajib ni ada 3 sebenarnya. Yang pertama, niat. Yang kedua, hilangkan najis di badan. Yang ketiga, meratakan air ke seluruh badan. Sebelum air jatuh di kepala, niat terlebih dahulu. Kemudian jangan lupa, ratakan air ke seluruh badan yang zahir sahaja. Itu sahaja rukun mandi wajib. Tapi, cara Rasulullah, baginda akan berwudhuk dulu sebelum mandi wajib. Semua perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah adalah sunat kita ikut. Jika Kak Sya nak terangkan kat sini semua perkara sunat, rasanya tidak sempat. Jadi, insyaAllah lain kali.


Saya melirik jam ditangan. Wahh..terlebih 15 minit. Kemudian, mengalihkan pandangan pada Pengarah Projek. Beliau memberi isyarat supaya tutup majlis.


Saya lega. Moga-moga ilmu yang dikongsi tadi bermanfaat untuk mereka. InsyaAllah. 


note : Jika ada sebarang keraguan tentang jawapan diatas, boleh kemukakan serta dibincangkan disini. Jika kesilapan di pihak saya, saya akan maklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut jawapan yang sebetulnya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top