0

Balasan Allah kepada tujuh golongan manusia

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah. 

Beliau berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji dan ingin sekali bertaubat.”

Beliau memulakan cerita.



Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan?” Tanya pemuda itu.

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain.” Jawab ahli ibadah itu.



Sambung pemuda itu lagi.



"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapakah begitu, wahai tuan?”

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.”



Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan, golongan ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku meggali kuburnya pada waktu malam, aku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu.



Golongan keempat, aku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”




Golongan kelima, aku lihat ada pula mayat yang kukunya ama panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubh badannya,” sambung pemuda itu.

“Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya, mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, bukanlah termasuk dalam kalangan umat baginda.”



“Wahai guru, golongan keenam yang aku lihat, sewaktu siang lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali, aku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya.”
“Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.



“Wahai guru, golongan terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri wajahnya. Mengapa demikian, wahai tuan?”
“Wahai anak muda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”


Sesungguhnya, daripada Allah kita datang dan kepada-Nya lah jua kita kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta sebesar zarah sekalipun.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top