OK. Ada apa-apa soalan? Tak kisah nak tanya soalan ape pun, yang tak berkaitan dengan tajuk tazkirah Kak Sya pun tak ape. Saya tersenyum lagi.
Saya pandang setiap wajah adik-adik. Kemudian, adik yang berada di saf ketiga mengangkat tangan. Saya mengangguk.
“Silakan.”
Soalan : Macam mana kalau terlupa rakaat semasa solat. Kena solat lagi sekali atau macam mana?
“Terlupa? Terlupa macam mana tu?”
“Terlupa rakaat yang keberapa. Konfius.”
“Owh..OK. OK.”
Dengan lafaz bismillah, saya memulakan sesi menjawab soalan.
Jawapan : Macam ni, kalau kita tengah solat, kemudian terlupa rakaat yang keberapa. OK. Penyelesaiannya, ambil rakaat yang paling sedikit. Tak faham kan? OK Kak Sya bagi contoh. Awak tengah solat Zohor. Kemudian, tiba-tiba je jadi konfius, aku solat ni rakaat ke 3 ke..atau ke 4. Jadi, bila saja terlintas macam ni, awak anggap rakaat awak tu adalah yang sedikit. Maknanya, anggap sebagai 3 rakaat. Begitu juga bila konfius antara rakaat ke-2 dengan rakaat ke-3. Anggap sebagai rakaat ke-2. Faham?
Owh..Faham-faham.
Saya tersenyum lega. Ada lagi?
Soalan : Kak Sya, kenapa susah nak khusyuk dalam solat?
Jawapan : Salah satu sebab hati kita tak khusyuk dalam solat adalah kerana kita hanya solat secara lahiriah, bukannya secara batiniah. Ringkasnya, hanya fizikal kita saja yang melakukan pergerakan, tiada hubungan secara langsung dengan roh dan jiwa kita. Kita tak tahu apa yang kita baca dalam solat. Kita tak faham apa yang sebenarnya kita baca dalam solat. Selain itu, cara hidup kita. Kat sini, Kak Sya nak kongsi satu dalil yang biasa digunakan di dalam usul fiqh. Katanya, ‘apabila bercampur yang halal dan yang haram, walaupun yang haram itu sedikit, maka yang haram itu lebih menguasai’. Sekarang, jom kita kaitkan dengan persoalan kita. OK. Macam ni, kita solat. Solat tu Allah suka kan? Tapi dalam masa yang sama, kita pakai baju sendat, pakai jeans, tak tudung kepala..semua tu haram. OK. Cuba faham. Kita solat tapi kita pakai sendat-sendat, agak-agak Allah terima tak solat kita tu? OK. Jika Allah terima sekalipun, pahala solat kita dah lebur sebab terpaksa tanggung dosa aurat tadi. Faham? Itulah salah satu kenapa hati kita tak khusyuk dalam solat. Sebab Allah dah tarik nikmat lazat bersolat. Kalau Kak Sya nak kata solat orang yang macam ni tak diterima, macam poyo laa kan..Yelah, kerana hanya Allah yang berhak menilai. Tapi, ubahlah. Cuba buang yang haram.
Soalan : Ooo..macam mana cara nak dapatkan khusyuk tu?
Jawapan : Kalau nak dapatkan khusyuk dalam solat, mula-mula sekali, kita kena faham apa yang kita baca dalam solat. Contohnya, kita baca al-Fatihah. Kita kena faham apa sebenarnya yang Allah nak sampaikan pada hamba-Nya melalui surah al-Fatihah. Bukan al-Fatihah saja, tapi semua yang kita baca dalam solat tu. Jadi, bermula dari sekarang, cuba hafal. InsyaAllah, jika niat kita nak dapat redha Allah, Allah akan tolong kita. Selain itu, kalau masih tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna, cuba perlahan-lahan dulu. Pakai tudung elok-elok. Jangan biarkan seurat rambut pun nampak.
Saya memandang wajah-wajah suci di hadapan saya. Saya tersenyum kepada salah seorang pelajar di sudut surau. Riak wajahnya berlainan. Saya tahu, beliau ingin bertanyakan sesuatu, tapi mungkin malu untuk bertanya.
“Shiela, ada nak tanya Kak Sya apa-apa ke? Kalau ada, baik tanya sekarang. Jangan lepaskan peluang. Sebab lepas ni, susah dah kita nak berkumpul macam sekarang nie.”
“Err..macam ni..masalah ‘period’..”
Owh patutlah..Saya tersenyum.
“OK. Apa masalahnya? Jangan malu. Kita semua perempuan. Tiada lelaki kat atas surau ni..”
Soalan : Jika kita period selama 7 hari, kemudian darah berhenti dan kita dah mandi hadas. Kemudian, selang 3 hari, darah datang balik. Adakah sah solat dan puasa selama 3 hari tu?
Jawapan : Ya, sah solat dan puasa atau apa-apa saja ibadat yang dilakukan selepas mandi hadas. Kita sudah dikira suci pada masa tu. Jadi, wajib solat dan wajib puasa. Bila datang darah kemudiannya, berhenti puasa dan solat. Solat dan puasa kita pada 3 hari tu, akan diterima. Tapi, hati-hati dengan darah istihadhah. Kena tahu bezakan mana haidh dan mana istihadhah.
Soalan : Lepas tu, masa period, betul ke tak boleh potong kuku dan rambut?
Jawapan : Tidak ada satu hadis dan dalil pun yang menyatakan bahawa kita kena mandikan kuku dan rambut yang dipotong semasa berada di dalam keadaan tidak suci. Tapi, kata ustaz saya, baik mandikan. Kerana orang Islam yang sentiasa bersuci daripada hadas akan bercahaya di Padang Masyar. Jika kita tak mandikan, mereka kekal dalam keadaan tidak suci. Tapi, jika Ustaz Azhar Idrus, beliau kata, tak perlu mandikan. Buang terus. Wallahu’alam.
Soalan : Wajib ke basuh pad?
Saya tersengih. Bukan mengejek, tetapi tersengih kerana lawak kot soalan tu..Hehe.
Jawapan : Tak wajib, syg. Tapi, Allah kata, ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’. Jadi, basuhlah. Kena ingat, syaitan suka orang-orang yang pengotor. Bila keadaan kita tak terurus, maka, senanglah syaitan nak berdamping dengan kita. Sebab itulah, mereka senang-senang je buat perkara yang Allah larang. Ringkasnya, basuh.
Soalan : Bagaimana pula cara nak mandi wajib yang betul, Kak Sya?
Jawapan : OK. Soal mandi wajib. Yang ni pun penting jugak sebab kalau tak betul cara kita mandi wajib ni, akan beri kesan kepada ibadat-ibadat kita yang seterusnya. Rukun mandi wajib ni ada 3 sebenarnya. Yang pertama, niat. Yang kedua, hilangkan najis di badan. Yang ketiga, meratakan air ke seluruh badan. Sebelum air jatuh di kepala, niat terlebih dahulu. Kemudian jangan lupa, ratakan air ke seluruh badan yang zahir sahaja. Itu sahaja rukun mandi wajib. Tapi, cara Rasulullah, baginda akan berwudhuk dulu sebelum mandi wajib. Semua perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah adalah sunat kita ikut. Jika Kak Sya nak terangkan kat sini semua perkara sunat, rasanya tidak sempat. Jadi, insyaAllah lain kali.
Saya melirik jam ditangan. Wahh..terlebih 15 minit. Kemudian, mengalihkan pandangan pada Pengarah Projek. Beliau memberi isyarat supaya tutup majlis.
Saya lega. Moga-moga ilmu yang dikongsi tadi bermanfaat untuk mereka. InsyaAllah.
note : Jika ada sebarang keraguan tentang jawapan diatas, boleh kemukakan serta dibincangkan disini. Jika kesilapan di pihak saya, saya akan maklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut jawapan yang sebetulnya.
0 comments:
Post a Comment