0

Rahsia Iblis Laknatullah

              
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t:  "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "


2. Iblis berkata:  "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?."

 Firman Allah s.w.t yg bermaksud:  "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


3. Iblis berkata lagi:  "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:  "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yang berkaitan dengannya)"


5. Iblis bertanya lagi:  "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."


6. Tanya iblis lagi:  "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  " Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."


7. Kata iblis:  "Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  "wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)"


8. kata iblis:  "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?."

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:  "wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "


9. Kata iblis:  "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."


10. Kata iblis:  "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  " Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top