0

Status April 2011



"Ramai yang menghentam saya kerana saya suka berpolitik. Saya bukan suka berpolitik sebenarnya, tetapi saya tidak sanggup melihat Malaysia hancur di tangan munafik. Saya berpolitik kerana ISLAM. Bukan kerana MELAYU."


"Even the wildest can be tamed by "


"Kunci kebahagiaan seseorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur diatas kurniaan-Nya, bersabar diatas cubaan-Nya dan bertaubat diatas segala dosanya."


"Kekayaan kita di ukur berdasarkan sebanyak mana kita mengeluarkannya (sedekah)"
Kata-kata daripada idola ku yang tersayang, abah membuatkan kami sekeluarga berfikir dan menginsafi diri.


“Muslimah yang cantik akan menjadikan malu sebagai mahkota kemuliaannya.”


innallaaha ma'ash shoobiriin - Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."


"Demi Allah. Kiamat itu pasti tiba.”


"Huffat al jannah bil makarih, wa huffat an narr bissyahwat : Jalan ke Syurga itu penuh kesusahan, dan jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat."


"Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya 4 perkara : 1) Meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Rasulullah diutuskan unt membawa kebenaran. 2)percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap manusia. 3)percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati. 4)percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah." - Ali r.a


"Saya kenal seorang Yahudi. Dan beliau berkata, otak saya di'brainwash' oleh Quran. Kerana itulah saya tidak nampak jalan kebenaran yang ditunjukkan di dalam Kitab Tauratnya." Dan saya ketawa disitu. Abaikan beliau. Kerana beliau yang sebenarnya di'brainwash' oleh taurat palsunya.”


"Andai ditakdirkan kecemerlangan, itu adalah dari ALLAH. Andai ditakdirkan kegagalan, itu juga dari ALLAH. Hakikatnya, kedua-dua itu mempunyai hikmahnya. Yang lebih penting, kita SUDAH BERUSAHA yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH."
Buat semua : Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan


“Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu, pasti suatu ketika, kita akan bertemu. Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu, walau dekat selalu, kamu tidak akan menjadi kepunyaanku.”


"Berfikir guna AKAL, bukan NAFSU."


"Semakin gemar kita berdoa untuk kebaikan orang lain, semakin mustajab doa kita. Kerana saat itu, para malaikat turut berdoa untuk kebaikan kita."


"Lalu ditiuplah sangkakala, maka seketika itu mereka keluar dari kuburnya menuju kepada Tuhannya. " - QS 36 : 51


"Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, Lillahirabbil 'alamin : Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." - Al-An'am : 162


"Kita sudah terdidik dengan agama, maka hiasilah peribadi.”


“Saya belum tentu menikahi orang yang saya cintai, tetapi saya akan mencintai siapapun yang akan saya nikahi."


"Tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa kecuali air mata taubat.”


"Izaa zulzilatil ardu zilzalaha : Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat)." - QS99 : 1


"Perjuangan Islam bukannya pilihan tetapi satu amanah Allah. Ia menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA. Serta sedar dirinya yang bertuhankan Allah."


“Maka benarlah ketetapan-Mu, wanita solehah permata lelaki soleh.”


"Apa yang ada pada cinta dan setia sesama manusia walhal hati boleh dibolak-balikkan oleh ALLAH sekelip mata. Tiada yang lebih kekal melainkan tawakal kepada-NYA."


“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.” - Pahrol Mohamad Juoi


"Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulangi ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad." ~ Al-Ghazali


"Zikrullah adalah sebaik-baik amal yang menghidupkan hati."


"AL-QURAN telah ditulis di Luh al-Mahfudz. Malaikat Jibril menurunkannya. Rasulullah S.A.W berjuang untuk memeliharanya. Sedangkan kita tidak pernah mengamalkannya."

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top