0

Status April 2012


"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "give more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

p/s : Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin.



Jika SENDIRI jangan merasa SEPI.. Ada ALLAH yang MENGAWASI..

Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI.. Ada ALLAH tempat BERDOA..

Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI..

Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. Ada ALLAH tempat MENGADU..

Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.. Ada ALLAH tempat MEMINTA..

Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA.. Pada ALLAH tempat BERSYUKUR..


"Jangan ingat iman dah power, sebab iblis lagi senior."


K - Kalau
E - Engkau
L - Lupa
A - ALLAH
N - Nescaya
T - Tempatmu
A - Adalah
N - Neraka

p/s : Proud to be Kelantanese.


"Letihkanlah dirimu dengan beribadah kepada Allah, sehingga kamu letih untuk melakukan maksiat di atas bumi-NYA."


“Benteng yang paling kuat adalah wanita solehah.”


"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya." - H.R. Bukhari dan Muslim.

p/s : Sabar. Jika tidak mampu, istighfarlah!


Orang yang menggemari dzikir adalah tanda orang yang mencintai Allah SWT.

Orang yang menggemari Selawat adalah tanda orang yang mencintai Rasulullah.

Orang yang menggemari Istighfar adalah tanda orang yang mencintai diri sendiri.

Orang yang suka nasihat-menasihati adalah tanda orang yang mencintai orang tua dan sahabat.

p/s : Sebarkan. Amalkan.


Jika mahu BARAQAH, maka berselawatlah.

Jika mahu merasa MUDAH, maka bacalah Al-Quran.

Jika mahu KESIHATAN yang baik, maka berpuasalah.

Jika mahu merasa BAHAGIA, maka solatlah di awal masuk waktu.

Jika ada MASALAH yang mendatang, maka perbanyakkanlah beristighfar.

Jika merasa DUKACITA, maka berdoalah di waktu senang sebelum waktu susah.

Jika mahu WAJAH BERSERI, maka bangunlah di sepertiga malam untuk berqiamullail.

Jika berasa terlalu RUMIT di dalam sesuatu perkara, maka sebutlah "La Haula Wala Quwwata illa Billah".


"Manusia yang mendapatkan sesuatu dengan cara mensyirikkan Allah, tunggulah sehingga azab Allah tiba. Walau sejuta tahun hidup bersama, sesaat pun takkan pernah rasa bahagia."


Rasulullah SAW ialah seorang yang paling banyak mengukir senyuman di wajahnya. Baginda tidak akan berbicara kecuali dalam keadaan tersenyum.

Sekarang jika anda ditanya kenapa suka senyum? Maka jawablah kerana senyuman itu sunnah Kekasihku Muhammad SAW.

p/s : Senyumlah.


Jika "si dia" hadir dalam hidup anda pada waktu dan masa yang tepat. Mengapa anda perlu menolaknya? 

Dalam al-Quran banyak ayat yang menggalakkan kita untuk menikah. Jadi mengapa perlu ditangguh-tangguhkan pernikahan itu?


"Saya percaya pada cinta pandang pertama kerana saya mula mencintai UMMI saya sejak pertama kali saya membuka mata untuk melihat dunia. "

p/s : Jom sebarkan cinta kepada yang berhak!


Jika terlalu banyak halangan untuk berkahwin, itu bermakna tidak serasi dari segi perancangannya. Apabila tidak serasi perancangannya, mungkin mereka tidak dijodohkan untuk hidup bersama.


Ketika Allah berikan pangkat, nama dan kehormatan daripada manusia sedangkan diri kita sedar, dahulu kita pernah melakukan dosa dan noda, jadi janganlah kita mengangkat dada, berkatalah bila dipuji hebat :

"SubhanaALLAH, saya kecil je tidak sehebat mana. Saya juga pernah melakukan dosa, tetapi setiap hari saya berusaha menjadikan yang mazmumah itu kepada mahmudah, yang amarah kepada muhibbah, yang dipandang rendah itu kepada indah.."

# Itu menambah kemuliaan dan penghormatan kepada dirimu.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top