2

Hanya Kerana Aku Begini...

Hanya kerana tubuhku tertutup jubah,
Aku dikatakan tidak pandai berfesyen.
Hanya kerana rambutku dilitupi tudung,
Aku dikatakan tidak pandai bergaya.
Hanya kerana dadaku terlindung labuhnya tudung,
Aku dikatakan tidak moden.
Hanya kerana wajahku terlingkup niqab,
Aku dikatakan tidak pandai mencalit lipstik.
Hanya kerana lenganku terbalut sarung,
Aku dikatakan kusamnya kulit.
Hanya kerana kakiku tertutup stokin,
Aku dikatakan berlagak alim.
Hanya kerana aku berjalan menunduk,
Aku dikatakan sombong.
Hanya kerana aku tidak menjawab salam ajnabi,
Aku dikatakan jual mahal.


Sebenarnya, aku bukan begitu..
Ingin sekali aku berfesyen dengan jeans ketat.
Ingin sekali aku bergaya dengan tudung nipis.
Ingin sekali aku berlipstik bercelak.
Ingin sekali aku menayangkan mulusnya kaki.
Ingin sekali aku menggoda manja si ajnabi.


Tetapi,
Segala yang indah tentangku,
Akanku persembahkan pada lelaki yang bernama suami.
Segala yang cantik tentangku,
Akanku hadiahkan pada lelaki yang berjaya membimbingku.
Hanya untuk lelaki yang namanya berganding denganku di Lauh Mahfuz.


Ketahuilah,
Keindahan dan kecantikanku,
Bukan untuk tatapan mata galak lelaki.
Bukan juga untuk santapan batin lelaki.
Jauh sekali untuk menjadi peneman lena lelaki.


2 comments:

ukht iza li said...

=)

lumrah kehidupan...

menuntut diri untuk bersabar...

setiap ujian... mahu menguji sejauh mana keikhlasan diri... sejauh mana kita mampu melangkah dengan istiqamah...

Allah tidak menilai kita melalui pandangan manusia... kerana pandangan manusia itu terbatas dengan kelemahan sifat-sifatnya sebagai manusia... sesungguhnya pandangan Allah yang lebih bernilai...

segala-galanya untuk Allah...

Azwa Zakaria said...

kak sya...nak copy..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top