"Ketika
satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu kebahagiaan lain dibukakan. Tapi
seringkali, kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak
melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita."
"Sesungguhnya
musibah yang datang bukan untuk membinasakan, tetapi sebagai ujian dari Allah
untuk menguji kesabaran setiap hamba-NYA."
"Mata-mata
yang melihat wanita bukan muhrim mana mungkin mata yang sama dapat melihat
Allah di Padang Mahsyar kelak." - Syeikh Maulana Tariq Jamil.
"Jangan
tertipu dengan badan yang sihat kerana kematian tak pernah berjanji akan datang pada badan yang sakit. Jangan tertipu dengan suasana yang aman kerana kematian tak pernah
berjanji akan datang pada waktu peperangan. Jangan tertipu dengan umur yang muda kerana
kematian tak pernah berjanji akan datang pada usia yang tua."
"Jika
dibenci makhluk, masih ada yang lain menyayangi. Tetapi jika dibenci Allah,
siapa lagi tuhan yang ingin menyayangi."
"Antara
kasihkan Allah dan kasihkan manusia, mana yang didahulukan? Lidah mengucap
kasihkan Allah lebih utama tetapi tindakan menunjukkan kasihkan manusia lebih
diutamakan apabila melanggar batas-batas Allah kerana cinta."
"Selalunya
kebaikan itu sukar diamalkan, tetapi apabila diamalkan, terasa bahagia.
Kejahatan itu mudah diamalkan, tetapi apabila diamalkan, tak pernah tenang
jiwa."
"Muslimah
sejati tidak dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari
sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Muslimah sejati
bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian moden, tetapi dilihat dari sejauh
mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya."
"Wahai bakal imamku. Isteri yang bakal kamu
nikahi ini, tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak
setabah Fatimah. Kerana bakal isterimu ini hanyalah wanita akhir zaman yang
punya cita cita untuk menjadi solehah."
"Apakah
motif drama Tahajjud Cinta yang ditayangkan di TV3 dengan seorang perempuan
muslimah yang berpurdah, berpengangan tangan dan merelakan purdahnya dibuka
oleh seorang lelaki tanpa ditegur dan tanpa ditemani mahram? Islam itu Indah.
Jangan kerana drama sebegini, akan menjadi fitnah kepada agama Islam
keseluruhannya."
Fatimah
r.ha. berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang
cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan
seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya lebih sulit
dari meniti sehelai rambut."
"A’isyah
RA ketika ditanya oleh seseorang:
'Bilakah aku
mengetahui bahawa diriku telah berbuat baik?'
Jawabnya : 'Bila kamu merasa belum baik.'
Lalu ditanya: 'Bilakah aku mengetahui bahawa aku belum berbuat baik?'
Jawabnya: 'Jika kamu merasa bahawa kamu sudah baik."
Jawabnya : 'Bila kamu merasa belum baik.'
Lalu ditanya: 'Bilakah aku mengetahui bahawa aku belum berbuat baik?'
Jawabnya: 'Jika kamu merasa bahawa kamu sudah baik."
“Siapa
yang ingin berdialog dengan Rabbnya, maka hendaklah dia membaca Al-Quran.” - HR
Al-Baihaqi.
”Tiap-tiap
perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya.”
4 hari lagi NAFAS
menjadi TASBIH...
4 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH...
4 hari lagi DO'A2 di IJABAH...
4 hari lagi pahala di LIPAT GANDAKAN...
Tapi itu semua takkan terjadi sebelum semua saling memaafkan dalam keikhlasan.
...Mohon Maaf di atas Segala Kekhilafan Sebelum Ini...
♥ ♍αянαвαη уα Ʀαмα∂нαη ♥
4 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH...
4 hari lagi DO'A2 di IJABAH...
4 hari lagi pahala di LIPAT GANDAKAN...
Tapi itu semua takkan terjadi sebelum semua saling memaafkan dalam keikhlasan.
...Mohon Maaf di atas Segala Kekhilafan Sebelum Ini...
♥ ♍αянαвαη уα Ʀαмα∂нαη ♥
"Kalau
saya berkawan, saya berkawan sampai ke Syurga, insyaAllah."
0 comments:
Post a Comment