0

Islam kata JANGAN....

Jangan sengaja lewatkan solat. Allah tak suka. Kalau tertidur, lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh.


Jangan tidur selepas Subuh, nanti rezeki mahal. (berpagi-pagi membuka pintu rezeki).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa. Mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal, kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

p/s :"Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya."

0

Anda couple atau ta'aruf?

Anda couple, tapi berselindung di sebalik ta'aruf. Jangan dikotori sucinya makna 'ta'aruf' dalam Islam. Ta'aruf merupakan salah satu syariat Allah bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga yang bukan berpaksikan cinta di antara dua insan semata-mata, tapi juga bertunjangkan cinta Allah SWT, cinta Rasulullah dan rasa cinta terhadap orang-orang beriman. Ta'aruf bukanlah cinta murahan yang melanggar syariat Allah. 

Mungkin ada yang terkeliru di antara couple dan ta'aruf. Bagaimanakah ciri-ciri ta'aruf Islami yang sebenar dalam mencipta asas sebuah rumahtangga yang bahagia? 

Jom, jengok..!

1. Melakukan istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya.
Setelah anda mendapat sedikit latar belakang calon melalui risikan daripada sahabat dan teman-teman, lakukan istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diinginkan. Serahkanlah segala keputusan pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Perlu diingatkan, seseorang yang mempunyai kecenderungan pada calon yang diingini, biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diinginkan. Itu bukanlah jawapan istikharah dari Allah, tetapi, jawapan dari hati anda sendiri.

2. Menentukan tarikh dan masa pertemuan (ta'aruf)
Setelah selesai beristikharah, aturkan pertemuan. Pastikan anda ditemani murabbi masing-masing.


3. Gali pertanyaan sedalam-dalamnya.
Semasa ta'aruf, saling bertanyalah sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang dideritai, visi dan misi tentang rumahtangga. Murabbi perlulah berperanan sepenuhnya untuk mengelakkan suasana menjadi kaku dan serius. Maklumlah, masing-masing masih malu-malu siput. Hehe. Humor dan santaikan suasana, tapi tetap serius untuk mengelakkan sesi ta'aruf berjalan dengan lancar.


4. Menentukan waktu ta'aruf dengan keluarga perempuan.
Setelah melakukan ta'aruf, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian dengan calon perempuan, maka pihak lelaki harus segera melakukan ta'aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya. Perlu diingatkan, pihak lelaki tidak digalakkan datang seorang diri untuk menghindarkan fitnah.


5. Keluarga pihak lelaki mengundang pihak perempuan ke rumahnya.
Dalam soal bercinta selepas nikah, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenali calon menantunya. Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari daripada terjadinya fitnah. 


6. Menentukan waktu khitbah. 
Setelah keluarga kedua-dua belah pihak sudahpun ada keserasian dan setuju dengan pilihan masing-masing, maka janganlah tunggu terlalu lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah calon perempuan (meminang atau melamar). Jarak waktu antara ta'aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan perkara yang tidak diingini.


7. Tentukan waktu pernikahan.
Lakukan pernikahan seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW iaitu sederhana, mengundang anak yatim, asingkan tempat makan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.

Semoga dengan menjalankan ciri-ciri ta'aruf mengikut syariat seperti di atas, insyaAllah akan terbentuk rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Yang menjadi dambaan setiap keluarga Muslim, baik di dunia mahupun di akhirat.


p/s : Alhamdulillah. Kini, kami hanya menunggu masa untuk menentukan tarikh nikah. Tak sangka, jodoh kami bertemu di USM Penang. Ahaks~
0

2 Kelalaian Kecil Mendidik Anak


Sikap anak-anak banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan cara didikan oleh ibu bapa semasa mereka kesil lagi, yang berterusan sehingga mereka besar panjang.

Walau apapun pandangan dan pendapat kita, jika dilihat berdasarkan sabda Nabi SAW, ibu bapalah yang memberi kesan paling besar dan ketara dalam pendidikan anak-anak. 

Di sini diberikan dua saja contoh kelalaian ibu bapa mendidik anak dengan didikan agama, yang sering kita anggap perkara kecil. Walaupun ia mungkin perkara kecil,jika sudah setiap hari dididik dengan kesilapan kecil ini, yang kecil itu akan menjadi besar.

PERTAMA :
Kita mengejutkan anak pada setiap awal pagi dengan berkata,

"Bangun nak, cepat..! cepat..! Nak pergi sekolah dah ni..! Nanti terlambat pulak."

Ini yang biasa kita dengar dan sebut kepada anak-anak kita, agar mereka segera bangun dan bersiap-siap untuk segera pergi ke sekolah. 

Salahkah cara itu? Ada betul dan ada salah.
Betulnya, kerana memang kita perlu mengejutkan mereka agar segera bangun untuk bersiap-siap pergi ke sekolah. Menuntut ilmu pun merupakan kewajipan juga, dan sangat dituntut oleh agama kita.

Salahnya, kerana sepatutnya kita mengejutkan mereka awal-awal pagi untuk bangun mengerjakan subuh bukannya mengejutkan mereka untuk pergi ke sekolah. Kalau kita kejutkan mereka untuk bangun solat subuh, maka amalan ini akan berterusan setiap hari sepanjang hayat kita dan hayat mereka.

Mereka akan terbiasa dikejutkan untuk solat subuh, lepas itu barulah bersiap untuk pergi ke sekolah.

Jika kita kejutkan mereka untuk bangun pergi ke sekolah, pada hari cuti, mereka tidak akan bangun awal pagi, kerana mereka tahu hari itu adalah hari cuti sekolah. Mereka akan bangun lambat, malah sehingga matahari dah tinggi menggalah, dan akhirnya terlepas solat subuh.

Bukankah bangun mengerjakan solat subuh itu jauh lebih besar daripada bangun untuk pergi ke sekolah?

Inilah kesilapan kecil ibu bapa. Jadi, mulai hari ini, bangunkanlah anak kita untuk menunaikan solat subuh, selepas itu barulah bersiap untuk ke sekolah.

Biasakan diri menyebut kepada mereka mulai hari ini dan seterusnya,

"Bangun, solat subuh..! Lepas tu bersiap-siap pergi ke sekolah."

KEDUA :
Biasanya kita akan mengajar anak-anak kita mengaji al- Quran di rumah sendiri atau di rumah para pengajar al-Quran, masa itu anak-anak kita masih di sekolah rendah lagi. Ia akan berakhir apabila anak-anak itu khatam al-Quran, dan kita meraikannya dengan membuat pulut kuning dan majlis bacaan doa khatam al-Quran.

Betulkah itu? Ada betul dan ada salah.

Betulnya, kita mengajar anak kita untuk mengaji sehingga khatam al-Quran. dan sekaligus pandai membaca al-Quran, walaupun masih tidak berapa fasih dan tajwid tunggang-langgang.

Salahnya, kita hanya menghantar anak kita mengaji al-Quran sehingga khatam, itu saja. Salahnya, kerana kita beranggapan khatam al-Quran itu hanya sekali. Bila dah khatam, tak payah baca lagi Quran seumur hidup. Kalau anak-anak nak baca Quran juga selepas itu,  itu hak mereka.

Sepatutnya kita kena suruh juga anak-anak itu terus mengaji al-Qran walaupun dah khatam sekali, masa darjah 6 dulu. Sekali khatam Quran bukan beerti tamatlah riwayat anak itu dengan Quran yang dibacanya. Membaca al-Quran adalah tugas sepanjang hayat, bukan terhad pada masa kecil sahaja.

Kebanyakan ibu bapa tidak peduli lagi sama ada anakmya pandai baca Quran atau hanya membaca 'merangkak-rangkak' dan lintang-pukang, tajwid entah kemana, fashahah entah ke mana, waqaf wasal entah apa dia, fatih munabih entah macam mana dan seterusnya.

Seeloknya setelah anak itu habis mengaji, suruhlah pula mereka menghafaz beberapa surah tertentu, beberapa ayat lazim dan juzuk-juzuk tertentu. Tidaklah asyik membaca surah pendek yang sama sepanjang masa semasa solat, terutamanya solat maghrib, isyak dan subuh.
Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat untuk kebaikan kita semua.

Ada banyak lagi kelalaian kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak, tetapi jika dua perkara ini dapat diberikan perhatian, ia sudah amat baik untuk kita.

Jangan sampai nanti Anakku Sazali mencerca bapanya sendiri kerana tersalah memberi didikan padanya semasa dia masih kecil dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top