Jerussalem
merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi dan
Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangunkan oleh Nabi
Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di
Makkah. Ketika Nabi Muhammad diisra'kan, Baginda singgah dan solat di masjid ini sebelum
Mi'raj ke langit. Nabi Isa as juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota
Jerussalem ini.
Pada masa pemerintahan Khalifah
Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalem dapat direbut oleh kaum
Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri
datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan
Uskup Agung Sophronius.
Berabad-abad lamanya kota itu
berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan
melaksanakan ajaran agama masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang
Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota
Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah
datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor
dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka bermain pedang dengan
dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan
bersenjata lengkap.
Sebelum Jerussalem ditadbir oleh Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat
Islam kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk
memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan.
Mungkin kerana upacara
tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil
bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huru-hara.
Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000
orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan
telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.
Itulah yang membimbangkan
Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu adalah demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu
sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang
Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah lantang menyuarakan bahawa kebebasan agamanya
telah dicabul oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu
dibebaskan dari genggaman umat Islam.
Patriach Ermite adalah paderi
yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat
Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak
kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat
Kristian, Ermite telah mengelilingi Eropah dengan menunggang seekor keldai
sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping.
Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di
jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.
Katanya, dia melihat
pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk.
Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan ditipu oleh
orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang
ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang
Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan jayanya. Paus Urbanus II
mengumumkan bahawa sesiapa yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya, mereka akan diberikan ampunan seluruh dosa. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti
perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin
mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya,
oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.
Paus Urbanus menetapkan
tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi orang awam yang menyertai perang itu sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan
dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach
Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000
orang pasukan, kemudian disusuli oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000,
datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki
dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka diizinkan merompak, memperkosa,
berzina dan mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, akan mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya kepada angkatan tersebut.
Akan tetapi sesampainya di
Hongaria dan Bulgaria, sambutan yang diterima angkatan ini sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang
sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk
di dua negeri ini tidak berdiam diri. Walaupun mereka sama-sama beragama
Kristian, mereka tetap tidak sependapat. Terjadilah pertempuran
sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu
hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan
sang Rahib.
Apabila pasukan Salib itu
telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh
Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah
pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan
hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.
0 comments:
Post a Comment