0

Mengumpat..?? NA'UDZUBILLAH..!

MENGUMPAT ialah apabila kita menyebut-nyebut aib atau sesuatu kekurangan seorang Muslim yang lain yang memang kekurangan itu ada padanya dan kalau ia mendengarnya ia tidak suka. Tetapi sekiranya kita menyebut sesuatu kekurangan atau kita mengada-ngadakan sesuatu yang tidak ada atau tidak dilakukan oleh seseorang Muslim yang lain, maka ia dianggap fitnah. Fitnah lebih berat kesalahan dan dosanya daripada mengumpat.

Bagi kaum wanita, perbuatan mengumpat merupakan suatu yang lumrah. Bahkan di dalam satu keterangan disebut bahawa perbuatan mengumpat bagi kaum wanita ibarat hiburan. Beerti mereka merasa seronok melakukannya. Untuk mengatasi masalah tersebut, para wanita hendaklah merasakan perbuatan itu satu kejelikan dan balasan terhadap dosanya terlalu buruk di akhirat.

Sesiapa yang melakukan umpatan, segala pahala kebajikannya terhapus dan ALLAH pindahkan kepada orang yang diumpatnya. Cuba kira balik amalan anda. Anda baca Quran tiap malam, bangun solat hajat tiap malam, study tak ingat dunia..agak-agak, berbaloi tak bila semua pahala yang anda susah-susah usaha tu, dapat kat orang yang anda umpat tu..? Waahh..! Lumayan..! Tahniah jika anda diumpat! Takziah kepada yang suka mengumpat. 



Sepertimana kata Abu Umamah Al Bahili RA:

“Di akhirat nanti ada hamba ALLAH yang diberi suratan amalannya dan dilihat banyak sekali tercatit pahala kebajikan yang ia tidak pernah lakukan. Lalu hamba ALLAH tersebut bertanyakan ALLAH ; Ya Tuhanku, dari mana semua pahala kebajikan ini? Jawab ALLAH ; Itulah hasil daripada umpatan orang lain ke atas kamu di belakang kamu dan sedangkan kamu tidak tahu.”



MENGUMPAT MENYEBABKAN KUFUR
Abu Lais As Samarqandi di dalam kitabnya Tambihul Ghafilin berkata : “Ada 4 macam yang boleh berlaku ke atas seseorang yang mengumpat :

1. Boleh menyebabkan
KAFIR : Ia boleh berlaku apabila seseorang yang sedang melakukan umpatan, ketika diperingatkan kepadanya agar berhenti dan jgn mengumpat, lalu ia menjawab, “Ini bukan mengumpat, kerana apa yang aku katakan ini adalah benar.” Perkataannya menyebabkan ia kafir atau murtad kerana menghalalkan perbuatan yang diharamkan ALLAH.

2. Boleh menjadi
NIFAQ : Seseorang itu boleh menjadi munafiq apabila ia mengumpat (menceritakan keburukan) seseorang dengan cara ia tidak menyebut nama orang tersebut. Tetapi orang yang diumpat itu dibayangkan sifatnya oleh si pengumpat. Orang yang mendengar pula dapat membayangkan orang yang dimaksudkan itu. Sebab ia menjadi munafiq ialah kerana ia berpura-pura baik, iaitu tidak mahu menjatuhkan aib orang lain, sedangkan ia telah melakukannya dengan cara pura-pura tidak mengumpat. Contohnya, seperti ia berkata, “Tak elok disebut nama orang itu, nanti dikatakan kita mengumpat pula.” Sedangkan ia telah mengumpat orang itu, walaupun tidak mahu disebut nama, tapi dibayangkan sifat-sifat orang tersebut sehingga ada orang yang dapat mengagaknya.

3. Boleh terjadi
MAKSIAT : Iaitu apabila seseorang itu memang tahu hukum bahawa mengumpat itu haram dan berdosa, tapi ia melakukannya juga. Maka hukum ke atas orang tersebut adalah berdosa dan ia telah melakukan kemungkaran dan maksiat.

4. Boleh terjadi
HARUS : Apabila seseorang itu menceritakan kejahatan seorang ahli maksiat atas tujuan agar orang lain tidak terpengaruh dengan kejahatannya. Bahkan menurut Abu Lais As Samarqandi lagi, ada kala perbuatan demikian mendapat pahala pula, sekiranya dengan cara sedemikian dapat mencegah maksiat dan kemungkaran itu daripada terbabit kepada orang lain. 



0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top