Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Sila baca status di bawah dengan teliti :
1) Perlu
ke pakai jubah serban semua tu? Kolot!
2) Belajar
laa tinggi-tinggi. Tak payah taksub sangat dengan agama.
3) Budak-budak
pondok mesti semuanya jenis yang takda ilmu! Sebab tu layak masuk pondok je!
Huhh!
4) Nak
tunjuk alim laa tu..alaahh pakai biasa-biasa suda...
Pelik.
Hairan.
Konfius.
OK. Ini pandangan dan pendapat saya :
1. Kalau
nak dapat pahala, pakai. Taknak pahala, tak payah pakai. Senang cerita. Sama
kes macam niqab. Nak pakai takpe, taknak pakai pun takpe. Hukum niqab dan
serban nie khilaf. Ada yang kata sunat. Ada yang kata wajib. Ada yang kata
harus. Dan ada jugak yang kata haram mengikut keadaan. Jika di Kelantan, semua
sekolah-sekolah pondok berpegang pada qaul muktamad, NIQAB adalah WAJIB. Tapi
tidak di Kedah. Untuk pelajar IPTA macam saya pulak, saya berpegang kepada
sunatnya niqab memandangkan ada dua tiga kursus di universiti yang memerlukan
saya membuka niqab. Dan mengikut ustaz di Pondok Pasir Tumboh, itu dikira
sebagai mudharat dan tidak berdosa jika saya membuka niqab.
Tapi yang tak pakai tu, jangan pulak kutuk-kutuk caci-caci maki-maki orang yang
berniqab/berserban. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa. Golongan yang ikut cara
dan sunnah Rasulullah berpakaian nie sebenarnya mereka mendambakan pahala dan
rahmat Allah. Bukannya saja-saja. Ingat tak panas ke pakai serba hitam dari atas
sampai bawah? Panass dan rasa sangat hot! Tak caya, cuba pakai..hehe.
2. Golongan
yang berpakaian mengikut sunnah nie bukannya taksub dengan agama. Bukankah itu
pakaian sunnah? Salahkah jika kita pakai apa yang Rasulullah/isteri-isteri
Baginda pakai? Berdosakah? OK. Kalau yang berniqab/berserban dan berjubah nie
taksub pada agama, so, yang tidak tutup aurat dan mendedahkan aurat sesuka
hati, bolehkah jika saya kata mereka nie sebenarnya taksub dengan
manusia-manusia yang hidup pada zaman Mesolitik dulu?
Cuba anda fikir. Yang mana lebih baik?
Pakai cara Rasulullah yang kompem-kompem dapat pahala, atau pun, pakai macam
orang Mesolitik, yang kompem-kompem dapat dosa? Kalau kulit anda tahan panas
api neraka, silakan buka aurat. Tapi jika anda rasa kulit anda hanya mampu
bertahan dengan panas dunia, silakan tutup aurat.
3. OK.
Frankly speaking, kawan-kawan yang duk sebumbung di pondok dengan saya, salah
sorangnya, sedang mengikuti program pengajian forensik di USM Kubang Kerian,
sorang lagi, dari program pengajian kewangan. Ada yang bakal jadi doktor sakit
puan, ada juga yang bakal jadi peguam shariah. Dan ada jugak yang sanggup tolak
tawaran kedoktoran, sehingga dipulaukan keluarga demi menuntut ilmu akhirat.
Jadi, kenapa kata macam tu? Walau
setinggi mana pun anda menuntut ilmu, tapi jika anda merendah-rendahkan golongan
yang sentiasa berzikir menyebut nama Allah, ingatlah! Anda tidak akan kemana. Tak
payah bangga dengan kelulusan yang anda dapat, sebab di Padang Masyar nanti,
Allah tak pandang pun semua tu. Yang Allah kira, sifat taqwa dan amalan dalam
diri setiap anak Adam. Kalau amal banyak, syurgalah. Kalau dosa banyak, nerakalah.
4. Bab
nak tunjuk alim pulak..hmm..suka saya jelaskan disini, Allah Maha Mengetahui.
Kita siapa nak menghukum orang lain? Kita nabikah? Kita maksumkah? Kita tak
penah buat dosakah? Hanya Allah saja yang tahu apa yang terlintas di hati
hamba-Nya. Jadi, apa salahnya kita bersangka baik. Kalau dia berlagak alim
sekalipun, biarlah. Sekurang-kurangnya, dia dah berjaya tundukkan nafsu lelaki
terhadapnya. Berterima kasihlah pada orang yang menutup aurat dan memberati
aurat mereka daripada pandangan ajnabi. Atau jika anda suka orang yang membuka
aurat, anda sebenarnya penyumbang kepada mata-mata yang berdosa.
Sudah-sudahlah kita menghukum orang
sebegini. Bukankah jika kita menghina orang sebegitu, kita sebenarnya menghina
sunnah Rasulullah? AllahuRabbi ! Besarnya dosa kita jika tergolong dalam
golongan begitu.
p/s : “Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang
dengan asing, dan akan kembali dengan asing seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah
bagi orang-orang yang asing.” –
Ibnu Majah.
OK. Take note.
Siapakah sebenarnya 'orang-orang yang asing'
dalam hadis di atas?
Kebahagiaan bagi orang-orang yang asing,
iaitu mereka yang berpegang teguh dengan kitab Allah ketika orang lain
meninggalkannya dan mereka yang mengerjakan sunnah ketika orang lain meninggalkan sunnah itu. - Imam Ibnu Wahab.
|
Sahabat dari Pondok Pasir Tumboh |