0

Status Ogos 2011


Gadis A : "Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke..?"
Gadis B : "Owhh tak..tapi yang pasti, tak tutup aurat, kompem masuk neraka."


"Apa guna dikenali oleh penduduk bumi kalau tidak dikenali penghuni langit."


"Jangan berbangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita TANAH LIAT. Jangan berbangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita KUBUR. Jangan berbangga dgn baju bagus dan mahal kerana baju terakhir kita KAIN KAFAN. Jangan berbangga dgn kereta & motor yg mahal krn kenderaan kita yg terakhir KERANDA."


"Dalam meniti kehidupan, kita tidak perlu mencari yang terbaik, tetapi hanya perlu menjadi yang terbaik."


"Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan. Namun, tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah."


"Jangan kamu sangka labuhnya tudung kerana alim dirinya. Dia juga seperti kalian yang masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Marilah! Jadi Muslimah Mukminah Solehah. InsyaAllah."


Satu helai rmbut dilihat oleh seorg bukan mahram = Menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita.

2 helai + 3 orang = 2x3 = 6 patukan
10 helai + 7 orang = 10x7 = 70 patukan
1000 helai + 70 orang = 1000x70 = 70000 patukan
...smua helaian rambut + semua lelaki bukan mahram = ??? patukan

Jagalah aurat wahai kaum Hawa, sebelum terlambat. Berdoa supaya Allah S.W.T menjauhi kita daripada azab-Nya yang cukup dahsyat. Amin.


"Lebih suka lelaki yang beristikharah terlebih dahulu sebelum merisik calon isteri."


"Jalan dakwah tidak pernah mudah. Jadi mengapa harus diuji dengan perkara yang mudah? Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan. Kerana kepayahan itu wajib sebelum tiba di Jannah."


"Ya ALLAH, jangan ENGKAU jadikan tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini, juga mampu menggoncangkan iman para lelaki."


"Berjubah bukan syarat wajib untuk purdah. Harap maklum, ya."


Bernikahlah atas dasar agama.

Jika menikah atas dasar agama dengan orang yang sudah dikenali atau dicintai, maka itu boleh dianggap bonus. Tetapi jika tidak dikenali atau belum dicintai, usah khuatir kerana jika agama menjadi pilihan, insyaAllah perasaan cinta itu akan hadir selepas anda bernikah nanti, kerana sesungguhnya yang memberi cinta itu adalah DIA dan bukannya dia.


"Kita berqiamullai ke...kita bertahajjud ke...kita dah khatam Quran ke...Itu antara kita dengan Allah. Tak perlu dihebah-hebahkan di ruangan ini. Bimbang keikhlasan tercalar."


Apa yang dikatakan jodoh adalah setelah di akad nikahkan. Apabila datang pada kita seseorang yang mencintai kita, itu bukan jodoh, tetapi itu hanya sangkaan jodoh dan sangkaan tidak mampu mendahului takdir. Kerana jodoh itu TAKDIR. Maka pilihlah takdir jodoh itu dgn jalan yg baik iaitu nikah."


"Duhai muslimah. Andai diri tidak dihadiri lelaki, bukan beerti diri tidak diingini. Usah bimbang kerana cinta Allah itu suatu yang pasti. Allah memelihara hati dan jiwa daripada dikecewakan. Dekatkan diri kepada Ilahi, pasti cinta sejati akan ditemui. Usah berharap akan cinta pada insan yang kau sendiri tidak pasti. Diamkan diri kepada lelaki yang disukai. Berdoalah kepada Allah. JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI MENJAGAMU."


Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” 
(H.R. Muslim)


"Ramai orang mencari pasangan yang baik dan beriman dengan harapan pasangannya itu dapat membimbing diri mereka. Tetapi tak ramai pula yang cuba memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang baik dan beriman untuk membimbing pasangan mereka."


"Wahai akal, jagalah hatiku seandainya hati ini terdetik niat dan rasa yang tidak baik. Wahai hati, jagalah akalku seandainya terlintas di fikiranku sangka buruk dan rancangan yang jahat. Semoga zahirku dibentuk dari hati dan akal yang berlandaskan syariat Islam, Amin Ya Rabbal 'alamin."


Jangan pandang sahabat kita dan hitung mereka : Adakah sahabatku ini seorang yang ingin bersamaku ke syurga atau dia sekadar akan membawa aku ke neraka?
Jangan. Jangan dan jangan..!

Tetapi pandanglah diri kita dan hitung diri sendiri : Apakah aku seorang yang ingin bersama sahabat ke syurga, atau sekadar hendak membawa sahabat-sahabatku ke neraka?
..fikir dan renungkan..

Saya Sedang Mencuba!


"Ketika seorang manusia menyerahkan 100% cinta & keyakinannya pada ALLAH, maka walau apa pun ketentuan ALLAH, walau apa pun ketetapan ALLAH, walaupun ketika ianya berlaku, tak kita fahami makna dan hikmahnya, dia akan menerima dengan hati yang ikhlas. ALLAH..!"


"Jika di dunia ini tiada lagi orang baik sepertimana yang kita mahukan, maka kita sendirilah yang cuba berusaha untuk menjadi demikian. Usah bertanya kepada dunia di mana manusia yang baik hati, tetapi tanyalah diri sendiri, adakah aku cukup baik untuk menghuni dunia ini?"


"Yang dicari bukan Putera Raja, tapi biarlah Putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan sempurna hati. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan ILLAHI."

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top