0

Status September 2011


 Tidak takutkah wahai orang2 yang mengaku Islam, ketika kamu mendedahkan aurat, ketika kamu bermanja dengan pasangan bukan mahram, ketika kamu melakukan zina, ketika kamu mencuri atau menganiaya org, ketika kamu bermaksiat kepada Allah, datang seorang lelaki yang buruk dan busuk lalu berkata, "Akulah malaikat maut, Allah telah memerintahkan aku datang untuk menjemput rohmu."


"Macam pelik je bila muslimah asyik duk jaja cerita pasal 'bakal' suami kat FB. Baru bakal, bukan suami lagi pun. Jodoh Allah yang tentukan. Kalau suatu hari Allah jauhkan jodoh kamu berdua, merana + malu jadinya kalian. Jadi, berpada-padalah, ye."


"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."


Rasulullah s.a.w yang maksum (terpelihara dari dosa) dan dijanjikan syurga pun bertaubat 100 kali sehari, inikan pula kita yang penuh dengan dosa-dosa setiap hari dan tidak dijamin syurga. Apakah kita bertaubat lebih 100 kali sehari? Tanya diri. Renungi tempat di akhirat nanti."


"Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita."

P/S: Khas untuk sahabat-sahabat yang "TERASA KEHILANGAN ".


"Secara lumrahnya, tubuh manusia cuma mampu menahan sakit sehingga 45 (unit) kesakitan. Walaubagaimana pun, ketika bersalin, seseorang wanita itu menghadapi kesakitan pada tahap 57 (unit) kesakitan. Ini bersamaan dengan kesakitan seperti patah 20 tulang pada masa yang sama. Oleh itu, hargailah pengorbanan dan jasa ibu serta isteri anda."


Jika diciptakan wanita burung,
Nescaya jadilah wanita itu merak.
Jika diciptakan wanita serangga,
Nescaya jadilah wanita itu rama-rama.
Seandainya wanita bukanlah merupakan sesuatu yang sangat agung,
Nescaya Allah tidak akan menjadikannya sebagai bidadari yang di hadiahkan kepada seorang mukmin (di syurga nanti).


"Apabila seseorang wanita itu mengalami haid, beliau biasanya akan mengalami kesakitan dan keuzuran. Sekiranya beliau menerimanya dengan redha, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikannya dengan pahala. Oleh itu, bersyukurlah para wanita."

501 Soal Jawab Darah Wanita.


"Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah." - A. Ubaidillah Alias.


Seorang mufti dari Arab Saudi menangis dalam satu rancangan tv secara live apabila beliau diajukan satu soalan dari seorang muslim di Somalia.

Soalannya : 'sahkah puasa kami tanpa bersahur dan berbuka?'

"Ya ALLAH...kami lalai dari mengingati-Mu setelah kami banyak menerima nikmat-nikmat-Mu."


"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan dari kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang membuat maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka." - Imam al-Shafie


"Letak malu pada pandangan. Letak malu pada percakapan. Letak malu pada pendengaran. Letak malu pada perbuatan. Barulah dikatakan MALU sebahagian daripada IMAN."


"Saya ingin menjadi isteri yang solehah. Juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah. Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah." 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top