0

Status Jun 2011



"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya sseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." -Imam Hasan Al-Basri.


"Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan. Sesaat bersedih kerana redha Allah, berjuta kali lebih mulia daripada seharian bersedih kerana cinta dunia."


"Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut." - Khalifah Umar al-Khattab.


“Bergunung manapun harta,bknlah kaya namanya jika miskin budi bahasa. Segagah manapun diri,bknlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan. Secantik manapun rupa,bknlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku. Setinggi manapun darjatnya,bknlah namanya mulia jika tiada iman di dada. Melangit manapun ilmu,bknlah namanya bijaksana jika tidak diamal. Sealim manapun warak, bukanlah namanya ulama' jika takbur & riak."


"Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat, maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya. Sedangkan orang jahil tidak begitu."


"Tiada rasa ingat akan Allah tanpa ujian. Tiada rasa kehambaan tanpa kepasrahan. Tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan. Sesungguhnya Allh memberi kemudahan dalam kepahitan.”


”Sesungguhnya manusia itu adalah hina. Yang menjadikannya mulia adalah kerana AGAMANYA.”


"Sebaik-baik akhlak adalah akhlak yang tidak pernah berubah kebaikannya, meskipun zaman telah banyak berubah."


"Jangan katakan,

Umur masih muda.Masih bnyak kesempatan.Tetapi renungkanlah,Ramai anak kecil yang dikuburkan..! "~syair arab~


"Siapakah pemilik hatiku? Yang Maha Esa atau manusia biasa?"


"Carilah jodoh yang baik. Carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha."

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top