Sikap anak-anak banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan cara didikan oleh ibu bapa semasa mereka kesil lagi, yang berterusan sehingga mereka besar panjang.
Walau apapun pandangan dan pendapat kita, jika dilihat berdasarkan sabda Nabi SAW, ibu bapalah yang memberi kesan paling besar dan ketara dalam pendidikan anak-anak.
Di sini diberikan dua saja contoh kelalaian ibu bapa mendidik anak dengan didikan agama, yang sering kita anggap perkara kecil. Walaupun ia mungkin perkara kecil,jika sudah setiap hari dididik dengan kesilapan kecil ini, yang kecil itu akan menjadi besar.
PERTAMA :
Kita mengejutkan anak pada setiap awal pagi dengan berkata,
"Bangun nak, cepat..! cepat..! Nak pergi sekolah dah ni..! Nanti terlambat pulak."
Ini yang biasa kita dengar dan sebut kepada anak-anak kita, agar mereka segera bangun dan bersiap-siap untuk segera pergi ke sekolah.
"Bangun nak, cepat..! cepat..! Nak pergi sekolah dah ni..! Nanti terlambat pulak."
Ini yang biasa kita dengar dan sebut kepada anak-anak kita, agar mereka segera bangun dan bersiap-siap untuk segera pergi ke sekolah.
Salahkah cara itu? Ada betul dan ada salah.
Betulnya, kerana memang kita perlu mengejutkan mereka agar segera bangun untuk bersiap-siap pergi ke sekolah. Menuntut ilmu pun merupakan kewajipan juga, dan sangat dituntut oleh agama kita.
Salahnya, kerana sepatutnya kita mengejutkan mereka awal-awal pagi untuk bangun mengerjakan subuh bukannya mengejutkan mereka untuk pergi ke sekolah. Kalau kita kejutkan mereka untuk bangun solat subuh, maka amalan ini akan berterusan setiap hari sepanjang hayat kita dan hayat mereka.
Mereka akan terbiasa dikejutkan untuk solat subuh, lepas itu barulah bersiap untuk pergi ke sekolah.
Jika kita kejutkan mereka untuk bangun pergi ke sekolah, pada hari cuti, mereka tidak akan bangun awal pagi, kerana mereka tahu hari itu adalah hari cuti sekolah. Mereka akan bangun lambat, malah sehingga matahari dah tinggi menggalah, dan akhirnya terlepas solat subuh.
Bukankah bangun mengerjakan solat subuh itu jauh lebih besar daripada bangun untuk pergi ke sekolah?
Inilah kesilapan kecil ibu bapa. Jadi, mulai hari ini, bangunkanlah anak kita untuk menunaikan solat subuh, selepas itu barulah bersiap untuk ke sekolah.
Biasakan diri menyebut kepada mereka mulai hari ini dan seterusnya,
"Bangun, solat subuh..! Lepas tu bersiap-siap pergi ke sekolah."
KEDUA :
Biasanya kita akan mengajar anak-anak kita mengaji al- Quran di rumah sendiri atau di rumah para pengajar al-Quran, masa itu anak-anak kita masih di sekolah rendah lagi. Ia akan berakhir apabila anak-anak itu khatam al-Quran, dan kita meraikannya dengan membuat pulut kuning dan majlis bacaan doa khatam al-Quran.
Betulkah itu? Ada betul dan ada salah.
Betulnya, kita mengajar anak kita untuk mengaji sehingga khatam al-Quran. dan sekaligus pandai membaca al-Quran, walaupun masih tidak berapa fasih dan tajwid tunggang-langgang.
Salahnya, kita hanya menghantar anak kita mengaji al-Quran sehingga khatam, itu saja. Salahnya, kerana kita beranggapan khatam al-Quran itu hanya sekali. Bila dah khatam, tak payah baca lagi Quran seumur hidup. Kalau anak-anak nak baca Quran juga selepas itu, itu hak mereka.
Sepatutnya kita kena suruh juga anak-anak itu terus mengaji al-Qran walaupun dah khatam sekali, masa darjah 6 dulu. Sekali khatam Quran bukan beerti tamatlah riwayat anak itu dengan Quran yang dibacanya. Membaca al-Quran adalah tugas sepanjang hayat, bukan terhad pada masa kecil sahaja.
Kebanyakan ibu bapa tidak peduli lagi sama ada anakmya pandai baca Quran atau hanya membaca 'merangkak-rangkak' dan lintang-pukang, tajwid entah kemana, fashahah entah ke mana, waqaf wasal entah apa dia, fatih munabih entah macam mana dan seterusnya.
Seeloknya setelah anak itu habis mengaji, suruhlah pula mereka menghafaz beberapa surah tertentu, beberapa ayat lazim dan juzuk-juzuk tertentu. Tidaklah asyik membaca surah pendek yang sama sepanjang masa semasa solat, terutamanya solat maghrib, isyak dan subuh.
Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat untuk kebaikan kita semua.
Ada banyak lagi kelalaian kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak, tetapi jika dua perkara ini dapat diberikan perhatian, ia sudah amat baik untuk kita.
Jangan sampai nanti Anakku Sazali mencerca bapanya sendiri kerana tersalah memberi didikan padanya semasa dia masih kecil dahulu.
0 comments:
Post a Comment