Showing posts with label Cinta Islamik. Show all posts
Showing posts with label Cinta Islamik. Show all posts
0

Cara-cara Meminang Dalam Islam

Assalamualaikum.

Kali ni tak nak tulis panjang-panjang lah..
Kita biarkan gambaq ja yang berbicara..
Silalah scroll ke bawah ye tuan puan.. :P

**sila klik pada gambar untuk versi yang lebih jelas.








p/s : Cara nak meminang nie banyak..Jadi pilihlah saja cara mana yang berkenan, asalkan mak ayah tak susah, Allahpun tak marah..^^
0

Anda couple atau ta'aruf?

Anda couple, tapi berselindung di sebalik ta'aruf. Jangan dikotori sucinya makna 'ta'aruf' dalam Islam. Ta'aruf merupakan salah satu syariat Allah bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga yang bukan berpaksikan cinta di antara dua insan semata-mata, tapi juga bertunjangkan cinta Allah SWT, cinta Rasulullah dan rasa cinta terhadap orang-orang beriman. Ta'aruf bukanlah cinta murahan yang melanggar syariat Allah. 

Mungkin ada yang terkeliru di antara couple dan ta'aruf. Bagaimanakah ciri-ciri ta'aruf Islami yang sebenar dalam mencipta asas sebuah rumahtangga yang bahagia? 

Jom, jengok..!

1. Melakukan istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya.
Setelah anda mendapat sedikit latar belakang calon melalui risikan daripada sahabat dan teman-teman, lakukan istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diinginkan. Serahkanlah segala keputusan pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Perlu diingatkan, seseorang yang mempunyai kecenderungan pada calon yang diingini, biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diinginkan. Itu bukanlah jawapan istikharah dari Allah, tetapi, jawapan dari hati anda sendiri.

2. Menentukan tarikh dan masa pertemuan (ta'aruf)
Setelah selesai beristikharah, aturkan pertemuan. Pastikan anda ditemani murabbi masing-masing.


3. Gali pertanyaan sedalam-dalamnya.
Semasa ta'aruf, saling bertanyalah sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang dideritai, visi dan misi tentang rumahtangga. Murabbi perlulah berperanan sepenuhnya untuk mengelakkan suasana menjadi kaku dan serius. Maklumlah, masing-masing masih malu-malu siput. Hehe. Humor dan santaikan suasana, tapi tetap serius untuk mengelakkan sesi ta'aruf berjalan dengan lancar.


4. Menentukan waktu ta'aruf dengan keluarga perempuan.
Setelah melakukan ta'aruf, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian dengan calon perempuan, maka pihak lelaki harus segera melakukan ta'aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya. Perlu diingatkan, pihak lelaki tidak digalakkan datang seorang diri untuk menghindarkan fitnah.


5. Keluarga pihak lelaki mengundang pihak perempuan ke rumahnya.
Dalam soal bercinta selepas nikah, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenali calon menantunya. Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari daripada terjadinya fitnah. 


6. Menentukan waktu khitbah. 
Setelah keluarga kedua-dua belah pihak sudahpun ada keserasian dan setuju dengan pilihan masing-masing, maka janganlah tunggu terlalu lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah calon perempuan (meminang atau melamar). Jarak waktu antara ta'aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan perkara yang tidak diingini.


7. Tentukan waktu pernikahan.
Lakukan pernikahan seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW iaitu sederhana, mengundang anak yatim, asingkan tempat makan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.

Semoga dengan menjalankan ciri-ciri ta'aruf mengikut syariat seperti di atas, insyaAllah akan terbentuk rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Yang menjadi dambaan setiap keluarga Muslim, baik di dunia mahupun di akhirat.


p/s : Alhamdulillah. Kini, kami hanya menunggu masa untuk menentukan tarikh nikah. Tak sangka, jodoh kami bertemu di USM Penang. Ahaks~
0

2 Kelalaian Kecil Mendidik Anak


Sikap anak-anak banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan cara didikan oleh ibu bapa semasa mereka kesil lagi, yang berterusan sehingga mereka besar panjang.

Walau apapun pandangan dan pendapat kita, jika dilihat berdasarkan sabda Nabi SAW, ibu bapalah yang memberi kesan paling besar dan ketara dalam pendidikan anak-anak. 

Di sini diberikan dua saja contoh kelalaian ibu bapa mendidik anak dengan didikan agama, yang sering kita anggap perkara kecil. Walaupun ia mungkin perkara kecil,jika sudah setiap hari dididik dengan kesilapan kecil ini, yang kecil itu akan menjadi besar.

PERTAMA :
Kita mengejutkan anak pada setiap awal pagi dengan berkata,

"Bangun nak, cepat..! cepat..! Nak pergi sekolah dah ni..! Nanti terlambat pulak."

Ini yang biasa kita dengar dan sebut kepada anak-anak kita, agar mereka segera bangun dan bersiap-siap untuk segera pergi ke sekolah. 

Salahkah cara itu? Ada betul dan ada salah.
Betulnya, kerana memang kita perlu mengejutkan mereka agar segera bangun untuk bersiap-siap pergi ke sekolah. Menuntut ilmu pun merupakan kewajipan juga, dan sangat dituntut oleh agama kita.

Salahnya, kerana sepatutnya kita mengejutkan mereka awal-awal pagi untuk bangun mengerjakan subuh bukannya mengejutkan mereka untuk pergi ke sekolah. Kalau kita kejutkan mereka untuk bangun solat subuh, maka amalan ini akan berterusan setiap hari sepanjang hayat kita dan hayat mereka.

Mereka akan terbiasa dikejutkan untuk solat subuh, lepas itu barulah bersiap untuk pergi ke sekolah.

Jika kita kejutkan mereka untuk bangun pergi ke sekolah, pada hari cuti, mereka tidak akan bangun awal pagi, kerana mereka tahu hari itu adalah hari cuti sekolah. Mereka akan bangun lambat, malah sehingga matahari dah tinggi menggalah, dan akhirnya terlepas solat subuh.

Bukankah bangun mengerjakan solat subuh itu jauh lebih besar daripada bangun untuk pergi ke sekolah?

Inilah kesilapan kecil ibu bapa. Jadi, mulai hari ini, bangunkanlah anak kita untuk menunaikan solat subuh, selepas itu barulah bersiap untuk ke sekolah.

Biasakan diri menyebut kepada mereka mulai hari ini dan seterusnya,

"Bangun, solat subuh..! Lepas tu bersiap-siap pergi ke sekolah."

KEDUA :
Biasanya kita akan mengajar anak-anak kita mengaji al- Quran di rumah sendiri atau di rumah para pengajar al-Quran, masa itu anak-anak kita masih di sekolah rendah lagi. Ia akan berakhir apabila anak-anak itu khatam al-Quran, dan kita meraikannya dengan membuat pulut kuning dan majlis bacaan doa khatam al-Quran.

Betulkah itu? Ada betul dan ada salah.

Betulnya, kita mengajar anak kita untuk mengaji sehingga khatam al-Quran. dan sekaligus pandai membaca al-Quran, walaupun masih tidak berapa fasih dan tajwid tunggang-langgang.

Salahnya, kita hanya menghantar anak kita mengaji al-Quran sehingga khatam, itu saja. Salahnya, kerana kita beranggapan khatam al-Quran itu hanya sekali. Bila dah khatam, tak payah baca lagi Quran seumur hidup. Kalau anak-anak nak baca Quran juga selepas itu,  itu hak mereka.

Sepatutnya kita kena suruh juga anak-anak itu terus mengaji al-Qran walaupun dah khatam sekali, masa darjah 6 dulu. Sekali khatam Quran bukan beerti tamatlah riwayat anak itu dengan Quran yang dibacanya. Membaca al-Quran adalah tugas sepanjang hayat, bukan terhad pada masa kecil sahaja.

Kebanyakan ibu bapa tidak peduli lagi sama ada anakmya pandai baca Quran atau hanya membaca 'merangkak-rangkak' dan lintang-pukang, tajwid entah kemana, fashahah entah ke mana, waqaf wasal entah apa dia, fatih munabih entah macam mana dan seterusnya.

Seeloknya setelah anak itu habis mengaji, suruhlah pula mereka menghafaz beberapa surah tertentu, beberapa ayat lazim dan juzuk-juzuk tertentu. Tidaklah asyik membaca surah pendek yang sama sepanjang masa semasa solat, terutamanya solat maghrib, isyak dan subuh.
Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat untuk kebaikan kita semua.

Ada banyak lagi kelalaian kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak, tetapi jika dua perkara ini dapat diberikan perhatian, ia sudah amat baik untuk kita.

Jangan sampai nanti Anakku Sazali mencerca bapanya sendiri kerana tersalah memberi didikan padanya semasa dia masih kecil dahulu.

Kaca Digantikan Dengan Permata

Seringkali kita memohon supaya Allah memberikan pasangan yang baik buat kita. Permohonan tersebut dilakukan melalui doa-doa yang dititipkan selepas solat mahupun di dalam solat istikharah. Bahkan apabila bersembang-sembang dengan ahli keluarga dan teman-teman, kita juga sering menyebut supaya Allah memberikan jodoh terbaik buat kita.


Namun begitu, mengapa ketika majlis yang sedang dirancang tiba-tiba terbatal, ramai yang mudah berputus asa? Sedangkan mungkin ‘putus’ ikatan tersebut bermakna makbulnya doa kita. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, tetapi kitalah yang seringkali menzalimi diri kita sendiri.

Adakalanya insan yang kita harapkan untuk menjadi pasangan kita bukanlah pasangan yang terbaik untuk kita. Jika sejuta kali nyawa diberikan, andainya Allah tidak menciptakannya untuk kita, tidak mungkin akan menjadi milik kita walau sedetik.

Firman Allah :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Baqarah : 216.

Andainya berlaku perkara sebegini, ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilalui. Ramai orang yang ‘terbabas’ apabila dilanda masalah sebegini. Sesetengahnya terpaksa mengambil masa berbulan lamanya untuk mengubat kelukaan hati. Tidak kurang juga yang merasakan mereka telah hilang kebahagiaan sehingga terpaksa dibawa menghuni hospital bahagia.


Saya pernah melihat sendiri seorang teman yang dulunya sangat jahil tentang aurat, kini, Subhanallah..! Indah tertutup..! Terkaku saya mendengar butir cerita dari mulutnya sendiri. Menitis juga air mata gembira. Tidak sangka, gadis sesopan beliau pernah cuba membunuh diri kerana putus cinta..! Selepas itu, keluarga menghantar beliau ke pondok. Setelah 2 tahun di sana, beliau akhirnya dilamar seorang jejaka yang cukup tawadhuk, wara’ dan penuh ilmu agama di dadanya.

Inilah yang dikatakan rahmat Allah kepada kita. Andainya suatu ketika, hati kita pernah hancur bagaikan kaca yang dibaling batu, tanpa disedari, Allah telah menyediakan permata berharga untuk kita.

Allah tidak pernah mengecewakan hamba-Nya, bahkan Allah selalu memberikan rahmat kepada kita. Rahmat yang terlalu banyak ini selalunya jarang disedari dan disyukuri.

Buat sahabat yang pernah kecewa kerana cinta,
Sesungguhnya cinta kepada manusia itu tidak kemana, tetapi cinta Allah itulah yang hakiki. Andainya kita merasakan kebahagiaan dalam hidup ini datangnya daripada cinta kita kepada manusia semata-mata, maka, bersedialah menghadapi kekecewaan.



p/s : Dan saya juga tidak sedikit pun kecewa. Kerana kini, Allah mengurniakan permata yang amat bernilai buat saya. Moga hubungan kami diredhai-Nya. Allahumma ameen.

0

Anak itu yang Tiada Dosa...

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sangat suka memandang wajah-wajah anak kecil. Anak-anak kecil yang suci dan indah. Tiada dosa, tiada noda, tiada cela. 

Anak saya nanti, pastinya seorang yang mengamalkan al-Quran dan as-sunnah. Pastinya seorang yang tidak mengenal apa itu hiburan, yang tidak mengenal apa itu maksiat, yang tidak juga mengenal apa itu kemungkaran. 

Pastinya juga, anak saya itu seorang yang buta matanya, bisu mulutnya, dan pekak telinganya daripada segala yang dicela dan ditegah ALLAH.


Dan saya, mengimpikan anak-anak kecil itu, daripada benih terpilih seorang lelaki bergelar suami yang amat saya cintai, kerana pari-pari kecil yang indah itulah, pengikat kasih sayang kami, suami isteri yang bahagia. InsyaALLAH.

Saya mohon dan saya berdoa pada ALLAH.

Amin.
0

Ade Ape Dengan Nikah Awal...

Bismillah..

Alhamdulillah..syukur pada Allah..seorang lagi sahabat saya sudahpun selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz sahaja..Waahh sukenye..! :P


Dalam masa 2 tahun, setengah dozen daripada sahabat saya telah selamat mendirikan rumahtangga. Dalam 2 3 bulan nie jugak, dah 3 orang daripada sahabat saya dahpun selamat melahirkan zuriat. Waahh ni lagi suke..:P


Yang lagi lagi lagi tak boleh tahan sukenye (agak jeles snanye), dalam lingkungan usia 20 tahun dan lebih, mereka dah pun berjaya membina masjid bersama yang tersayang. Tapi masih ada di kalangan kita yang memandang serong pada individu yang kawin pada usia muda ni, tapi bagi saya, saya sangat kagum..!


Jom jenguk jap..!


Saya kagum kerana kawin muda sebenarnya boleh meramaikan lagi manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti. Sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan? Logiknya, kalau kawin awal, jangka masa subur yang ada pada seorang isteri lebih lama daripada yang kawin pada usia yang sudah agak tua.


Saya kagum juga kerana kawin awal boleh elakkan diri daripada mendekati zina. Pendapat ni memang tepat lagi jitu! Betul laa kan, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?


Lagi..kawin awal mampu mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial. Yelaa, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ dengan suami sendiri, suke hati kami la...lalalalala :P


Kawin awal jugak dapat membantu memberi ketenangan hidup yang maksima pada setiap pasangan. Iyelaa..dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer hati..:)


Yang paling saya kagum, suami isteri yang sentiasa membaja iman mereka dengan ibadah berjemaah, mereka akan mendapat ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’. Subhanallah..! Bayangkan, satu waktu solat bersama pasangan, Allah melipat gandakan pahala kepada 27 kali ganda. Sape tak nak..? Memang nak kena cepuk!


Tapi, jadi masalah jugak kalau pasangan yang kawin awal tuu kurang ilmu, kemahiran dan persediaan untuk pikul tanggungjawab. Rumahtangga akan cepat bergoncang. Lagi teruk, kalau kes kawin ‘terpaksa’ bin ‘free’..adeh!


Lagi pulak, yang suaminye dok rasa diri masih bujang. Yang nie bahaye! Sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan. Memang memerlukan kesabaran isteri yang cukup tinggi. Aduiihh..Nasib laa sape dapat suami camtu..


Err...dah banyak melalut daripada idea asal dah nih..Ape-apepun, tahniah sekali lagi buat sahabat tersayang. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

Dua dah kahwin, dua lagi single..eheh :D
Dan, belum terlambat rasanya nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk seorang lagi yang selamat mendarat di pelamin pengantin...




-




-




-




-




-




-





-                          JENG..JENG..JENG..!!






-





-





-




-




-



 OPS..!! hehehe :D





0

Fadhilat Untuk Isteri

Bismillahirrahmanirrahim..


2 minggu berada di zon yang membataskan penggunaan media kerana keterbatasan masa. Ewwhh..! Rasa tak percaya pulak boleh berenggang dengan facebook selama 2 minggu..hehe. 

Dalam masa 2 minggu jugak, segala yang berlaku telah merubah hidup saya hampir keseluruhannya. Daripada yang suka mencari kebenaran di sebalik konspirasi-konspirasi Yahudi, bertukar kepada yang suka membaca dan menimba ilmu tentang alam perkahwinan. Ehem2..! hehe.

Disebabkan saya dan juga anda bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dengan izin-Nya, disini saya akan menghuraikan serba sedikit fadhilat-fadhilat menjadi seorang isteri. Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab dan peranan isteri terhadap suami.


Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri agar mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :


1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun


2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah


3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus


4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid


5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin


6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.


7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah


8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Subhanallah..! 


0

Jodoh Bukan Kerana Agama

MENCARI JODOH 
Jodoh pertemuan telah ditentukan oleh Allah s.w.t. , namun kita sebagai manusia diperintahkan agar berusaha, berikhtiar dan berdoa supaya di kurniakan oleh Allah s.w.t.  dengan pasangan yang baik dan solehah. Setelah usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh barulah menyerahkan perkara tersebut kepada Allah s.w.t., terpulang kepadaNya samada mahu diperkenankan ataupun sebaliknya.


Bukan sedikit dari kalangan masyarakat kita yang hanya menunggu-nunggu ketentuan dan ketetapan dari Allah s.w.t.  tanpa disertakan dengan usaha dan ikhtiar. Mereka ini samalah dengan manusia yang hanya menunggu-nunggu rezeki datang bergolek atau terbang melayang di hadapan mata tanpa di sertakan dengan usaha dan ikhtiar.

Manakala mereka yang sibuk berusaha mencari jodoh pula tidak kurang juga yang melakukan pelbagai kesilapan. Bukan hanya dari sudut agama tetapi kemanusiaan dan kemasyarakatan. Baik dari pihak lelaki mahupun perempuan.

Pihak lelaki (bukan semua) lebih cenderung memilih calon isteri yang mempunyai rupa paras yang menarik, pandai bergaya dan bersolek ketika berada di luar rumah, lincah gerak lakunya, luas pergaulannya, berpemikiran moden atau tidak kekampungan dan sebagainya. Perempuan yang berhijab atau bertudung menutup aurat dan kuat beribadat dianggap kuno dan amat memalukan. Yang tidak tahu keluar rumah untuk bekerja atau bersosial dipandang sebagai gadis pingitan yang tidak punya tempat di mata masyarakat hari ini.  Dan yang sentiasa melakukan tindakan berlandaskan al-Quran dan al-Hadis dikatakan ingin kembali ke zaman unta.

Manakala pihak perempuan pula tidak kurang hebatnya. Calon suami mestilah yang berharta, berpangkat, punya kedudukan dan nama, berkelulusan tinggi, segak bergaya dengan pakaian yang mahal-mahal dan kalau boleh mempunyai kenderaan yang semewah mungkin.



Mereka lebih mengutamakan nafsu mereka terhadap mata benda dunia dan membelakangkan agama. Dengan ini, samada sedar ataupun tidak, mereka telah menjerumuskan rumahtangga yang akan dibina ke arah kehancuran. Sekalipun tidak hancur ia akan sentiasa diburu oleh kegelisahan dan ketidakselesaan hidup. Dan apabila manusia berebut-rebut mengutamakan kebendaan dan membelakangkan agama, maka nantikanlah wujudnya sebuah generasi yang tidak mengenal Allah s.w.t. dan Rasulullah-Nya. 
 
KESAN MELETAKKAN HARTA SEBAGAI SYARAT UTAMA
 
Pemilihan jodoh dengan meletakkan material sebagai syarat pertama dan agama sebagai yang terakhir akan mengakibatkan beberapa perkara yang tragis, iaitu :





Menyebarluaskan lagi penyembahan material.
Keadaan ini kerana masyarakat Islam menjadikan material sebagai lambang kebahagiaan walaupun hanya palsu semata-mata. Manakala agama pula dianggap ketinggalan zaman. Bahkan lebih dahsyat dari itu, agama dianggap sebagai puaka yang amat menakutkan dan menyeramkan. Akal fikiran mereka sentiasa dihantui dengan anggapan bahawa apabila menjadi isteri kepada lelaki yang kuat agamanya, nescaya dirinya akan terkongkong dalam lingkungan yang amat sempit sekali. Tidak boleh berhias, bergaya, bekerja dan bergiat dalam segenap lapangan. Tugasnya hanya di dapur, melahirkan dan mendidik anak-anak.

Bukan sedikit yang saya dengar dari kalangan wanita-wanita Islam yang menganggap bahawa mendidik dan memelihara anak adalah satu bebanan. Mereka lebih rela bekerja seberat mana sekalipun dari menjaga dan mendidik anak-anak. Perasaan kasih sayang sepenuh hati dan sifat keibuan telah ditarik oleh Allah s.w.t.  dari sebahagian wanita-wanita Islam. Lihat saja! Bagaimana kes membuang anak begitu berleluasa terjadi di negara kita ini.



Akan menjejaskan institusi kekeluargaan sesebuah masyarakat.
Penceraian mula meningkat dari hari ke hari. Di samping itu terlalu banyak rumahtangga yang sedang menanti giliran untuk runtuh.

Akibat membelakangkan akhlak ketika memilih calon, maka si isteri atau si suami menanggung derita berpanjangan. Kini, bukan hanya suami dari kalangan orang-orang awam bahkan tokoh masyarakat, ahli politik dan pak menteri telah terjebak dengan beberapa kegiatan yang kurang sihat seperti judi, rasuah, perzinaan dan sebagainya. Mengadakan hubungan dengan pelacur sudah menjadi suatu yang lumrah bagi suami-suami yang tidak beragama. Si isteri pula, lebih terdedah kepada perangkap lelaki-lelaki hidung belang samada di majlis-majlis sosial atau di tempat kerja.

Antara alasan-alasan yang sering diberikan oleh isteri-isteri ini ialah mereka sering ditinggalkan oleh suami kerana urusan perniagaan, mereka tidak mendapat kepuasan seks bersama suami atau sebagainya. Namun bagi saya semuanya itu adalah alasan yang terlalu rapuh dan tidak boleh dipakai sama sekali. Pada hakikatnya, mereka telah membelakangkan agama. Seandainya orang yang beragama mengalami masalah yang sama, sudah pasti mereka tidak memilih jalan dosa dan noda ini.



Melahirkan keturunan yang rosak moral dan kurang agamanya.
Ibubapa yang baik akan mendidik anaknya ke arah kebaikan. Sebaliknya, ibubapa yang kurang agama akan mendidik anaknya ke arah yang tidak dikehendaki oleh Islam, walaupun menurut kacamatanya ia adalah kebaikan. Bahkan berkemungkinan anak tersebut akan dua kali ganda lebih buruk agamanya dari ibubapanya sendiri.

Justeru, asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan secara sempurna adalah satu tuntutan agama.



Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya.

Kalau kita cermati ayat di atas, kita memperoleh kesimpulan bahawa tujuan perkahwinan itu setidak-tidaknya ada 3 hal :-

·         Untuk menunjukkan kekuasaan Allah.
·         Agar tercipta ketenteraman.
·         Untuk membangun kasih sayang.

Inilah salah satu cara Allah membahagiakan hamba-hambaNya. Melalui jalan perkahwinan. Kerana itu Rasulullah pernah menyampaikan bahawa rumah tangga beliau itu bagaikan syurga bagi beliau. Baiti jannati – rumahku adalah syurgaku.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top