0

Status Feb 2011

"Andai cinta itu kerana Allah, akan bertambahnya khusyuk di dalam ibadah. Andai cinta itu kerana nafsu, akan bertambahnya maksiat dalam diri."

"Gersang Bumi Tanpa Hujan. Gersang Minda Tanpa Ilmu. Gersang Hati Tanpa Iman. Gersang Jiwa Tanpa Amal."

"Lelaki soleh bagaikan mutiara yang indah berkilau yang tidak pernah pudar. Keperibadiannya dihiasi dengan ketulusan, keinsafan dan kesabaran. Ya Allah, inginku memiliki insan sebegitu sebagai teman hidup. InsyaAllah."

Rasulullah s.a.w bersabda:
”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’."
Bertanya para sahabat:
”Apakah itu haraj ya Rasulullah?”
Jawab baginda :
”Pembunuhan! Pembunuhan!”
HR Muslim

"Ya Allah, letakkan dunia ini di tanganku, bukan di hatiku."

"Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyikapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian."

"Melihat kebaikan orang lain lebih baik dari melihat kebaikan diri sendiri."

"Kejarlah akhirat, pasti dunia akan mengiringi."

" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." - Riwayat oleh Imam Majah

"Lembut wanita bukannya lemah. Tegas wanita bukannya keras."

"Bertahajjud menyerikan wajah. Bersyukur membajai baraqah. Bermuhasabah mencetuskan hikmah. Bertawakkal membuahkan pasrah. Bersaudara kerana Allah menyemaikan ukhwah."

"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia. Tetapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak."

"Tiada rupa seindah AKHLAK. Tiada hati seindah IMAN. Tiada hidup seindah ISLAM. Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH."

"Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali ALLAH kerana kuasa cinta. Ada pula manusia yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta."


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top