4

Niqab itu pakaianku.


Saya dirisik oleh seorang ibu untuk anak terunanya. Segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari, semasa hari perkahwinan anak perempuan si ibu, saya disuruh membuang niqab. Alasannya, tiada guna bergambar tetapi tutup muka. Saya senyum dan buat-buat tak dengar. Camera masing-masing, kan..!



Sekali lagi, saya menziarahi ibu tadi pada pagi hari raya. Kami berbual dengan cukup mesra sehinggalah isu niqab sekali lagi dibangkitkan. Kata ibunya,


"Kenapa sampai tutup litup ni..?"


"Hehe. Kawan anak lelaki makcik ada kat depan tuu.."


"Kawan anak makcik jugak...bukan sapa-sapa pun." (muka tak puas hati).


"Hehe. Tapi saya boleh kahwin dengan kawan anak makcik tuu.." (jawab dengan tak nak, sama banyak...)


Bukan setakat ibu yang tidak suka saya berniqab, malah keseluruhan keluarga dan sanak-saudaranya. Kata mereka, tak payah laa nak tunjuk alim kat sini. Tapi kata saya, saya tak alim. Kalau dah alim, awal-awal lagi Allah dah janjikan syurga untuk saya.


Jadi, saya rasa, kami tidak sependapat dalam salah satu perkara sensitif. Awal-awal lagi dah ada yang menghasut supaya saya tanggalkan niqab, bila dah kahwin..kuasa di tangan suami. Jika saya disuruh tanggalkan niqab sekalipun, saya redha dalam terpaksa kerana saya ingin jadi isteri solehah yang menyenangkan hati suami. Tapi, solehah saya biarlah pada suami yang soleh juga.




Kepada bakal suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.

Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.


Kepada bakal isteri,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.

Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka jika kamu memperlihatkan wajahmu. Kerana lelaki soleh yang kamu sukai itu tidak mahu dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kamu tidak sanggup berpurdah, maka pilihlah lelaki yang lain.

4 comments:

Azwa Zakaria said...

kak sya...besar nya cabaran berpurdah....kak sya doakan wa kuat utk mneruskan pilihan wa yea...smoga wa kuat sbgaimna kak sya...tersentuh ngat bca entry nie...

Syahidah Mardhiah Bt Azmi said...

Wa, dah hampir 2 taun Kak Sya pakai purdah, tapi ujian tak pernah surut. Makin banyak ujian, makin Kak Sya tabah dan kuat. Kerana tiada seorangpun hamba Allah yang akan ke Syurga sebelum diuji. Semoga kita salah seorang daripadanya, insyaAllah :)
Kak Sya pun harap wa tabah, ya. :)
Ingat! Nak dapat redha Allah itu akan diuji dari segenap ruang. :)

nisaforyou said...

ada hati nak pakai niqab. tapi risau dengan penerimaan keluarga. nak tunggu bakal suami yang suruh pakai niqab je..

Syahidah Mardhiah Bt Azmi said...

InsyaAllah ukhti. Moga beroleh kekuatan itu, insyaAllah. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top