0

Oleh Kerana Allah Menutup Aib Kita


Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israil ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.
Namun begitu, langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi.
Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”


0

Balasan Allah kepada tujuh golongan manusia

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah. 

Beliau berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji dan ingin sekali bertaubat.”

Beliau memulakan cerita.



Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan?” Tanya pemuda itu.

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain.” Jawab ahli ibadah itu.



Sambung pemuda itu lagi.



"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapakah begitu, wahai tuan?”

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.”



Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan, golongan ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku meggali kuburnya pada waktu malam, aku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu.



Golongan keempat, aku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”




Golongan kelima, aku lihat ada pula mayat yang kukunya ama panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubh badannya,” sambung pemuda itu.

“Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya, mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, bukanlah termasuk dalam kalangan umat baginda.”



“Wahai guru, golongan keenam yang aku lihat, sewaktu siang lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali, aku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya.”
“Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.



“Wahai guru, golongan terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri wajahnya. Mengapa demikian, wahai tuan?”
“Wahai anak muda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”


Sesungguhnya, daripada Allah kita datang dan kepada-Nya lah jua kita kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta sebesar zarah sekalipun.
0

Tazkirah Kem Bina Jati Diri (Bah. 2)

OK. Ada apa-apa soalan? Tak kisah nak tanya soalan ape pun, yang tak berkaitan dengan tajuk tazkirah Kak Sya pun tak ape. Saya tersenyum lagi.


Saya pandang setiap wajah adik-adik. Kemudian, adik yang berada di saf ketiga mengangkat tangan. Saya mengangguk.


“Silakan.”


Soalan : Macam mana kalau terlupa rakaat semasa solat. Kena solat lagi sekali atau macam mana?


“Terlupa? Terlupa macam mana tu?”


“Terlupa rakaat yang keberapa. Konfius.”


“Owh..OK. OK.”


Dengan lafaz bismillah, saya memulakan sesi menjawab soalan.


Jawapan : Macam ni, kalau kita tengah solat, kemudian terlupa rakaat yang keberapa. OK. Penyelesaiannya, ambil rakaat yang paling sedikit. Tak faham kan? OK Kak Sya bagi contoh. Awak tengah solat Zohor. Kemudian, tiba-tiba je jadi konfius, aku solat ni rakaat ke 3 ke..atau ke 4. Jadi, bila saja terlintas macam ni, awak anggap rakaat awak tu adalah yang sedikit. Maknanya, anggap sebagai 3 rakaat. Begitu juga bila konfius antara rakaat ke-2 dengan rakaat ke-3. Anggap sebagai rakaat ke-2. Faham?


Owh..Faham-faham.


Saya tersenyum lega. Ada lagi?


Soalan : Kak Sya, kenapa susah nak khusyuk dalam solat?


Jawapan : Salah satu sebab hati kita tak khusyuk dalam solat adalah kerana kita hanya solat secara lahiriah, bukannya secara batiniah. Ringkasnya, hanya fizikal kita saja yang melakukan pergerakan, tiada hubungan secara langsung dengan roh dan jiwa kita. Kita tak tahu apa yang kita baca dalam solat. Kita tak faham apa yang sebenarnya kita baca dalam solat. Selain itu, cara hidup kita. Kat sini, Kak Sya nak kongsi satu dalil yang biasa digunakan di dalam usul fiqh. Katanya, ‘apabila bercampur yang halal dan yang haram, walaupun yang haram itu sedikit, maka yang haram itu lebih menguasai’. Sekarang, jom kita kaitkan dengan persoalan kita. OK. Macam ni, kita solat. Solat tu Allah suka kan? Tapi dalam masa yang sama, kita pakai baju sendat, pakai jeans, tak tudung kepala..semua tu haram. OK. Cuba faham. Kita solat tapi kita pakai sendat-sendat, agak-agak Allah terima tak solat kita tu? OK. Jika Allah terima sekalipun, pahala solat kita dah lebur sebab terpaksa tanggung dosa aurat tadi. Faham? Itulah salah satu kenapa hati kita tak khusyuk dalam solat. Sebab Allah dah tarik nikmat lazat bersolat. Kalau Kak Sya nak kata solat orang yang macam ni tak diterima, macam poyo laa kan..Yelah, kerana hanya Allah yang berhak menilai. Tapi, ubahlah. Cuba buang yang haram.


Soalan : Ooo..macam mana cara nak dapatkan khusyuk tu?


Jawapan : Kalau nak dapatkan khusyuk dalam solat, mula-mula sekali, kita kena faham apa yang kita baca dalam solat. Contohnya, kita baca al-Fatihah. Kita kena faham apa sebenarnya yang Allah nak sampaikan pada hamba-Nya melalui surah al-Fatihah. Bukan al-Fatihah saja, tapi semua yang kita baca dalam solat tu. Jadi, bermula dari sekarang, cuba hafal. InsyaAllah, jika niat kita nak dapat redha Allah, Allah akan tolong kita. Selain itu, kalau masih tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna, cuba perlahan-lahan dulu. Pakai tudung elok-elok. Jangan biarkan seurat rambut pun nampak.


Saya memandang wajah-wajah suci di hadapan saya. Saya tersenyum kepada salah seorang pelajar di sudut surau. Riak wajahnya berlainan. Saya tahu, beliau ingin bertanyakan sesuatu, tapi mungkin malu untuk bertanya.


“Shiela, ada nak tanya Kak Sya apa-apa ke? Kalau ada, baik tanya sekarang. Jangan lepaskan peluang. Sebab lepas ni, susah dah kita nak berkumpul macam sekarang nie.”


“Err..macam ni..masalah ‘period’..”


Owh patutlah..Saya tersenyum.


“OK. Apa masalahnya? Jangan malu. Kita semua perempuan. Tiada lelaki kat atas surau ni..”


Soalan : Jika kita period selama 7 hari, kemudian darah berhenti dan kita dah mandi hadas. Kemudian, selang 3 hari, darah datang balik. Adakah sah solat dan puasa selama 3 hari tu?


Jawapan : Ya, sah solat dan puasa atau apa-apa saja ibadat yang dilakukan selepas mandi hadas. Kita sudah dikira suci pada masa tu. Jadi, wajib solat dan wajib puasa. Bila datang darah kemudiannya, berhenti puasa dan solat. Solat dan puasa kita pada 3 hari tu, akan diterima. Tapi, hati-hati dengan darah istihadhah. Kena tahu bezakan mana haidh dan mana istihadhah.


Soalan : Lepas tu, masa period, betul ke tak boleh potong kuku dan rambut?


Jawapan : Tidak ada satu hadis dan dalil pun yang menyatakan bahawa kita kena mandikan kuku dan rambut yang dipotong semasa berada di dalam keadaan tidak suci. Tapi, kata ustaz saya, baik mandikan. Kerana orang Islam yang sentiasa bersuci daripada hadas akan bercahaya di Padang Masyar. Jika kita tak mandikan, mereka kekal dalam keadaan tidak suci. Tapi, jika Ustaz Azhar Idrus, beliau kata, tak perlu mandikan. Buang terus. Wallahu’alam.


Soalan : Wajib ke basuh pad?


Saya tersengih. Bukan mengejek, tetapi tersengih kerana lawak kot soalan tu..Hehe.


Jawapan : Tak wajib, syg. Tapi, Allah kata, ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’. Jadi, basuhlah. Kena ingat, syaitan suka orang-orang yang pengotor. Bila keadaan kita tak terurus, maka, senanglah syaitan nak berdamping dengan kita. Sebab itulah, mereka senang-senang je buat perkara yang Allah larang. Ringkasnya, basuh.


Soalan : Bagaimana pula cara nak mandi wajib yang betul, Kak Sya?


Jawapan : OK. Soal mandi wajib. Yang ni pun penting jugak sebab kalau tak betul cara kita mandi wajib ni, akan beri kesan kepada ibadat-ibadat kita yang seterusnya. Rukun mandi wajib ni ada 3 sebenarnya. Yang pertama, niat. Yang kedua, hilangkan najis di badan. Yang ketiga, meratakan air ke seluruh badan. Sebelum air jatuh di kepala, niat terlebih dahulu. Kemudian jangan lupa, ratakan air ke seluruh badan yang zahir sahaja. Itu sahaja rukun mandi wajib. Tapi, cara Rasulullah, baginda akan berwudhuk dulu sebelum mandi wajib. Semua perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah adalah sunat kita ikut. Jika Kak Sya nak terangkan kat sini semua perkara sunat, rasanya tidak sempat. Jadi, insyaAllah lain kali.


Saya melirik jam ditangan. Wahh..terlebih 15 minit. Kemudian, mengalihkan pandangan pada Pengarah Projek. Beliau memberi isyarat supaya tutup majlis.


Saya lega. Moga-moga ilmu yang dikongsi tadi bermanfaat untuk mereka. InsyaAllah. 


note : Jika ada sebarang keraguan tentang jawapan diatas, boleh kemukakan serta dibincangkan disini. Jika kesilapan di pihak saya, saya akan maklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut jawapan yang sebetulnya. 
0

Tazkirah Kem Bina Jati Diri (Bah. 1)

Sebagai salah seorang fasilitator kem bina jati diri untuk pelajar STPM, saya ditugaskan untuk mengambil alih peranan sebagai imam dan pentazkirah untuk pelajar perempuan apabila pelajar lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 

Selesai solat Zohor, kami berwirid bersama. Kemudian, selesai berdoa penuh kerendahan, saya melirik jam tangan. Ada setengah jam lagi ni...sempat ke...Saya mengangkat kening kepada Pengarah Projek yang berada di saf paling hadapan. Beliau mengangguk. Saya tersenyum. 

15 minit tazkirah. 15 minit soal jawab. Kira OK laa kot..!

Saya 'touch-up' majlis yang tak seberapa formal dengan lafaz syukur kepada Allah. Kemudian, saya tersengih. Hehe. Saya sebenarnya tak 'prepare' langsung tajuk tazkirah saya pada kali nie. Memang saya sengaja. Kerana memang sikap saya, apabila saya bersedia, keadaan tidak akan menjadi seperti dirancang. Jadi, saya balun je lah..! 

Terdetik di hati saya, lebih baik saya berbicara soal wudhuk kerana solat akan menjadi sia-sia jika wudhuk tidak diangkat dengan sempurna. OK. Jom mulakan..!


Ringkasnya, saya lebih suka memberi penerangan secara berpraktikal. Jadi, saya menjadi demonstrator di hadapan pelajar untuk membuat demonstrasi cara-cara berwudhuk dengan sempurna. Selain itu, saya juga menyelitkan hikmah-hikmah yang terdapat pada wudhuk yang sempurna. 

Bahagian-bahagian wudhuk yang sangat ditekankan oleh saya adalah muka dan tangan hingga ke siku. Wanita berlainan dengan lelaki. Wanita majoritinya mempunyai rambut yang panjang. Oleh itu, apabila berwudhuk, jika anak rambut atau 'sideburn' tidak diratakan dengan air, maka wudhuk anda adalah tidak sah kerana 'sideburn' dikira sebahagian daripada muka. 

Nasihat saya : Semasa berwudhuk, tarik keluar sedikit 'sideburn' tu dan ratakan dengan air. Atau jika nak lebih senang, potong 'sideburn' terus. Jadi, apabila berwudhuk, anda tidak akan risau 'sideburn' tidak diratakan dengan air. 

Untuk tangan hingga ke siku pula, rata-rata daripada kaum wanita sukar menyelak lengan baju sehingga ke paras atas siku. Jadi, sebab susah sangat, mereka buat-buat kononnya air sudah diratakan sampai ke siku. Jangan! Jika air tak sampai kat siku, solat tak sah sebab basuh tangan sampai siku tu wajib. Kalau sunat, tak buat pun, solat masih lagi sah. 

Nasihat saya : Cuba sedaya upaya menyelak lengan baju sehingga ke atas bahu. Cara ini lebih senang kerana lengan baju tidak akan jatuh serta basah terkena air semasa anda sedang berwudhuk. Lurut dengan tangan. Bukan hanya melalukan air di siku semata-mata. 

Selesai membicarakan soal wudhuk, saya menyentuh pula bab solat. Sehingga saat ini, saya sendiri masih lagi belajar dan terus belajar tentang solat. Jadi, apa yang saya tahu, apa salahnya saya kongsikan bersama saudara seagama. Mudah-mudahan menjadi saham di akhirat kelak, insyaAllah. 

Bercakap tentang solat, saya menekankan tentang cara-cara takbirratul ihram yang betul, bacaan al-Fatihah yang sempurna,  rukuk dan sujud yang sepatutnya. Kerana masa yang tidak begitu mengizinkan, saya hanya menyentuh dan cuba membetulkan perkara yang wajib dilakukan di dalam solat sahaja. Perkara sunat pula, saya hanya menyentuh sekali lalu sahaja. 

Setelah saya berpuas hati kerana ilmu yang disampaikan nampaknya mudah difahami oleh mereka, saya sedaya upaya mengejar masa untuk memberi laluan kepada sesi soal-jawab. Sikap saya, saya tidak suka membiarkan sesiapa sahaja berada di dalam keadaan 'dilemma' tentang ibadah. Jadi, saya sanggup menjawab apa sahaja soalan yang diajukan jika saya mampu menjawabnya dengan pertolongan dari Allah. 

Sesi soal-jawab bermula. 

[ikuti sesi soal dan saya jawab pada entri seterusnya. InsyaAllah.]

2

Blueberry Cheese Tart lagi..!

Alhamdulillah baru sekarang ada masa nak jenguk-jenguk blog kejap. Sementara tunggu blueberry cheese tarts kat dapur tu siap dibakar. Mengarut je kan malam-malam buat kueh. HAHAHA. Saya bosan sebenarnya..tak tahu nak buat apa..pastu bila teringat yang esok satu family nak hantar saya ke Penang, terus je dapat idea nak wat kueh tuu buat bekal atas kereta nanti. Ni pun nasib baik adik tak tido lagi. Ada laa jugak teman borak-borak kat dapur. 


Sebenarnya, saya buat tart kegemaran family saya malam-malam gelita nie sebab nak ucapkan terima kasih sebab sudi nak hantar saya balik USM pagi esok. Kalau saya drive sorang-sorang, dua tiga hari pun belum tentu sampai USM. Sesat tak jumpa cari jalan nak naik jambatan Pulau Pinang. Hehehe. Jadi, walaupun agak tak berbaloi dengan pengorbanan abah ummi yang sanggup tinggalkan kerja demi saya, tapi kerana tart nie yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh saya, harap-harap, air tangan saya nie mampu menghilangkan lapar abah ummi nanti, ya.. 

Kegemaran kami semua. :)
OK lah..tak nak conteng panjang-panjang. Tadi, awal-awal lagi ummi dah pesan, tido awal..! Nanti kalau ummi dapat tahu saya tido lewat, siap laa nanti..Adehh..! 
0

Rasulullah dengan sebiji limau


Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Setiap mata yang memandang limau tersebut pasti ingin merasainya kerana isi limau tersebut yang sangat berjus. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Limau tersebut dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya, Rasulullah tidak pernah makan seorang diri. Namun kali ini, tidak seulas pun limau itu diberikan kepada para sahabat yang ada disisi beliau ketika itu. Rasulullah SAW terus memakan limau tersebut dengan senyuman sehinggalah pada ulasan yang terakhir.

Setelah habis sebiji limau yang dihadiahkan oleh wanita kafir itu dimakan Rasulullah SAW, wanita itu meminta diri untuk pulang diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat baginda agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya pada Rasulullah SAW. 

Dengan tersenyum, Rasulullah SAW menjelaskan, "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya buat kali pertama. Jika kalian makan bersama, aku bimbang jika ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata kerana masam atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itulah aku menghabiskan kesemuanya.".

Subhanallah..! Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam pula. 

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Kenapa? Sebenarnya, wanita tersebut bertujuan untuk mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat dengan hadiah sebiji limau yang sangat masam itu. Malangnya, tidak berjaya. Rancangan jahatnya ditewaskan terlebih dahulu oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
0

Konspirasi Coca-Cola




0

Pompeii : Bandar pelacuran yang dilaknat Allah!

Pompeii merupakan sebuah bandar yang dimusnahkan oleh Allah SWT akibat dari keingkaran mereka sendiri. Bandar dan juga kaumnya telah musnah akibat daripada gunung berapi yang tiba-tiba meletus tanpa amaran (tak sampai seabad selepas kedatangan Nabi Isa as, Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as).



Mungkin kerana dosa akibat perbuatan mereka yang mana buktinya telah banyak dijumpai pada arca-arca lukisan dinding pada bekas bandar Pompeii. Bandar tersebut terkenal dengan bandar pelacuran yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seks bebas sebagai rutin harian mereka. Kerana kelekaan mereka bergelumang dalam maksiat, telah menyebabkan mereka tidak sempat lari menyelamatkan diri.



Dibawah ini disertakan beberapa keping gambar yang menjadi bukti pernah wujudnya bandar Pompeii dan kemusnahan yang dialami oleh kaum yang dilaknat Allah.



1. Salah satu gambar arca dinding yang terdapat di Pompeii. Sebenarnya banyak gambar arca dinding yang dijumpai, tetapi cukuplah sekadar sekeping sahaja kerana arca yang lain terlalu mencolok mata anda. (tak nak blog saya ‘kotor’ sebenarnya..hehe)






2. Gambaran pelukis bagaimana letusan gunung berapi secara tiba-tiba yang menyebabkan kemusnahan Pompeii dan kaumnya.










3. Gambar yang menunjukkan bandar Pompeii sebelum dimusnahkan oleh Allah dengan berlatarbelakangkan gunung berapi yang meletus.






4. Gambar-gambar fosil yang dijumpai setelah penggalian di tapak peninggalan bandar Pompeii akibat tertanam di bawah lahar gunung berapi. Dapat digambarkan bagaimana mereka terkejut dengan bala Allah yang tiba-tiba datang kepada mereka dan bagaimana kesakitan yang ditanggung mereka akibat perbuatan mereka sendiri.










































"Jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba atau dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya), siapakah yang akan binasa, jika bukan kaum yang zalim?" - Al-an'aam : 47.
0

Propaganda Yahudi Laknatullah melalui Pemakanan

Saya pernah mendengar kupasan daripada seorang ustaz tentang bijaknya Yahudi mengatur propaganda untuk menjahanamkan orang Islam melalui pemakanan. Sehingga kini, masyarakat kita yang kononnya mengamalkan pemakanan yang sihat sebenarnya telah terjatuh ke dalam perangkap Yahudi laknatullah. Jom tengok jap..!


1. Kita diajar dalam buku Biologi, buku pemakanan yang diterbitkan oleh para Yahudi ni, bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah dalam badan kita, kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Kemudian, makanlah kita toksin tu serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ni.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi Starbuck. Profesor Yahudi di UK semuanya ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar supaya jangan memakan daging kambing kerana tinggi kolesterolnya, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging yang paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jugak yang menguar-uarkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu, soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Kata-kata ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah :

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.”
4

Niqab itu pakaianku.


Saya dirisik oleh seorang ibu untuk anak terunanya. Segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari, semasa hari perkahwinan anak perempuan si ibu, saya disuruh membuang niqab. Alasannya, tiada guna bergambar tetapi tutup muka. Saya senyum dan buat-buat tak dengar. Camera masing-masing, kan..!



Sekali lagi, saya menziarahi ibu tadi pada pagi hari raya. Kami berbual dengan cukup mesra sehinggalah isu niqab sekali lagi dibangkitkan. Kata ibunya,


"Kenapa sampai tutup litup ni..?"


"Hehe. Kawan anak lelaki makcik ada kat depan tuu.."


"Kawan anak makcik jugak...bukan sapa-sapa pun." (muka tak puas hati).


"Hehe. Tapi saya boleh kahwin dengan kawan anak makcik tuu.." (jawab dengan tak nak, sama banyak...)


Bukan setakat ibu yang tidak suka saya berniqab, malah keseluruhan keluarga dan sanak-saudaranya. Kata mereka, tak payah laa nak tunjuk alim kat sini. Tapi kata saya, saya tak alim. Kalau dah alim, awal-awal lagi Allah dah janjikan syurga untuk saya.


Jadi, saya rasa, kami tidak sependapat dalam salah satu perkara sensitif. Awal-awal lagi dah ada yang menghasut supaya saya tanggalkan niqab, bila dah kahwin..kuasa di tangan suami. Jika saya disuruh tanggalkan niqab sekalipun, saya redha dalam terpaksa kerana saya ingin jadi isteri solehah yang menyenangkan hati suami. Tapi, solehah saya biarlah pada suami yang soleh juga.




Kepada bakal suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.

Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.


Kepada bakal isteri,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.

Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka jika kamu memperlihatkan wajahmu. Kerana lelaki soleh yang kamu sukai itu tidak mahu dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kamu tidak sanggup berpurdah, maka pilihlah lelaki yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top