Bismillahirrahmanirrahim..
Saya sangat suka memandang wajah-wajah anak kecil. Anak-anak kecil yang suci dan indah. Tiada dosa, tiada noda, tiada cela.
Saya sangat suka memandang wajah-wajah anak kecil. Anak-anak kecil yang suci dan indah. Tiada dosa, tiada noda, tiada cela.
Anak saya nanti, pastinya seorang yang mengamalkan al-Quran dan as-sunnah. Pastinya seorang yang tidak mengenal apa itu hiburan, yang tidak mengenal apa itu maksiat, yang tidak juga mengenal apa itu kemungkaran.
Pastinya juga, anak saya itu seorang yang buta matanya, bisu mulutnya, dan pekak telinganya daripada segala yang dicela dan ditegah ALLAH.
Dan saya, mengimpikan anak-anak kecil itu, daripada benih terpilih seorang lelaki bergelar suami yang amat saya cintai, kerana pari-pari kecil yang indah itulah, pengikat kasih sayang kami, suami isteri yang bahagia. InsyaALLAH.
Saya mohon dan saya berdoa pada ALLAH.
Amin.