Assalamualaikum.
Al-Kisah yang telah diceritakan
oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman
Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi
ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan
pengalaman beliau di Gaza :
Peristiwa 1
Seorang Ketua
Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander
mujahidin menyuruh pejuang supaya tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki
kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak
ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya.
Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak
melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak
sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu
masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak
tentera laknatullah itu??? Allahu Akbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama
tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka
melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang
Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi
yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata
mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu
yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota
tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan
perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket
itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya. Dan roket
itu mengenai sasaran di Israel!
Peristiwa 6
Yang paling
menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan
kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata,
"Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab,
"Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah,
Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba
sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah
Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia
kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di
Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai,
peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha
dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah.
Dalam
masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang
karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkitkan lagi
keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin
dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.
Dari ceramah dalam program "Malam
Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang
disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang
pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari
kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya melalui ceramah tersebut :
1. Mujahideen,
walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari
udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan
burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang
secara mengejut seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku di situ. Melihat keputusan
burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat
tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil
oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para
Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus
meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah
tentera Yahudi sedangkan musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat
menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor
menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga
habis tubuh badannya dimasuki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih
hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan
dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam
poket bajunya.
4. Beberapa orang
tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai
pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti
biasa.
5. Seorang wanita
mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi
perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor
mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
6. Dalam masa 22
hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan
iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai
lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan
dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah
Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas
Gaza hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab,
yang syahid 5 tahun lalu, mereka mendapati jasad Ismail masih dalam keadaan
seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain
kafannya masih putih bersih. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
"Kami akan
memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam
diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar.
Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu.
" (Fussilat:52).
0 comments:
Post a Comment